Showing posts with label iqiain. Show all posts
Showing posts with label iqiain. Show all posts

Friday, December 25, 2015

jalan-jalan peneng #throwwwbackkk

selamat datang ke Pulau Penang..
lama-lama blog ni boleh tukar nama kepada blog throwback je..orang lain throwback palaing lama pun bulan je, kita nak main tahun dah ni..gasak la..memory ni..jangan tak simpan buat tatapan anak cucu kan..mana yang ingat kita upate, yang tak ingat tu kita reka-reka je la..muahahha...

actly ni kisah sebelum melahirkan adam lagi...a year agooo....hahhaha..
sebelum nak kena operate cyst haritu..haqi konon nya nak bagi aku release tension la..sebelum nak kena admit ward dia plan bawa aku jalan-jalan..fikir punya fikir meh la kita ke kedah...dah permulaan ini juga lah membuatkan haqi memilih kedah sebagai satu option untuk penempatan UD44 dia nanti..and alhamdulillah now memang menetap sini sudah..time pergi ni pun aku dah start cuti unpaid 1 month. Maklumlah Mc pun dah habis time tu..nak buat camne, keje aku kuar masuk kuar masuk spital je ritu...lemau betul peknen ritu..

perjalanan KL-Kedah almost 4 jam lebih jugak la..time ni ak kan memang alahan tahap kritikal..tak boleh makan nasik dowhh..muntah je keje nya...memang nak exist tol juru tu aku dah lembik dah...hhahaaha..kesian haqi bawak aku holiday macam bukan holiday, asyik nak kena benti..kalau tak muntah, nak kencing, padahal tak kencing pun...wakkakak..biasala ibu hamil time tu..

dalam kepala aku time tu nak ke kedah bukan sebab apa..aku nak makan kakak aku masak je..
tapi sampai je rumah dia, tempat first aku tuju mstilah toilet..muntah berderu deru weh...hahhaha..aptb
sebab k
kesian nengok aku, aku nak makan ketam, maka masak la ketam utk aku..
makan ittew, walaupun selepas tu selamat ke sinki...ekkekek...
malam-malam kat sini sejuk, tido kepenatan dan kesejukan gitu...

pagi-pagi bangun, plan nak ke Penang Hill.
maka bersiap-siap la kitaorang..
tak jauh pun dalam sejam gitu la..sebelum tu pergi usm dulu amik adik haqi..
then gerak pergi...

tadaaaaa........sampai sudah..abaikan muka aku yang memang selekeh...haqi time ni memang redho je dengan aku..dengan selekeh nya, dengan everytime rasa nak tido nya..dengan kuat nangisnya..ko mampu...alahai memang sabar la laki kita ni..seriusly aku pun fed up dengan diri sendiri...tapi itu sebelum operate cyst, lepas dah operate, nahhhh kau....makan je keje aku..make up la..pastu macam2 la...kahkahkah...


tengah tunggu train nak naik atas..aku ingatkan naik cable car tu..sebab aku cuak naik yang tu..mujur naik train tapi cuak jugak la bila nak sampai atas tu...tinggi weh..tiket train aku dah lupa la..sebelum nak masuk gate tu ada boleh nak take pic..nati kuar ko boleh la beli buat kenangan..








tak lama pun naik train ni..dalam 10 minit gitu kot..ke tak sampai...
ni dah sampai atas...uikkkk sejuk habaq hang...cantik la kat atas ni...aku pergi tu cuaca nak hujan...lagi la berkabus..boleh la ko fefeling duk korea bila ko cakap kuar asap....hahhaha...
tempat ko nak lock cinta guna mangga tu pun ada weh..tapi aku tak pergi pun....kerja aku smpai atas ni cari tempat duduk..then duduk setempat je..mana nya aku nak muntah lagi, penin lagi time ni...memang tak kuasa ak nak berjalan-jalan tawaf tempat ni...memang bosan la haqi bawak aku bercuti time ini...cuba bawak sekarang....hahahha












time ni banyak tmpat under construction...lepas pusing-pusing atas ni ak dh lapar dah...makan jom..
makanan kat sini 0k ok je..ye la time ni ak mana ada selera nk makan ape pun...
gambar makanan tak de :-p








 ni jela pic yang ak ada...orang lain banyak g..keje aku cari tempat duduk je..hahaha..time peknen memang haqi bawak semua benda, aku pemalas tahap gaban kot..kadang sampai rumah, nak naik rumah pun malas..kahkahakah...

jom la balik..tak sbar nak balik nak tido...tu jela modal aku time ni...


sempat la beli baju selai sorang..jadi la..perut tak muncit lagi time...
3 hri jugak la duk kedah ni...tak de pergi mana-mana pun...letiohhhh je time ni...aim aku just nak makan masakan kakak aku..cuma petang tu adalah haqi paksa aku jalan-jalan pusing kawasan perumahan ni...memang nangis la aku nak boleh pusing kwsn perumahan ni padahal dekat je pun...kahkah..aptb la bedah!

then sampai sini dulu..
nanti kita jumpa lagi dengan kisah throwbackk lagi..
banyak lagi..
rasanya tak cite lagi fasal..

kahwin
beli rumah
bersalin dekat adam
resign keje..

bla.bla...ok nak packing dulu ni...
besok nak balik kampung..
orang tak kerja memang camni..everymonth boleh balik kampung...
tak payah nak apply cuti dah..
tak payah lagi nak dengar orang masuk bilik bos, nak kutuk kutuk kita...eh..
dah!!! bye.

Monday, May 25, 2015

diary mengandung : diagnosed with left ovarian cyst endometrima

seperti yang dijanjikan aku ada cerita nak coretkan journey sepanjang aku menjalani rawatan setelah di diagnosed ada ovarian cyst sebelah kiri..perjalanan sepanjang mengandung ni ada manis dan peritnya..tapi hati aku selalu la berbisik " ya allah, ini bahagian dugaanmu..berilah aku kekuatan untuk mengharungi dugaanmu..aku pilihanmu..aku redha".

sepanjang aku kahwin memang aku tak ada untuk merancang nak pregnent pada sekian-sekian..aku memang sentiasa berdoa semoga aku cepat-cepat dapat zuriat..sebab haqi sentiasa bizi, aku kadang-kadang lonely..alhamdulillah allah berikan aku rezeki awal padaku..syukur sangat..

dalam kesenangan allah berikan aku zuriat allah juga menguji aku tahap mana aku mampu melalui saat -saat getir sepanjang aku pregnent ni.tempoh alahan yang teruk seperti yang aku pernah ceritakan sebelm ni..tuhan je tahu betapa tak bermaya nya aku...

after 12 weeks, setelah observation dari dr, akhirnya aku terpaksa direfer ke hospital jugak..
setelah berbincang, hubby minta untuk di refer ke hosital putrajaya since senang dia nak follow up, lagipun aku dulu pernah operate appendix dekat sana..so history kesihatan dah memang kat sana..
semenjak aku tak sihat tu aku dah bincang dengan hubby nak ambil unpaid selama sebulan..setelah segala persiapan mental dan fizikal dah ready aku ke hospital putrajaya untuk observation by gynea kat sana plak..as aspected, operation is suggestion by dr, but dorg just bt laparoscopic..which means dorang tak akan bukak or bukak la just tebuk 3 lubang and sedut cyst keluar..butttttttttt...if tak boleh kuar jugak or cyst melekat pada banyak area or sukar di cari..no option terpaksa belah la...so aku just berdoa agar semua berjalan lancar..

setelah mendapat keputusan observation dr gynea, maka ditetapkan tarikh bila nak buat operation ni..so dr decide at 14 weeks au dah kena admit, which dr tak nak ambil risiko untuk tunggu lagi lama..bimbang that cyst lagi membesar and akan memudaratkan kandungan..semua ni aku serahkan dekat hubby untuk bincang yang terbaik..dalam hati aku rasa kosong je..aku rasa cepat lah berlalu..aku cuma nak baby ni sihat...

15/9 tarikh aku perlu dibedah..before that ada beberapa procedure aku kena lalui..
jumpa dr pakar bius untuk confirmkan tiada apa-apa effect yang berbahaya pada aku dan kandungan..
on that day jumpa pakar bius tu, actly degupan jantung cam laju sikit la..dr cam suggest suh tunda bagi aku betul-betul ready but aku insist nak buat jugak sebab aku dah tak nak tangguh dah...haqi bincnag pnya bincang and will make sure aku betul-betul sihat on that day operation alhamdulillah aku admit as secheduled..

perasaaan aku?
takut pun ada, tapi ia lebih pada kosongnya rasa......
sebab aku takut nak fikir pada risiko dari operation ni, since operation ni memrlukan aku dibius penuh and kemungkinan untuk dibelah tu ada even dr cakap dorg akan sedaya mungkin untuk elakan dari belah tu...sehari sebelum operation, diriba suami setelah solat isyak bersama, first time aku rasa adakah esok aku akan jumpa dia lagi tak? diribanya hanya esakan dan air mata..ku pohon kemaafan andai esok bukan milik aku lagi..sungguh syahdu, tak sampai setahun usia perkahwinan 2 kali aku diuji rasa sakit ni...allah sungguh perit bila tika itu..tapi demi satu nyawa yang semakin membesar dlm perut ni aku sanggup mengharungi semua dugaan ni..suami memang sangat banyak pengorbananmu....mama dan ayah juga banyak membantu, seminggu berkg dirumah aku demi anaknya ni..
terima kasih mama ayah sudi datang jaga ain..tak terbalas pengorbannamu...

mlm pertama di ward, hubby balik hantar ayah mama balik rumah dulu...dia dtg balik dalam pukul 11 camtu..time tu aku kena trun kat lab untuk scan observe cyst tu...huhu..trun kelam kabut sampai lupa bawa hp..dah la lama kena tunggu dr sebab ada patient emenrgency lak..nak msg hubby hp lak tak bawak..lepas scan semua, naik ward tgk hubby tak ada, tanya stafnurse, dorg cakap dr bai kat surau...lega rasa hati..ingat dah balik rumah..ekekkeke..ingat tak mau teman ittew dah...

malam tu tido tak bape nak nyenyak sangat..macam-macam fikir la..
hubby memang stay dengan aku la..tido sekatil aje..dua-dua kurus memang muat je..hahha..
nurse tak ada kacau sangat pun sebab hubby dah settle semuakan..ambil darah pun dia, cucuk masuk jarum air pun dia semua...so aku rasa selesa la sikit...thanks syg!

dalam pukul 5 lebey gitu hubby minta nak balik mandi dulu..aku berpuluh-puluh kali pesan.."
"syg nanti jngn lmbt taw..hne tkot kena sorg masuk OT sorg2"
hahhaha, dah start cuak dah time ni...
operation dijadulkan pkol 11 pagi..
nurse datang hantar baju putih, which is baju untuk dipakai ketika operation nanti..
berkali nurse dtg kenapa tak tukar-tukar baju lagi..
aku just cakap saya nk tunggu suami saya..
sebelum ni pun time aku operation appendix pun haqi yang tukarkan semua, doakan aku..siapkan aku, sikat rambut aku..seolah-olah rasa itulah masa terakhir kita..bila pkol 10 dia tak sampai lagi aku dah rasa nak nagis...nasib 10 minute lps tu dia smpai dengan mama and ayah sekali...
setelah haqi dtg siapkan semua, dah tiba masanya aku untuk kena tolak masuk OT...

perjalanan nak ke OT tu rs ya allah adakah masih ada masa aku untuk berjumpa mereka-mereka lagi...silih berganti wajah-wajah yang aku sygi bermain di ruang legar fikiran aku ni...dada rasa nak pecah sebab tahan rasa nak nagisnya..tak tahu la kenapa...aku kena kuat..kena kuat demi anak yang bakal lahir nanti..yes..kena kuat!!

sampai je kat OT room, salam haqi..salam mama..ya allah takutnya..
rasa seperti ya allah beri lah hambamu ni kesempatn untuk memeluk zuriatku..
lancarkan lah operation ku nanti..

almost 4 hours..
selesailah pertarungan aku..
alhamdulillah semua berjalan lancar..
sedar-sedar je aku masih lagi rasa mamai kesan ubat bius tu kan..
doktor pakar bius masih setia memantau keadaan aku, sebab degupan jantung aku laju sangat..
dekat setengah jam jugak aku duk dalam bilik pengawasan doktor tu..
sebab doktor nak pantau degupan jantung aku dl kan..bila dah normal baru dia tolak aku masok ward..
time tu ak masih boleh cakap..
tak ada ape yang aku tanya.."anak saya macam mana"
tu je la aku tanya setiap kali doktor datang tengok degupan jantung aku..
doktor pakar bius lak just say " nanti sampai ward dr sana bagitahu" sebab dia tak tahu details what operation results kan, dia just pantau after operation and before operation je.
result akan di explain oleh dr yang operate aku and yang observe aku nanti..
allah tuhan je tahu betapa seksa nya tunggu nak masuk ward nk tanya haqi how my little son ni..
dalam hati ni...allah selamatkan anakku..terasa nak pegang perut, gosok2 tapi apakan daya masih rasa kebas lagi..

after that, masuk ward, nurse panggil haqi yang tengah tunggu dekat bilik menunggu..
selama aku 2 kali di operate haqi just tunggu aku kat bilik menunggu, dia tak sanggup nak masuk lagi jauh..dia takut tak kuat walaupun dah pernah assist utk operate orang lain..
bila dapat tengok muka husband sendiri, ya allah lega nya hati ni..
sampai saat tu aku belum tahu ape condition baby aku..
allah lambatnya nak tunggu...
bertabah la aku nak tunggu result dia tu..
dan alhamdulillah petang tu dr datang and said everything ok..
alhamdulillah..alhamdulillah..

malam tu haqi yang tunggu
kesian dia dekat 10 kali aku asyik bangun nak ke toilet..huhu
haqi suh kencing dalam bekas tapi ak segan..
at last bila dah tak larat baru aku minta dia tadah bekas..huhu..
tu pun sebab rasa sakit..hahha..kalau tak gagah jugak nak bagun walaupun kena bebel dengan haqi..

tghhari tu dah dapat keluar tapi dr nak scan dl..
so pergi scan..
alhamdulillah..
dr siap tunjuk lagi anggota badan baby a yang dah mula membesar..
syukur sangat2..
perasaan boleh kuar memang sangat best..
hahhaha..duduk hospital ni macam di penjara..bosan giler..
mama dengan ayah stay dekat seminggu jaga aku kat sini..
after that aku decide nak balik kg..habiskan cuti unpaid yang aku ambil sebulan kat kg..
dengan condition aku yang masih lemah, haqi pulak kerja better aku balik duduk kg..
ambil angin kampung orang cakap..
sedih wuuuu nak tnggal haqi..

so balik kg dengan ayah and mama
berpantang dekat kampung..
family day company pun terpaksa i cancel pergi..
demi kesihatan dan demi baby adam ni..

ujian ini bukan suatu yang mudah untuk aku harungi dulu..
sekarang saat aku publish entry ni baby adam dah ada dalam dakapan aku..
allah..sungguh aku bersyukur allah memberi segala kemudahan dan ketabahan untuk aku mengharungi saat getir sepanjang mengandung ni..
dan semoga allah terus melindungi keluargaku ini..
anakku ini..
semoga sentisa di bawah lindungan allah dan membesar dengan sihat..

mumy sayang adam manyak2...




Friday, July 11, 2014

belajar masak-masak

sebagai seorang isteri yang memikirkan perut suami dan mahu memikat hati suami maka tuan puteri telah bersusah payah belajar memasak sesuatu diluar jangkaan
*tetiba ayat skema*

hari ni tuan puteri nak share pengalaman memasak lasagna..
nak share resipi tak berani sebab aku buat men campak..tak ikut sukatan pun..
main hagak-hagak..jewww...macam teror kan..
actually terjadinya nak buat ni sebab sudah terbeli kulit lasagna tu dekat giant..harga dalam 5.90 kot
tapi waktu beli ingatkan lasagna instant..sekali kauuuuuu kulitnya ajo..
hahaha tergelak laki bini punya lah nk keje senang kan..sekali kau hambek kena buat sendiri rupenya...
*gelakkandirisendiri*

rupanya-rupanya nak buat lasagna ni mak ko banyak nya bahan-bahan nya..
nagis kejap tengok resipi..tapi bila dah buat ghupernya tak de lah payos mana pun..
sap sap soiiii je..*konpidennakmuntah*

so google punya google, maka tuan puteri pun list la bahan-bahan yang nak kena beli..
berpeluh-peluh kat hero supermaarket mencari keju cheddar..
rasa nak tempik hoiiiiiiiii mana ko keju?
wakakakka...
so dah beli barang2 semua ingat balik terus nak buat...
aku benda baru first time buat tak konpiden nak buat sorang2...
tunggu punya tunggu haqi free sampai tertangguh seminggu...
 so nak dijadikan cerita, satu malam tu haqi cakap nak tengok world cup..
so plan nak buat malam tu lah..boleh makan untuk sahur..
sekali kauuuuuuuu mamat ni tido tak bangun...hangin je aku..
aku lak menghadap lasagna ni sorang-sorang...

sorang pun sorang lah..
janji kena buat jugak..
aku dah nak makan sgt...

so meh la aku cite serba sedikit resipi aku..
tapi korang aku men hentam je ni..
men agak2 je dia punya acuan sebab yang aku google tu untuk makan 5 orang..
ni aku buat untuk makan 2 orang

nak buat benda ni dia ada 3 main acuan..
1- inti daging
2- sos putih
3- kepingan lasangna n topping

so bahan2 dia adalah seperti dibawah..


kepingan lasagna - sos prego - keju cheddar- buttercup -susu segar - bawang besar & putih-daging cincang -cheese paramesen & cream - perasa secukupnya

first kita buat inti daging dia dulu ek..
caranya senang je..macam masak kuah spagetti *padahal buat spaggeti pun tak pernah*
potong bawang besar and putih ikut suka aku..potong dadu or nak tumbuk pun suko hati hang..
tumis bawang tu, masok kan daging cincang pastu masuk kan sos prego..ada orang beli sos tomato pure, tapi aku xnak masam sangat..
since sos spaggeti prego ni tak receh sangat meh kita guna ni..masukkan sos temato sikit, garam secukup rsa, nak pedas sikit aku letak serbuk lada hitam..
done!



next buat sos putih dia lak..
ni senang je..masukakn susu segar, ni pun aku agak-agak je..pastu masok kan keju cheddar separuh, and buttercup separuh..boil sampai semua tu sekata...


next step sediakan kepingan lasagna..
macam aku cakap aku beli kepingan lasagna yg instant yer..
buat sendiri aku tak tahu..kepingan tu xyah buat ape-ape..just celur2 je dengan air panas..
celur satu-satu yer..kalau letak sekali nanti dia lembik and melekat nanti..

so prepare la bekas...
disyorkan guna loyang yang empat segi..sebab kulit lasangna kan empat segi..
aku tak de loyang tu so hentam je guna yang bulat..
tapi jadi tak cantik sebab kuah dia meleleh ke tempat yang ada ruang tu kan..
so inti daging dah siap, sos putih dah siap, kepingan lasagna dah celur..
so jom kita buat layer nya..
mihmihmih..

letak butter skit dekat loyang and letak kan lapisan inti daging dulu first..
kalau letak kulit lasagna dia akan melekat kat loyang nnanti susah nak potong..
pastu sos putih, and lasagna..and repeat la step ni sampai habis semua bahan2 kau..
step dia :-
inti daging ---> sos putih ---> kepingan lasagna

so aku dapat buat 3 layer sebab inti daging cukup utk 3 layer je..
tapi sos putih aku terlebih banyak...hahah
dah siap buat layer tu tekan2 skit bagi mampat..
pastu atas sekali baru letak cheese paramesen tu..
aku beli yang petak tu tapi aku cincang sendiri..
yang dah siap cincang tu mahal kebonor...sikit lak tu...

make sure oven dah panas yer..
then sumbat le dalam oven selama 30-45 minit, suhu 180 degree celcious. guna api atas bawah
pandai-pandai la adjust..

dah 10 minit bakar, bau semerbak besttttt...
baru haqi bangun...hamboiiiii pandai dia..
bola pun dah half main...sengih2 kuar..
bau dia buat aku tak sabar-sabar nak telan habaq hang...
macam bau pizza pun ada.....




30 minit berlalu........




















tada!!!
ini lah hasilnya..
separuh dah masok perut haqi..
sedap dia cakap walaupun lembik skit..
kembang hidung jap
so hari tu sahur makan ni je..
nak lagi trill letak cream cheese atas tu...
aku rasa klau pegi timbang naik berkilo-kilo.....
hahahah


itu lah saja cerita masak-memasak tuan puteri...
nanti boleh la cuba..
wakakakkak...

ada masa kita buat lagi..
inshaallalh..
diakhiri dengan gambar taun belog..

Thursday, October 10, 2013

belajar masak # part 2 :-p

hello..hello..hello...
sejak mempunyai kesedaran diri untuk menjadi seorang wanita yang mempunyai bakat memasak yang tiada bandingan ni *tipu* tiap-tiap hari kita menggoogle resipi baru..sudah banyakk resepi di hafal tapi belum punya masa yang banyak untuk membuat nya...ye orang seperti kita ni harus memasak memakan masa yang banyak..hahha...agak slow di dapur..maafkan saya future husband..
so hari tu kita men masak-masak kek kan...kali ni acara tu tetap di buat tapi kita tukar skit rupa bentuk nya...sebelum tu...

ni lah chef hari tersebut..phewww

alkisahnya begini...setelah haqi bekerja, saya pernah mengrequest kat dia untuk belanja saya beli ketam...oh sejak saya kerja lauk yangpaling mahal nak beli adalah ketam..jadi setiap kali nak beli rasa cam..alamakkkkk mahal la....so letak balik..makan ayam sudeh....jadinya setelah 3 bulan bekerja maka saja baru berani nak suruh dia belanja saya beli ketam...ayat dia lebih kurang
" syggggggg....dah lama kita nak makan ketam..."
"kalau beli nanti kita belajar masak" pheww...mungkin sebab tak sampai hati tengok muka aku yg macm budk hingusan time tu, makanya dia pun belanja la 4 ekor ketam...okey harga only rm16..xde lah mahal sgt...apasal org duk pung pang pung pang mahal nauu...aku ingatkan smp lah puluh2 hinggget...

so ketam dah beli, harus lah ko kena masak wei gegirl cun *matakeatas*
pastu duk menjerit-jerit kat orang acane nak siang ketam ni...
oiii cane ni suh orang kat market dia malas buat..
eh aku mana reti nak siang ketam ni...
nak kena buat apa ni, nak cuci apa ni..
mengelabah *lappeluh*

so k.uda penyelamat....
settle...
beli brg-brg nak msk ketam lak...
settle..
so mari mulakan memasak...
30 minute masak..
siap..
seperti biasa resipi sila la google yer..
sbb aku pun men campak..
tp haqi cakap sangat sedap...
sangat sedap hokeyyyyyy...
aku pun rasa begitu *lompatbintang*

so menu kitaorang hari tu adalah ....

ketam masak lemak kuning .......
telur dadar.....
kangkung belacan...
dan pencuci mulut adalah
.
.
.
.

.
.
.
.
























palvova kek in the house!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tpi palvova kek kita cam pelik sikit...seperti biasa silalah salahkan pengukus...hahhahaha...actly kek tu kek coklat, tapi aku pegi beli topping tu then tuang sajo atas tu.letak buah kiwi potong kecik2..bestttttt....rasa macam secret resipi gitu *perbandingan yang susah diterima*
toping kotak ni cam cair sket, termenung sekejap aku bila tgk palvova aku nape rupa dia cam pelik kebeno...hhahhaha...xpelah janji cuba ken *tepukbahu sendiri* tapi bila letak dlm peti ais, lagi best...serius..cuba lah buat...korang buat kek coklat pastu letak toping white tu...ni aku nak buat lagi..dah beli dah toping yang dalam botol punya...yg spray punya tu...inshallah jadi lah kali ni...hihihi..ini kali!
actly sebab nak masak ni semua aku kol 9pg dah start hokey...
makannya kol 2ptg..ko mampu masak selama ni...
sakit tumit aku berdiri lama..
betul la org cakap, masak tak penat yang penat sebab berdiri...
so sila lah reka dapur yang boleh ko masak sambil duduk...
baru kerlasssss....
terasa hebat bila diri boleh buat semua ni....
walaupun saya macam tak pandai di dapur, tapi saya ada kesungguhan untuk belajar semua ni..
tetiba ayat skema...
jadi sekian saja persembahan saya hari ini....sila la cuba dirumah yea...


bye :-)