Thursday, November 15, 2012

saiko :-(

tetiba rasa kalau hidup tanpa hp ni fun lah pula..banyak benda belajar serta merta..haha..tapi susah jugak tak da hp ni..tapi now aku rasa macam free and hepi je kalau tak ada hp..wakakaka..*motip* time ni juga lah boleh tahu siapa kawan..haha ye la kalau dulu kat hostel masa study sekolah asrama bape ore je yang ada hp..nak pinjam hp kawan tu rasa nak terketar suara nak minta..so kalau kawan sanggup bagi pinjam hp dia (bayar topup) untuk hal emergency tu memang dia lah kawan terbaik..haha..

sebenarnya bukan nak cerita fasal hp..cuma nak ckp sekarang hp aku xsuka buat ringing..suka silent kan..kalau aku perasan aku angkat kalau tak maap lah...sebab sekarang tengah saiko,..sebab poket kering tapi manyak benda nak kena beli..tulis ni pun aku tak tahu..masalah.masalah..

semalam tengah syok tengok vokol bukan sekadar rupa tetiba blackout..pastu dengar macam benda meletup..buat tak heran je..pastu pegi pasang balik..pastu balckout balik..bunyi meletup agi..pegi cek apa lah yang tendang letrik ni..tensi aku dah la penat baru balik kerja..

cek punya cek punya cek......

sekali nampak asap dalam bilik aku..
bersama letusan2 kecil..
sobs.sobs.sobs..

pandai ye ko...
habis je warranty ko dah buat hal.............
sengaja ye ko tahu bulan ni aku ot lebih...
tapi kecian lah wei hujung bulan lambat lagi...
mana aku nak tido tanpa kipas ni wei..................

alahai wei.......

jadi semalam mensaikokan diri tido juga dalam bilik....saiko kan dri dan fikiran dengan mebayangkan bilik ni seperti di kelilingi ais..BERJAYA!!..gigih jugak nak tido dalam bilik padahal panas nak mampus...tapi sebab aku ni suka privacy maka berjaya mensaiko kan diri untuk bertahan smpai kol 3 pagi di dalam bilik and selepas tu.......hambekk kau.....berkampung di ruang tamu smpai kipas pusing smpai habis.........dan sekarang ruang tamu dah jadi bilik aku smpai lah ada duit nak beli kipas baru..sedih kan kipas pun tak mampu nk beli..sobs.sobs..tunggu lah nanti nak beli yang mahalllllll biar aku sepak pun kipas ni still gerak...tu la fadam muka nak yang murah je kang sekali ko hambekkk tak sampai setahun dah siap meletup-letup agi..nasib aku tak rentung sama kau kipas...

tetiba harini sambil menaip terfikir apa yang aku buat semalam..
saiko...
yes mensaiko kan diri untuk menenangkan diri...
hahha..
betul orang cakap...
kuasa menentukan ada dalam diri kita sendiri...
kalau kita cakap kita boleh maka kita boleh..
tapi kalau hari-hari cakap tak boleh, maka tak boleh lah jugak...

so,
kalau orang ckp ko hodoh...
cakap dalam hati....allah jadikan manusia semua cantik..
kalau orang cakap ko bodoh..
cakap dalam hati...setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan..
kalau orang cakap ko miskin..
cakap dalam hati...harta dunia tak susah nak kumpul..
kalau orang cakap ko macm2.....
cakap dalam hati.......aku berusaha dari hari demi hari untuk menjadi seorang yang lagi baik dari hari sebelumnya..walaupun ada yang suka mengkeji tapi ada juga yang meyanyangi..

kadang orang suka lihat kita menderita dari gembira..
sebab orang tak suka lihat kita lebih dari mereka..
kadang orang meyangka kita tidak mampu bangkit...
tapi sebenarnya kita juga mampu berdiri tanpa mereka..
kadang orang suka lihat kita disakiti..
tapi kita belajar bertahan di sebalik keskitan...
kadang orang suka merendahkan kita..
hakikatnya mereka sebenarnya tiada apa yang lebih...
sebab tu mereka mencari kelemahan kita untuk menjadikan stu bahan untuk menunjukkan kita lagi lemah dari mereka...
tak apa..
saiko je balik..
haha..
kalau kita tak kacau hidup orang dan orang masih juga nak kacau and cari fasal dengan kita...
biarkan allah sahaja yang memberi dia kesedaran...

padahal nak cite fasal kipas meletup..dah kelaut......hihi
bye2..

salam maal hijrah...

salam maal hijrah :-)


just to say..

salam maal hijrah..
semoga taun ni lebih baik dari taun sebelumnya..

amin...

Sunday, November 11, 2012

terjawab sudah..

sudah boleh bernafas lega dah..sudah selesai pun meeting yang didebarkan tuh..buat cuak je semua padahal tak ada apa pun..just inform some info from big bos..

tapi cuak jugak lah bila meeting dengan big bos sebab selalu nya meeting dengan HR. so far aku kerja semua nya ok under control lagi lah..meeting ni benda yang biasa bagi kami sebab every monday memang da meeting pun tapi semua terkejut sebab kenapa bos nak buat sesgt meeting hari ahad ni..cuti pulak tu..so semua orang datang dengan muka tertanya-tanya..masing -masing tanya fasal apa?fasal apa? then tadi terjawab sudah, but aku rasa tak perlu lah nak story more bout the meeting sbb semua tu company privacy :-)

but something aku nak share lah...before meeting tadi bos aku ni memang aku respect lah because dia sgt lah understanding staff dia, even ko masih baru, apa-apa cadangan ko tak pernah dia nak ambil enteng..macam fair lah dia layan..aku suka cara bos aku handle management company..

ni memang first working experience tapi aku rasa bersyukur sebab aku selesa dan gembira kerja kat sini. aku rasa aku diberi peluang untuk maju dan everyone tahu peranan masing-masing..one thing aku suka kerja sini sebab semua orang berusaha nak maju..semua orang gelisah if tak ada kerja nak buat..kami semua mesti akan jelajah satu ofis tanya kawan-kawan if ada kerja nak di tolong..so disebabkan environment sebegini secara automatiknya ia mempengaruhi sikap kita juga..so kita juga mesti nak bersaing dan nak rajin macam yang lain2..

walau mana kita pergi dan kerja tekanan dan masalah tu ada..kalau nak dibandingkan dengan staff yang lain mereka semua sudah ada pengalaman kerja sebelum berkerja kat sini berbanding aku. tapi mereka semua tak sombong dan dan tak kedekut nak berkongsi as long as we can develop this company together..so kalau company semakin maju semua orang akan dpt faedahnya juga..so kenapa kita nak berundur kebelakang sedangkan kita ada choice untuk bergerak ke depan..

lagi satu kita kena ingat, company memang bagi kita freedom untuk buat and develop something..macam bos aku dia sgt memahami, tapi dia juga warn agar semua org perlu hargai freedom yg dia bagi..selalu kita ni suka ambil kesempatan dengan setiap kemudahan yang diberikan company..biasalah kita manusia tak pernah lepas dari silap..it's ok tapi setiap mistake yang kita buat perlu ada inisiatif utk buat perubahan dan yg pasti usaha kita agar tidak mengulanginya lagi..

yup, memang sgt terharu dengan sikap prihatin bos..so far aku kerja aku masih mampu menghadapi situasi genting disini...sebab aku suka kerja dengan orang-orang kat sini..lumrah lah kalau ada sorang dua yang tak suka kita sebab kita juga sama sebab tak semua kita suka..tapi as long as semua orang tahu tugas masing-masing semua tu pasti dapat diatasi :-)

after discuss a few important thing, dapat makan free...hohoho..
senyum jew semua........hihi..

rasa happy sebab day after day the relationship between us getting closer...
thanks god for give me this chance.


saja-saja je..

mata ni memang gamaknya dah tak dengar kata agaknya...selagik tak pukul 2 selagi tu lah dia susah nak lelap melainkan mmg penat giler...kalau saja-saja nka tido awal tuh suasah nya nak paksa tido kol 10 mlm...huhu..sudah terbawa tabiat time study dulu...aku memang suka tido lewat..suka study bila semua orang tido..kadang2 tu aku boleh study sampai dengar azan subuh..ok tu boleh..tapi jgn suruh aku study dari subuh sampai zohor..tu jarang sangat berlaku lah...hahha...

dah habis blogwalking dah..ni tak tau nak buat apa dah...kemas bilik?emmm hari-hari kemas...nak cerita fasal apa ek..ok fikir...nak ceritaa fasal zaman-zaman study dulu? alahai malas nya nak buka notebook sbb semua picture kat dalam sana..ni on lappy companay je..lagi best..screen besaq...tu lah dulu gatai nak beli notebook konunnya tgn nak patah lah bawak laptop yang berat...sekali ko hambekkk tak bukak pun notebook tu...haha...elok je simpan dalam rak buku tu...tian.tian...

esok da meeting. fasal apa lah nak meeting ni..cuak beb..tak pernah lagi bos panggil meeting emergency gini..paling tak pun tunggu jugak hari kerja...malas nak fikir and hurai apa yang nak di meeting sok..kita tunggu je sok..kerja ada sebenarnya nak buat..yup kerja ofis..punya lah beria bawak balik nak buat OT kat rumah sekali tak bersentuh lagi..esok lah...

eh time nulis ni aku dengar tanya lah ustaz ni...jap nak kongsi ni..

ustaz cakap "jangan percaya yang orang cakap kalau tangkap gambar bertiga tu tak boleh..ada orang percaya kalau tangkap gambar ber3 tu salah sorang akan mati..so jangan percaya, sebab mati tu semua orang akan mati..."

sampai sini dulu lah wei...

Saturday, November 10, 2012

gulung.

hari ni sangat lah boson..semalam dah bantai tido awal sampai -sampai terlepas ASK..eh sapa yang tengok cu citer skit best ke tak ASK semalam tuh..tapi bukak2 facebook pagi tadi dengan muka tak basuh ag memang ramai lah cakap tak rugi lah kalau tak tengok ASK..hahaha..jadinya aku adalah tergolong dalam manusia yang tak rugi semalam...kuang3..

kol 10 budak tuh dah call buat ayat sedih..kacau je kita nak tido ler...buat ayat sesedih pepagi ni..*pagi ke* kebosanan lah tu..budak u sekarang cuti sem ek..hahha..nasib lah belalang tak ada cuti ek kamu..haha..tian nya kamu ek..tak de cuti..aku suh kemas bilik cepat je cakap dah kemas padahalllll....cu tanya..

aku: free2 ni kamu tak kemas bilik ke?
dia:kemas lah, siap basuh baju agi..*2 baldi agi katanya*
aku: katil kemas x?
dia: kemas lah..
aku: baju lipat?
dia: lipattt.........
aku: selimut lipat tak?
dia:buat apa lipat..memabzir je..
aku:???
dia: gulung lagi cantik...

ok lantak kan kamu je lah..pe2 lah kamu ni..ada ke gulung selimut lagi cantik..katanya kalau lipat pun malam kang nak tido bukak gak..jadi baginya gulung lagi cepat tapi katanya lagi gulung cantik2 lah...ok silakan lah banggg....benda lain boleh dibuat tapi selimut je dia tak tahu lipat..dia tahu gulung...dia cakap lah, aku tak pernah lagi tgknya macmna dia gulung selimut tuh..hahah...kalau tgk dia cerita pun aku dah boleh bayang macmna dia gulung tuh...nak gelak pun tak smpai hati lak..jadi kita dengar je sambil support..bese lah di suruh makin tak jadi makanya kita cakap.."a ah gulung cantik, gulung jimat masa, gulung senang..." ape2 je lah janji support...

plan nak g tempat lain..last2 ketempat lain gak..mana lagi..ioi je lah...dah bosan dah kesana..tak tahu nak pegi mna..pegi sana pun bukan beli apa pun..jalan2 pastu balik...tak de apa pun belinya...tengah bulan duit pun kena beringat lah..huhu..kita tunggu gaji masuk baru sedap berjalan..hari ni kita cuci mata je dulu..

balik je dapat msg dari HR..emergency meeting esok..aduyai...cuak habis dah ni..tertanya -tnya lah apakah hendak dibincang ni..tatutttt...

agak2 esok pergi kerja boleh klaim OT tak? wink.wink.

nak pilih haircream pun berjammmm...
sebenarnya dia tenagh konfius sebab minyak rambut yang selalu dia guna tu dah tak da or dah tukar botol or tukar brand or apa2 lah..jadinya setiap watson,guardian,caring dll dia nak masuk cari jugak...lastly aku sound lah cakap beli je lah yang mana ada...sama je kan...tak nak jugak...!eeeee  geram i...then hari ni menjadi gak..akhirnya beli gakkkk....one thing fasal budak ni dia ni macam setia skit dengan sesuatu...macam setia dgn org gak lah..ekekek...kalau dah guna tu, maka guna tu lahhhhhhhhh sampai lah benda tu tak da...baru tukar tapi tu pun kena check juga mmg konfem tak ada baru tukar..huhu..

bagus gak lah nanti kalau nak beli apa2 senang..direct je leh cari..tak macam aku sampai kedai pun leh lagi tukar fikiran.-,-

weh hujan dah.....
lari2 angkat baju..

sebelum tu.....iklan penaja jap..
cepat2 beli promo Felinna Inchloss sementara stok masih ada..! boleh sms/wassap/ viber at 017-2045868 - fiza  

Friday, November 9, 2012

jom rasmi tesco!

kerana tersangat excited makanya hari ni memang ditungu-tunggu lah nak g rasmi tesco cawangan baru di BUKIT PUCHONG. 5 minit dari ofis..haha..so nanti sesapa nak dtg rumah aku ke nak jumpa aku tapi tak tahu kat mana silalah cari tesco bukit puchong ni ye...senang kojo aku..*kejam*

bukak sampai kol 1 am taw..

mmg dah plan pun nak g first day pembukaan tesco ni..nak g rasmi *tapi bukan aku lah yg potong riben tu* nak cari benda free sbnrnya..haha..kan kalau hari first day macam2 dorang bagi kan..sekali ko yilekkkk..yg ada hanyolah breakfast free je tapi konfem for sure lah aku tak pegi sbb breakfast pun dr ko 8am -9 am je..aku kol 9 baru bangun nak2 tengah bendera merah nih..ooooo saja je tesco ni..lau tak boleh aku tapau banyak2..sobs.sobs.

oleh kerana tidak mahu menghampakan hati yang melepas breakfst makanya aku dengan penuh semngat mengajak teman untuk lunch kat sana...ingtkan tak de orang lah yang excited mcm aku..sekaliiiiiiiiiii jem weiiiii..start dari ofis aku lagi..huh ramai gak manusia kat cni..semua nak pegi tesco..hati dah dalam dua nak pg tesco or nak stright je kat carefour..sekali masuk gak tescoo...parking? nunnnnnnnn menapak jauhnya...

masuk tesco rasa fuh fuh lega...cari foodcourt...sekali lagik rasa nak tampa pipi sndiri..cari penyakit orang cakap gini lah...ramai nau manusia kat foodcourt..aku dah lah kepeninan sbb kelaparan sekali nak kena beratur tunggu table..mmg tak lah kang tak fasal ada je budak mencelah tepi cino, keling, dady mumy org..tu tak pe agi kalau tetiba da orang pengsan kat situ mau orang pijak2 je badan i yg selim ni...sobs.sobs. jadinya dari cari padahnya mari lah kita tapau je makan kat ofis...mata dah berkaca-kaca sbb tak boleh pusing-pusing tesco...*thnairmata* hoverrrrrrrrr!

xpe..xpe..hati pujuk..mlm kang ada....tapi sapoooo nak temannnn...sekali ptg...nananana* sila sebut dengan tone yg menaik and menurun* bunyik msg la...

h: ptg ni kita jadi kuar kang?
a: yeke?nk kuar kol bape?
h: kol 6 tyn terus gerak..
a: hokeyyyyyyyyy...lalu tesco ek..lau tak ramai kita pegi sana ek..
h: ok.

hew..hew..horeyyyyyy...da orang nak teman g tesco...haha..pegi tesco je pun..ala bia lah kita nak tengok barang murah-murah yang da diskaun kat sna..dah tesco je yang mampu mmg lah kena pegi kang...
tapi...tapi kangggg....sedih gok...memalam lagi lah ramai org..smapai aku nak jalan pun serabut...nak makan pun tak boleh, tak de table gak...rasa nak menagis pun adoo...jadinya kami just sekali round je pastu blah....pegi cari makan tempat lain gok...




haqi dengan baju kemeja lagik..mmg terus dari kelas dtg jumpa iolss...mmg excited nak jumpa aku ke nak g rasmi tesco..tertanya-tanya gak tu, dari tanya dapat jawapan yg boleh menyentapkan hati baik tak yah tanya and kita buat konklusi sendiri bahawa dia mmg windu iiiii...*silalah* jadinya sbb tak dapat makan dalam tesco makanya kita makan kat luar tesco..kita pegi makan nasik kukus je la..tapi mmg marvelusssssssss...makan sebungkus tapi rasa macam tak makan je..haqi tgk aku macm pelik je..yela haritu duk bising cakap nak diet bagai sbb berat naik, sekali makan macam bela jin..aku dengan penuh konfiden ckp le.." felinna inch loss kan ado" buncit kita sapu le...wakaka..dasar..

tengah makan tu..boleh lak tengok drama orang mengorat pompuan seksi...
abang jual nasik ni boleh lak mengorat awek cun sampai2 tingal nasik kukusnya...geli hati aku..kemain bersungguh layan awek tu..haqi lak duk sengih-sengih...macam kang tak tahu mata lelaki...elehhhhhhhhhh kontrol konun...padahal dah juling dah mata tuhhh...saja buat tengok aku...lekla broooo...

a:lelaki mcmtu ek?
h: macamana? *sengih2..
a:tgk puan seksi mengelabah tak tentu
h:ntah..org lain.bukan kita.
a:tak terpikat?
a:terpikat dgn kita je kan*baik aku jawab dari dia jawab*
h: a ah..*harus lah jawab begini sblm ada org sentap*

kenyang makan pegi beli barang dapur kat OTK..dah kat tesco ramai ngat..mals aku nk beratur...
jadinya plan nak jelajah tesco pun tak kesampaian jugak...
esok lah..

nak pegi jugak....
macm kang teso tu bergerak...