Saturday, July 28, 2012

penat sesangat....

oh dua hari dah badan ni sakit-sakit...sebabnya minggu ni kita kemas bilik yang tak habis-habis nak kemas..padahal bilik xda besar sangat..tapi bila kemas termenung kejap la..sebab fikir cane nak simpan baju yang makin bertambah..huhu..padahal tak pakai pun baju tu...heren gak tang mna beli pun dah tak ingat...bukak kotak jumpa baju..satu kotak lagi..pun baju..kotak lagi satu...pun baju..ah sudah...

2 hari lepas kot, haqi tolang kita pasangkan almari..sebab nak bajet beli almari pasang siap kat carefpur..yang 3 pintu..tapi kena pasang siap..nak murah punya fasal tak fasal2 badan sakit2...tain haqi kita..dia pun cakap sakit badan...tian.tianyaaaaaaa...punya lah susah pasang lama gler kot amek masa nak siapkan...dari sblm bukak puasa ag start, siap dalm kol 10 kot..huhu...akak aku tolong tgk jew la..jap2 tanya dah siap ke belum almari aku...bukan nak nolong.......huhu..tapi xpe aku ada badang yang gagah..ngeh.ngeh,,

akibatnya...duk angkat2 papan almari..badan pun sakit2 lah..dah nak rasa deman lak...dengan nak kemas balik lak..mop lantai la..simpan baju2 la..angkut kotak2 la..hewwwww banyak la..padahal boleh je buat cepat2..tapi aku kan teliti.....teliti la sngat sampai seminggu asyik duk kemas...sampai kan ada budak majuk sebab cakap aku dah xda masa utk dia...ah pulak...bila masg jew...

hari selasa..

haqi: buat apa?
aku: kemas kotak...

rabu..
haqi: hne buat apa?bz ke?
aku: kemas bilik..

begitu lah sampai sbtu ni...

alih2 dia majuk la...siap nak tarik muka lagi...

sabo..sabo..tapi memang patut kot dia marah..sbb semalam birthday dia...aku xpegi pun tempat dia..just wish dkt fb jew..yela nak borak2 pun letih....nak tunggu 12pm alih2 11 lebih aku dah call sebb dah tak tahan ngantuk...haha...lagipun haqi tido awl skrg, tian dia penat...bawu habis posting otopedik, masuk posting bawu...kelas pack gler...balik pun dah kol 7..so nanak ganggu dia memalam..kadg2 lau call ada lah salah sorang kan cakp sorg..sbb yag sorg lagi tetiba zzzzzzzzzzzzz....tak kan buat hangin jew kan....

 penat tak penat..hari ni dah janji nak celebrate his birthday...kat mana.....tak tahu ag....dah nak siap2 jumpa sweetheart lak....

bye...

Monday, July 23, 2012

contest raya by sepetshop

sebenarnya tak tahu nak start macam mana story ni..2 perkara utama join contest ni adalah untuk share dengan readers satu pengalaman aku mengenai sebuah beg yang mungkin boleh dijadikan pengajaran dan iktibar untuk kita semua..kedua.. kemenangan sudah pasti mahu di miliki oleh semua, tapi if ada rezeki aku disini biarlah ianya boleh dikongsi bersama seseorang..seseorang yang aku panggil kakak....teringin nak bagi kakak hadiah spesel nie..


ye kakak..lebih tepat lagi story ni berdasarkan pengalaman pahit yang dilaluinya..sesuatu yang tak dijangka..rezeki yang melimpah diperolehi rupanya di uji olehNYA kerana kami sekeluarga yakin dia insan terpilih yang memiliki ketabahan dan kesabaran utk melewatinya..ya memang diamnya penuh dengan kesabaran dan ternyata ujian ini mampu di lewatinya dengan penuh keikhlasan..


kisah ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua..


cuti hari raya cina yang lepas...
aku dan kakakku dah sepakat untuk mengambil cuti selama seminggu memandang sudah lama kitaorang tidak pulang ke kampung..maklumlah kampung kitaorang dekat kelantan..jadi baliknya pun ikut bajet..kebetulan raya cina pada awal tahun..jadi ada bonus and angpau raya..bagi aku yang belum confirm kerja raya dapat angpau sebanyak RM500 sudah buat aku rasa teramat bersyukur...ibarat mendapt durian runtuh kakakku punya lah gembira bila mendapat bonus dan angpau sebanyak ++RM2000..REZEKI...alhamdullih..lagipun wajarlah kot dia sudah bekerja selama 3 tahun..bagi aku satu ganjaran yang berbaloi untuknya..rezekinya diperolehi disaat kami mahu berangkat pulang, dan diperolehi secara tunai pulak tu...bimbang gak untuk membawa semua duit tu, maklumlah balik pun naik bas... so pikir punya pikir, nak simpan kat bank sudah tidak sempat, jadi selepas calculate segala perbelanjaan yg bakal digunakan selama seminggu di kg dia mengambil keputusan untuk menyimpan selebihnya duit di rumah..kalau tak silap aku mungkin dalam ++rm800.


perjalanan balik tidak mengalami sebarang kelewatan..semuanya lancar..alhamdullih..tapi sewaktu dalam bas baru aku perasaan something..


aku: eh macam lain jew beg ko..
kakak: hihi..beg baru..murah jew..
aku: ooo bape wei..comelllll...
kakak: tak sampai RM20 pun..tapi sedap pakai, tali dia panjang..
aku: nati aku pun nak beli gk la..nati teman aku g beli gak ek..


kami berdua memang mempunyai citarasa yang sama mengenai beg..kami sukakan beg yang bertali agak panjang, bukan sepanjang tali untuk beg sandang tu, mungkin 1/2 dari tali sandang tu..sebab tak suka bila beg tali pendek akan tersepit di bawah ketiak..susah nak keluarkan barang..itulah citarasa kami mengenai beg..lau dah murah pastu suka  mestilah nak beli kan..if mahal tapi berbaloi and bleh pakai lama mungkin juga boleh dipertimbangkan..

dua hari dikampung...kakak mengajak aku keluar ke bandar..aku pada masa tu ada undangan kawen kawan sek men dulu..first fren lak tu yang kawen, so excited la nak pegi..tambahan semua teman2 lain dah janji nak jumpa kat sana..dah macam nak buat gathering lak..memmandangkan aku dgn bf ( mr haqi) satu sekolah and satu kelas, so means kawan aku kawan dia lah kan..kitaorang pergi sekali la..and memandangkan kakakku nak jugak ke bandar even aku tak dapat teman dia so, aku and bf decide nak hantar dia ke bus stop..bila dia cakap nak jumpa kawan dia hati aku lega lah sket..at least ada teman...tak la keseorangan....


bila dah sampai kat bus stop, kakak turun lah sambil memegang beg barunya itu..tetiba..tali begnya putus..alahai..aku lak tidak membawa beg untuk digantikan dgn begnya itu..sebab dah pegang hadiah nak bagi utk kawan aku yang nak kawen tu, so aku malas nak pegang banyak2 barang..fikir punya fikir, kami gunlah kretiviti kami utk menyambung beg itu..gunakan pin baju untuk menyambung beg itu,,terpaksa korbankan pin dibahu ini utk menyelamatkan beg kakak..and terpaksa lah aku menukar gaya shawls aku sebab dah kekurangan satu pin..


tinggalkan kakak di bus stop, kami (ak and bf) bergegas pergi ke kenduri kawan kitaorang..tapi hati aku ni punya lah rasa x best..kejap2 aku msg dia tanya dah naik bas lom..bila dia balas cakap naik teksi aku rasa kesian lak..tengah2 aku duk makan tu...tetiba ada satu call dari no yang aku tak kenali...


aku: helo..
kakak: ain aku ni...kakak..
aku: nape no lain...
kakak: ni no orang lain..beg aku kena curi...semua barang aku xda..tlg ambil aku dekat kedai ayah cik..aku tak da duit nak balik....


nasik tak habis makan lagi..aku dah ajak bf aku balik, cite dia serba sket hal kakak..and kami terus jumpa pengantin and kawn2 yang lain..minta maaf sebab tak dapat tunggu lama, ada hal kecemasan..diarong semua faham..aku and bf terus la pecut ke bandar KB, pegi ambil kakak..dalam hati ni rasa kesianya dekat kakak...dah la bawu beli hp..beli hp lak dengan duit saving ASB, ingatnya lepas balik KL nanti nak ganti balik la dgn duit bonus yg dia dapt tu sebb hari tu tak sempat..


sampai jew kedai ayh cik, pak cik aku jual dekat pasar siti khadijah..dah nampak kakak aku kat citu..bila aku pegi dkt dia bawu dia sedar aku dah sampai..rupanya dia tak pakai spek..setelah dia cerita apa terjadi rupanya beg dia di curi orang ketika dia nak mengambil wuduk di masjid..tapi katanya jarak letak beg hanya berapa kaki je..bila dia toleh belakang jew tengok dah tak ada..banyak gak lak barang-barang berhanrga dalam tu..handphone 2 bijik, duit rm700++, spek dll..total kerugian anggaran dalam rm++2000 gamaknya..
paling sedih bila tengok dia jalan bila tak pakai spek..mesti susah gler time dia jalan dari surau tu ke tempat ayah cik..kakak lau tak ada spek xboleh jalan..dia punya power tinggi snagat..kadang2 lintas jalan pun lama sebab dia x boleh nak anggaran jarak kereta.. sedih aku bila fikir...


sebelum balik kitaorang singgah kejap ke kedai cermin mata..buatkan dia cermin mata..nasib baik aku bawa duit lebih..dpat lah bagi dia dulu..lagipun kesian aku tengk dia jalan asyik pegang aku jew,..settle semua report police segala kami balik dengan pelbagai rasa..dalam kereta semua senyap jew..aku pun malas nak tnya lebih..buat dia tambah sedih..


sampai kat rumah dah dekat maghrib..selepas solat maghrib, kami berbual dekat luar rumah nenek..kakak cakap dia tak sangka ada orang leh buat semua tu dalam masjid..lak tu time tu ada tazkirah asar lak tu..padahal tempat tu rumah allah..mengucap panjang dia..tak menyangka ada manusia sebusuk itu hatinya...bila aku tanya kenap dia tinggal beg dia tu, nape tak bawa ..dia cakap..

"susah la beg tu, aku takut tercabut lak tali dia tu.."


mungkin dia takut nak bawa beg tu sebab takut lau putus tali, terburai segala isi beg..kang jenuh nak kutip..sebab tu dia tinggal beg tu tapi dia yakin temapt dia tinggal tu selamat sbb dekat dgn tempat dia amek wuduk..itulah..mungkin ini cubaan buat dia..aku yang marah ni dah berbakul menyumpah seranah orang yang buat kerja keji tu...tapi kakak....


"mungkin orang tu da masalah, mungkin ni cara allah nak menyucikan rezeki aku...mana tahu dalam usaha aku utk mencari rezeki tu ada yang tak betul..dan mungkin ada hikmahNYA  mengapa allah berikan aku ujian ini .."


nak nagis ase tengok kakak begitu ikhlas menerima ujian ini..walaupun ada org marah cakap dia cuai dia senyap jew..baginya diam itu lebih molek dari melawan dengan kata-kata yang tak baik..malam tu aku tido awal, lagipun aku sedih, masing2 dah tak ada mood..biarlah keadaan tenang dulu..masa nak terlelep aku tgk kakak tengah sembahyang..sujudnya penuh khusyuk....dalam hati aku berdoa....


allah ya rabb,
bukakanlah segala pintu rezeki mu didunia dan dilangit buat kakakku....ikhlaskan hatinya...


aku tido dalam sendu..


sampai sekarang aku tengok kakak cam susah hati jew bila nak beli beg..mungkin masih fobia dengan kisah dulu..pernah dia beli beg pastu pakai beberapa minggu , dia bagi aku..dia cakap susah..tali panjang sangat..nak naik bas tersangkut kat orang..kesian kat orang tu nanti..begitu lah kakak masih fikirkan orang lain agar tidak menyakiti orang....


begitulah kisahku..mengenai sebuah beg..semoga kisah yang aku share ni boleh dijadikan pengjaran..kadang-kadang manusia yang kita anggap baik tu mungkin dia lagi jahat..bayangkan pergi masjid sembahyang pastu mencuri..dah nampak baik, tapi hakikatnya...di dalam tak siapa yang tahu..macam beg kakak aku la..beg murah jew..tapi dalam nya hartanya yang ternilai bagi..boleh menampung hidup untuk berapa bulan..baru merasa nikmat atas segala penat lelah selama ini, namun apakan daya.......

nasihatku..berhati-hatilah dengan setiap orang even luaran kita nampak baik...zaman sekarang tempat yang kita rasakan  selamat tu bukan lah tempat yang terbaik untuk kita..semuanya boleh jadi..jadi berwaspada lah selalu..pada masa, tempat, orang dan rezeki yang allah kurniakan..


kakak cakap cerita sedih yg lepas tak perlu nak diingati..bila aku cakap nak join contest ni, dia cakap lakukan untuk pengajaran semua...rezeki kita ada kat mana-mana..kerana kakak cakap dalam surah  ASY-SYARH (alam nasrah....) ALLAH ada menyebut sebanyak 2 kali...


" bersama kesulitan ada kemudahan..."


allah juga menyambung dengan berkata........

" maka setelah engkau selesai (dari sesuatu urusan) maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)"

mungkin ALLAH tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi ALLAH berikan apa yang perlukan..

syukurlah.....


p/s buat sesiapa yang membaca:  
1) semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat semua....
2) apa salahnya kalau anda boleh like sepet shop
3) mungkin korang juga boleh share pengalaman korang dengan join contest blog sepet the gojes ini




Sunday, July 22, 2012

mieowww....

ptg tadi jumpa dia...excited nak jumpa sebab.....

nak tunjuk.......

kita buat spesel........

even nampak pelik.......

tapi comel hokeyyyyy...


kita taw dia x suka benda ni......

tapi dah kita rasa comel......

kita nak letak jugak dalam kete dia....


tada.....

hi..saya kawan haqi..nama belum kasi lagi...

en haqi kita tak suka kucing..dia geli katanya la....tapi kucing olok2 boleh laaaaaaaaaa...setiap kali tengok cat ni mesti tersenyum...


lucu kata nya...
comel......

ngeh.ngeh.ngeh..

nati nak belajar buat dragon..
pasni kete en haqi akan jadi zooo...yes!
pastu tak nak gantung2 agi..
nak terus beli gam uhu or gam gajah..
terus melekat...xde nak perli aku ag..
cakap kucing aku xde kaki sangat kan.......
tunguu.........
konfem menangis............

hahahahahhahahahhahahhahhahahahhahahahhahahaha

cakap orang..dia pun sama..

heloo...bertemu lagi kita ye..almaklumlah tuan broadband dah balik, jadi dapatlah kita menghupdate stoli..dah tak sabar nak cerita ni..fasal budak tu la...ala budak tu..selalu membebel kat kitew...so sejak 2 menjak ni mesti dia hanginn sbb kitew lak bebel kat dia..

bese la nama lagi kuple-kuple..mestilah ada gedikks manja gitu..ko ckp aku,aku ckp ko..oh mmg best r lau dpt kenakan dia..alkisahnya begini..first day puasa mestilah nak berbuka puasa sama2 kan..so kitaorang sibok la pergi bazar ramadhan dkt dpn pasaraya OTK..otk ag kan...hiihi..tapi kan sewaktu duk jalan2 nak pergi cari makanan aku dah nampak nape la budak haqi ni slow sangat..sebab puasa kew..??bila aku pandang dia sambil jeling dia macam faham jew...

haqi: kita sebenarnya tak nak pakai sandal ni..berat nak jalan..x biasa
aku: abes tu nape pakai?
haqi: yela ingat nak pakai selipar jew..
aku: ek?
haqi: tapi takut...takut awak marah...
aku: padanmuka..dulu marah kita tak pandai pakai heel kan..hikhik
haqi:mukatahannakmajuk*

hahaha..rasakan..dulu asyikk nak membebel aku jew..sekarang turn dia lak..aku dah teror pakai heel tapi tinggi sangat tu xconfident ag la..kalau pakai buat tontonan org bila jatuh gedubuk buat apa kan...ikutkan dah lama haqi tak pakai sandal mendal ni..dia asyik pakai selipar or sandal yang nak macam selipar yang tak ada cover kat belakang tuh...ni bila sekali pakai dia rasa lain and rimas lak..tapi nak amek hati aku dia pakai lah jugak...yela la penat beb nak carikan dia sandal niiiii...kalau dia tak pakai gak aku bagi lah ayat nie...

"kita pun nak tengok pakwe kita ensem and kacak..."

konfem dia kan pakai..hihik..jahat lak ase..ala bese la dia pun sama lau dia nak ajar aku pakai something yg aku tak biasa tapi bagi dia cantik... sekali-sekala dapat tgk muka berkerut dia tu comel gak...hikhik..

sejak pakai sandal selalu kena tinggal...lambat nak pakai...mesti terkial-kial..lau masuk umah and nak keluar balik mesti aku dah jalan dpan, dia masih duk pakai sandal lagi..adoiii kecian lak..macam aku dulu la, first pakai heel rasa nak pegang tongkat jew..takot..jalan pun slow..takut jatuh. haqi pun berjangkit padahal bukan tak pernah pakai pun..sampai sekarang bawak kereta dah kena tanggal kan sandal bawu leh jalan..pastu mula la lambat lak nak turun sbb nak pakai sandal tu balik..oh macam-macam kerenah..

tgk..dah rimas sangat selipar aku lak yang dirembatnya...alololo..
haqi: best la dapat gelakkan kita..
aku: a ah..
haqi: amboi sedapnya.....
aku: bawu taw kan saya dlu camtu la...
aku&dia: sebab sayyyyangggggg.............terpaksalaaaaaaaaaa...






Wednesday, July 18, 2012

alahai kerja

sebelum tuan punya broadband ni balik kanmpung  rasanya nak menghupdate lor sebarang dua entry..aku suka je menulis, tapi sebab selalu tulis separuh jalan dah malas nak sambung so pelik lah pulak nak publish..tulis blog ni bukan nak suh orang baca pun..tapi tak pe ada 1 orang setia yang mahu baca cerita aku..oh alhamdullih,,ada gak orang yang tertunggu-tunggu stoli aku..holloh..hollohh..

 semenjak..dua menjak ni or lebih tepat agi bila menghampiri bulan ramadhan ni aku kat ofis dah tak banyak kerja..job kurang so kurang lew report..so kurang lew ot..oh no, nati raya nak pakai duit maa...tapi xleh nak fikir duit sangat, nati gilaaa..kita beraya secara sedarhana jew tapi biar bahagia,..

biasa lah kerja kerani..kerani jew ok..tak menda sangat nak cerita..tak macam orang len yang berstoli-moli fasal work diarang yang superbb, jumpa client,meeting dah macam menteri..tapi aku just duk ofis, memyediakan report elektrical after job finished by our engineer..tu jew keje ak..tapi jangan pandang remeh hokey..reprt ni bukan senang nak buat..bergantung pada sikap eng tu..lau note diarg cantekk memang bahgia la hidup..lau tak rasa nak pergi jadi skolah tadika nak ajar diarag cara-cara menulis..kalah tulisan doktor hokey..tulisan haqi lagikk cantekk..tak fasal2 kan tetiba haqi..uiiihhhh

harta company...ofis ko ada?semua staff dapt lappy, x men dah desktop tu..class ko jah..
yang best kat ofis ni semua oarang dapat laptop..buat keje pun jadi senag..lau tak faham, xreti ke nak buat something..bawa jew lappy ko tu pegi dkt orang yg pandai..senang and cepat...then dah confirm kerja boleh bawa balik lappy ni, tapi bukan sesaja la, if ada kerja nak buat la..dikira ot k..ot dirumah ..seronok kan..boleh mandi dlu,makan,goyang2 kai, tido kejap then bangun balik smabung buat keje..oh orang bujang macam aku ni leh la buat..tapi yang dah kawen pun apa salahnya..kena pandai2 bahagikan masa lew...kan ada laki sentap...jenuhhhhh!

ni bawu sket....boleh byanagkan tak if its be triplr...muntahhhh

kekadang smpai rasa nak pitam asyikk duk menghadap report..time skarang leh la lagi nak menghupdate status fb ke, google jap ke, youtube sekala-kala...bila dah lepas raya, job dah menimbun...amekkk kau..semua tu dah tak men...sebab tu skrg aku gigih menghupdate blog, kot2 next . next nt dah tak de masa..cheh macam lew da orang nak baca kan..

kerja. kerja gak..kesihatan kena lah jaga..itulah nasihat haqi kita..very super duper kind, supportive bf gitu..jangan xda masa utk kita lak..lol ke situ lak dia..sekarang kena lah double kerja, nati cane nak bayar segala hutang..kete la,ptptn la,sewa umah la, prepaid la, tak termasuk dgn bajet nak berjalan-jalan agi..oh kalau lah daun boleh jadi duit..tetiba* sudah pasti dunia ni mempunyai batang pokok jew..then semua orang akan sibukk duk tanam pokok..bukan tunggu buahnya tapi tunggu daunnya gugur...kehkehkeh..

kena la kerja bersungguh-sungguh..
bukan untuk duit semata...
tapi untuk menilai tahap kebolehan dan keupayaan diri kita...
today must be better than yesterday..

yoooooo...kerja...kerja...bagai nak gila...tak juga kaya...
bersyukur apa adanya...


.

Tuesday, July 17, 2012

do the best...

entry ni khusus utk haqi kita..besok dia ada exam..tian this week tak de masa nak dating..windu katanya..wekkkk*kena gler2 study..oh tapi aku tak caya la haqi ni study gler2 but i believe he stdy smart..sbb sibokkk macam mane pun, penat mcm mana pun..byk keje macam mana pun dia mesti akan men bola..bola bola bola..nyampah seh! suh datang jumpa aku pun dah jatuh no.2..tak pe la dah memang hobi dia even kaki dah terhinjut-hinjut still nak men lagi..padahal dr dah warning jgn men bola dulu..degil.degil.degil..

besok exam,lusa pun exam tapi tulat dah janji dating hokeyyy...hahha..harap dia dapat buat yang terbaik, dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan..semoga berjaya ye bro..

ya allah..
iringilah hidup mohd baihaqi dgn kejayaan..amin..