Sunday, November 16, 2014

drama mummy queen

sejak mengandung ni perangai mummy ni lain macam taw..
ada kala mummy ni sensitip terlebih,  adakala mummy ignore everything
kadang papa nak main hp tepi pun tak boleh yeah..
mummy stress tgk lampu tel papa..
hahha..
padahal dulu mummy suka tido dlm cerah..
sekarang mummy dah boleh tido tutup lampu dah..
pelik kang..

paling ketara rasanya mummy terlebih manja kot..
skit-skit ek ek ek..
tapi dengan papa aje ler..
sejak dulu papa ni macam kawan mummy la..
segala hal mummy akan cerita dekat dia la..
hal kerja, hal personal, semua la..
tapi papa ni walaupun dia syg ittew dia bukan la jenis akan sokong mummy semua benda..
dia ada bangkang ada setuju la jugak..
mummy dengan papa ni dua kerakter berbeza..
mummy suka luahkan, papa pulak suka pendam..
tapi dah lama kenal papa, mummy dah tahu nak figure out papa punya peel pun..
tapi papa punya peel lagi saiko nak..
mummy kena pujuk baru dia cerita..
hahhaha gitu..nanti handsome boy (papa bg gelaran) kuar jgn majuk macam papa taw..
nanti mummy buat derrr jewww...phewww..

mummy selalu la kan kalau penat kerja balik rumah nak cari papa je la..
sebelum papa balik mummy dah text papa dah..
kahkahakah..
selalu la cakap ...
"papa...mummy kan tak kacau orang, nape orang nak kacau mummy"
"papa..mummy kan tak minta orang suka mummy, nape nak benci2 mummy?"
"papa...mummy kan tak kisah orang tu nak buat ape, nape nak kisah hidup mummy?"
hahhahahhahah...gitu la..
papa dengo je la..
kadang tu dah penat sgt selalu jugak minta dengan papa nk benti kijo je..
kahkahkah..
papa nk bagi  modal niaga, mati kutu lak nak niaga ape..
tak pe pa, mummy tgh bt proposal ni...nnti mummy show my plan..
inshaallah perancangan dah ado..tunggu masa je..

cakap bab masa lak..
selalu jugak bebel tanya papa..
"papa...bila la masa nya yg sesuai utk mummy blah dari kerja ni?
"papa..bila la masanya untuk mummy run bisnes sendiri?
"papa..bila la masanya kita nak balik duk kg?
hahahhahah...papa tertido..
mummy byk sgt persoalan..
tapi papa ckp persoalan mummy lucu...
huhuuhuuhhu..

mummy memang degil..
tak kisah sangat fsl orang lain, sampai papa tanya mummy tak kuar jumpa kwn2 ke..
hahhahaha..mummy ok je..
cuma mummy sunyi kalau papa tak ada..
mummy kan suka kawan dengan papa..
papa terima mummy seadanya..
sebab tu mummy pun sanggup susah payah dengan papa..
biarlah orang nak cakap eleh..laki ko memang la ko akan tolong..
no..no..no..he is more than husband..
dia lah sahabat saya, yg selama ini saya tak pernah declare siapa sahabat saya..
dan alhamdulillah jugak allah jadikan dia suami saya..:-)
papa...jadi lah sahabat mummy and bakal anak ini selamanya..
jangan tinggalkan kami bila papa sudah kaya raya..
jangan tikam kami..jangan pernah buang kami..hukhuk..
tegurlah kami andai kami bersalah..
ajarlah kami andai kami tidak tahu.
ingatkan kami andai kami lupa..
bimbing la kami bersama ke jalan allah yang kekal abadi..


masa yang sesuai bila mana allah mengkehendaki ia terjadi..
tidak ada terlewat mahupun terawal.
itu lah masa yg tepat..kerana allah lebih mengetahui bila masa yang sesuai..

bye :-)
mummy yg manja 

Friday, November 7, 2014

kehidupan

hidup ini ada pasang surut dia..
adakala kita senang adakala kita susah.
adakala kita boleh pendam je masalah sorang2..adakala nak kena meluah jugak..
dalam hidup ni duit memang diperlukan..
tak pandai manage binasa la..
tapi kebahagiaan hidup bukan terletak pada nilai wang je semata-mata
masa, kasih sayang, perhatian, family..

tak semua orang boleh berkongsi masalah dengan kita
boleh nak pendam sendiri tapi pastikan kita mencari penyelesaian
jangan sampai terdesak baru berusaha.
keadaan seperti itu hanya akan memenatkan dan menyusahkan banyak individu
bukan pada diri sendiri sahaja

hidup biar tahu kemampuan dan future kemampaun
belajar merancang untuk masa depan depan itu perlu
hidup sendiri bagaimana
hidup berpasangan macam mana
hidup berkeluarga macam mana
semua ada cabaran
jangan nak sambil lewa dan pentingkan diri sendiri

komitment jangan sampai menyusahkan orang
ada kemampuan buat
tak ada usaha sampai berkemapuan
bukan mencari orang untuk memback up
sepanjang aku hidup pun nak beli apa-apa aku usaha sendiri
kehidupan waktu kecik yang susah tak sesenang mana mengajar aku banyak hal
yang mana kau hidup untuk survive
bukan untuk meinta-minta orang lain mencukupkan keperluan bagi kau

zaman sekarang rm50 boleh beli apa je
tak macam dulu
tak kira la duduk kat kg ke mana
bagi aku sama je la
selagi pandai memanfaat rm50 tu kau pasti mampu bertahan
tapi kalau tak pandai memang kau tak nampak la nilainya kat situ

mungkin cara kita berbeza
tapi aku suka dengan cara aku
yang paling penting aku tak menyusahkan orang
tak kacau hidup orang
dan yang penting bahagia aku bukan pada permintaan orang lain
tapi atas permintaan aku.
yang aku usahakan

masalah kalau kau lari memang akan sentiasa mengejar kau
tiada jalan melainkan kau menghadapinya


Tuesday, October 28, 2014

diary mengandung : checkup 20 weeks

alhamdulillah..
budak tecik dalam perut dh makin membesar dan aktif..
its already 21 weeks dear..
mummy kira macam tak sampai lagi 20 weeks.
tak pe kita ikut perkiraan dr.

rutin check up mummy dah ke hospital putrajaya
setelah operation buang cyst hari tu mummy dah makin sihat..
syukur sangat..selera makan pun menjadi jadi
muntah pun sekali sekala aje..tpi mmg jarang sangat dah la

hari ni check up untuk follow up operation hari tu
plus papa nak buat detail scan..
yeheeee boleh tahu jantina kamu nak..
mummy confident je nak beli barang-barang gegerl
hehehe..

alhamdulillah la sepanjang check up kat hospital putrajaya mummy selesa skit
tak perlu nak tunggu lama-lama sangat
kalau check up kk tu ada satu hari tu siap nangis dah mummy sbb letioh nau menunggu nya..
nasib la papa selalu ada teman..hehe
of course la mummy dh lama tak bawa kete jauh-jauh ni..
pergi kerja balik kerja je berani..

so tadi buat ujian MGTT gak (minum air gula)
ni papa buat kat rumah je sebab mummy nak bt cecepat nnt mummy boleh mkn cepat
maklum lah mummy sekarang kan asyik lapo je..
so papa dah siap-siap bawak balik perkakas nya nak buat ujian MGTT
pukul 7 papa kejut ambil darah and then minum air gula.
erkkkk memang nak muntah..tapi ok la dari dulu..
buat kat rumah boleh la mummy sambung tido balik sebab next 2 hour baru boleh makan and ambil darah sekali..
kol 9.30 tu dah siap-siap nak g hospital mummy dah boleh mkn..
hahhaha sukeeeee sebab kali ni berjaya melepasi ujian MGTT..
hehehe..good job son! eh

sampai hospital, rutin biasa la kena check bp, berat urine semua tu..
alhamdulillah jugak staff nurse tgk papa bagi mummy guna kemudahan toilet staf
syukur la lagipun mummy mmg nak terkencing sgt dah time tu..
hahhaha..
everything ok, berat pun dah naik..syukur sangat..so mummy sekarang 47.7kg..
no worry lagi la fasal berat..
calculate berat kamu pun papa estimate dalam 300-400g baru
alololo nanti mummy akan berikan kamu cukup makan yer..
plus papa memang jaga kita baik sekali nak :-)
mummy sekarang kan asyik sakit pinggang je..
tetiap malam papa urut kita..
papa memang awesome sgt nak..

lepas tu papa minta specialist untuk buat detail scan..
berdebar-debar gak la kan..
nasib dr tak sibuk sangat boleh la kami kenal kamu dengan dekat :-)
dr hamidah tunjuk dekat mummy everyting tentang kamu..
best sangat perasaan tu nak..
kamu siap men give me 5 lagi dengan papa..
so sweet..:-)
the moment dr tunjuk kamu kepalkan jari and dr said we wait until he give me 5 or say bye2 tu
mummy tertunggu-tunggu
then bila kamu give papa 5 beberapa kali rasa so legaa sgt..
pandai kamu nak geng dengan papa yerrr..
dr tunjuk organ2 lain jugak..
so far alhamdulillah and we pray the best for u son..

mummy and papa tak sabar menunggu kehadiran kamu
pengikat kasih sayang kami..
semoga terus membesar dan selesa dalam penjagaan kami
mummy and papa try our best only for you..
nanti dah jadi geng papa ler..
jangan lupa mummy taw..

bye2..


mummy to be

Sunday, October 12, 2014

diari mengandung # alahan :-(

hellooo...assalamulaikum..
lama tak bersiaran kan..haha..janji nak update macam-macam story tapi harammmmmm tak hupdate jugak..haha..tapi tak ada yang kisah pun kan..al maklum lah daku blogger sambilan yang sendu..
it's ok.. daku masih disini menjalani hidup sebagai mummy to be :-)

alhamdulillah..rezeki allah..
it's almost 4 month alredy..
pahit maung, suka duka alahan telah dilalui dgn jayanya..
walaupun berkali-kali admitted..trauma..
ulang alik hospital belum cite lagi kan..
semua tu aku terima sebagai bahagian ujian yang allah tetapkan buatku..
alhamdulillah suami sangat supportive..parents yang caring..and ramai insan yang mengambil berat..

awal pregnent time check upt tu time bulan puasa..
tgk result upt 2 line tersengih la tunjuk dekat hubby..
syukur sangat time tu..rasa macam allah berikan hadiah yang sangat bernilai buatku sempena aidilfitri tahun ni..so tahun ni puasa kena ganti only 2 day ajee..sebab muntah teruk..
patutlah time tu badan rasa letih sokmo..penin-penin..rupanya ada sikecil tomey mummy rupanya..

waktu pergi scan dekat private clinic time tu 7 weeks..
alahan baru start la..
penin-penin nak pitam tu biasa ar..
muntah pada awalnya biasa-biasa saja..rs loya then muntah air...
masuk minggu ke minggu..alahan makin teruk..
satu hari tu 7-8 kali nak berlari ke toilet..
kadang-kadang tak tido seharian..tido tepi toilet je..senang..
hubby memang selalu bagi support la..kadang-kadang tu menangis atas riba hubby..
lepas solat jemaah dengan hubby tu selalu la menitik-nitik air mata sebab kadang memang tak larat nya sangat...solat kadang tertahan-tahan nak termuntah..huhuhu..manja sangat mummy ni...
tapi setiap kali tu la hubby banyak sangat bagi kata-kata semngat...
tq papa...hanya allah mampu membalasnya..

satu malam tu hubby oncall..
setiap kali oncall perit nya bertambah-tambah la rasa..sebab nak makan kena masak sendiri..
selalu kalau hubby ada dia yang yang masak..
bau orang masak pun dah nak loya..
at that time nak makan nasik memang susah sikit nak telan..
nasik dia lambat hadam..so makanan tu akan keluar balik sebijik sebijik..
letih and peritnya hanya allah saja la yang tahu..
selalu motivated diri cakap yang i can do it..
and that night pkol 11.30 camtu aku muntah tak henti-henti..
sampai lembik..hubby plak oncall..nak pitam memamng tak yah cakap la..
rasa sesak nafas semua ada la..
terus je capai hp..call hubby..nasib dia terus pick up..
cakap le memang tak larat giler...
10 minit hubby balik..ingatkan dia boleh cuti ke ada orang ganti..
sekali dia cakap jom pegi hospital..kena masuk air ni..
dah memang dry giler dah ni..
pergi la dalam terpaksa..
aku tak suka pergi hospital....nak-nak kena admit pulak..
tapi pasrah je dari jelepek sorang kat rumah ni..
demi baby dalam perut ni aku sanggup hadapi segala dugaan ni..

sampai spital, scan baby..dr cakap jantung baby dah ada..
alhamdulillah nak..progress yang baik..
janji anak sihat and aktif mummy sakit tak ape..
tapi tu pun mummy bersalah sangat rasa sebab takut anak tak cukup makan..
as aspected, masuk ward la mummy ni..
kena cucuk amik darah bagai...semua papa yang buat..lega sikit la..
masuk air ler sebab tak de apa dah makanan dalam perut kan..
sebab papa masih on duty makan mummy stay sorg je la..
hukhuk..dalam pkol 2 lebih pagi nurse datang cucuk ubat hape tah..
ya allah ubat tu buat mummy rimas yang amat..
berpeluh-peluh..sakit lak tu time masuk ubat tu..lebam kejap tangan mummy..
nasib lepas tu papa dah tak busy..datang teman mummy..tak jadi nak nagis..
tapi tu la badan mummy jadi panas tetiba..berpeluh-peluh..kejap nak bangun kejap nak tido..
papa cakap ubat tahan muntah..mummy iye kan je..
letih sangat..papa bentang selimut tido kat bawah..
mummy ajak tido sekatil papa cakap kesian mummy nanti sempit..
lagipun kali ni masuk ward sebilik sorang jadi ruang luas so papa ok je tido bawah..
tapi sedih la tgk papa kat bawah kan..tapi bila fikir mummy yang kejap bangun kejap duduk kejap gerak kesian jugak..kang papa baru je nak tido terjaga..so mummy pegang-pegang tangan papa dr atas je la..then tertido sedar-sedar nurse dtg nak ambil bp and cucuk ubat..
hadoiii rasa nak lari je...
hambikkk kau lepas cucuk ubat memang muntah la..
kesian papa tak nyenyak tido..
dah la oncall..
sorry pa, mummy tak sengaja..

esoknya mummy mintak balik..
tak boleh balik lagi..
tapi merayu-rayu dekat papa..lagipun papa cuti poscall and off esoknya..
last-last papa akur..lagipun duk spital berkurung je..
bosan..kesian papa nak rest dengan selesa pun susah..
baik balik..
nasib yg on duty hari tu kawan papa je..
so dia bagi balik, tapi continue masuk air dekat rumah la..
mummy ok je..asalkan boleh balik..
hahha so rumah dah macam hospital...
janji sihat..

dr diagonosed mummy hypermesis gravidium..
iaitu alahan teruk..macam-macam faktor..
mummy terima je..dr cakap inshaallah kalau mummy ok pas 3 month nnt mummy will be normal balik..
so time tu bermula kehidupan mummy yg agak haru sikit..
emosi ta stabil..
muntah berlarutan..
kalau papa bukan dr mesti mummy asyik keluar masuk hospital..
harapkan papa boleh masuk kan air kat rumah mummy rasa lega sikit..
kerja pun kadang 3 kali seminggu je pergi..
mummy redha je time tu..
kadang mummy tgk orang lain preggy boleh makan macam-macam mummy jeles jugak..
mummy papa masak macam-macam..makan sikit pun keluar balik..
muntah malam paling teruk..
esok sebelum pergi kerja papa drif masuk air..
kalau sempat papa masuk air malam2 lagi..
so esoknya dapat la mummy pergi kerja..
dekat ofis pun mummy duk muntah...
mummy memang serahkan nasib mummy pada allah..

akhirnya mummy lalui semua tu hari demi hari..
at 12 week mummy pergi scan..
dr detect cyst pulak..
actly dr first scan lagi tapi dr observe je dlu..
tapi dr tak mahu ambil risiki, so mummy kne refer ke hospital jugak..
papa pandang mummy, bagi mummy semangat..
mummy terima je asalkan kamu sihat nak..
so bermula plak rutin mummy nak menghadapi ujian ni plak..

nanti la next entry aku share pengalaman aku admitted untuk operatiaon buang cyst ovari..
malam ni cukup sini dulu la..
mummy kena rehat dah..
hehehe.

pengalaman ni akan aku simpan sebagai satu memori indah buat aku..
aku akan merindui saat-saat ni..
papa u r awesome..
pengorbanan syg tak kan mampu ditandingi..
wanita di luar sana yang dah bergelar ibu..aku mengagumi kalian..
serius kalian memang hebat dan kuat..
inshaallh sama-sama kita berdoa semoga kita menjadi ibu yang terbaik buat amanah yang allah titipkan buat kita ni..
anugerah terindah buatku..

jumpa lagi.


-mummy to be -



Friday, July 11, 2014

belajar masak-masak

sebagai seorang isteri yang memikirkan perut suami dan mahu memikat hati suami maka tuan puteri telah bersusah payah belajar memasak sesuatu diluar jangkaan
*tetiba ayat skema*

hari ni tuan puteri nak share pengalaman memasak lasagna..
nak share resipi tak berani sebab aku buat men campak..tak ikut sukatan pun..
main hagak-hagak..jewww...macam teror kan..
actually terjadinya nak buat ni sebab sudah terbeli kulit lasagna tu dekat giant..harga dalam 5.90 kot
tapi waktu beli ingatkan lasagna instant..sekali kauuuuuu kulitnya ajo..
hahaha tergelak laki bini punya lah nk keje senang kan..sekali kau hambek kena buat sendiri rupenya...
*gelakkandirisendiri*

rupanya-rupanya nak buat lasagna ni mak ko banyak nya bahan-bahan nya..
nagis kejap tengok resipi..tapi bila dah buat ghupernya tak de lah payos mana pun..
sap sap soiiii je..*konpidennakmuntah*

so google punya google, maka tuan puteri pun list la bahan-bahan yang nak kena beli..
berpeluh-peluh kat hero supermaarket mencari keju cheddar..
rasa nak tempik hoiiiiiiiii mana ko keju?
wakakakka...
so dah beli barang2 semua ingat balik terus nak buat...
aku benda baru first time buat tak konpiden nak buat sorang2...
tunggu punya tunggu haqi free sampai tertangguh seminggu...
 so nak dijadikan cerita, satu malam tu haqi cakap nak tengok world cup..
so plan nak buat malam tu lah..boleh makan untuk sahur..
sekali kauuuuuuuu mamat ni tido tak bangun...hangin je aku..
aku lak menghadap lasagna ni sorang-sorang...

sorang pun sorang lah..
janji kena buat jugak..
aku dah nak makan sgt...

so meh la aku cite serba sedikit resipi aku..
tapi korang aku men hentam je ni..
men agak2 je dia punya acuan sebab yang aku google tu untuk makan 5 orang..
ni aku buat untuk makan 2 orang

nak buat benda ni dia ada 3 main acuan..
1- inti daging
2- sos putih
3- kepingan lasangna n topping

so bahan2 dia adalah seperti dibawah..


kepingan lasagna - sos prego - keju cheddar- buttercup -susu segar - bawang besar & putih-daging cincang -cheese paramesen & cream - perasa secukupnya

first kita buat inti daging dia dulu ek..
caranya senang je..macam masak kuah spagetti *padahal buat spaggeti pun tak pernah*
potong bawang besar and putih ikut suka aku..potong dadu or nak tumbuk pun suko hati hang..
tumis bawang tu, masok kan daging cincang pastu masuk kan sos prego..ada orang beli sos tomato pure, tapi aku xnak masam sangat..
since sos spaggeti prego ni tak receh sangat meh kita guna ni..masukkan sos temato sikit, garam secukup rsa, nak pedas sikit aku letak serbuk lada hitam..
done!



next buat sos putih dia lak..
ni senang je..masukakn susu segar, ni pun aku agak-agak je..pastu masok kan keju cheddar separuh, and buttercup separuh..boil sampai semua tu sekata...


next step sediakan kepingan lasagna..
macam aku cakap aku beli kepingan lasagna yg instant yer..
buat sendiri aku tak tahu..kepingan tu xyah buat ape-ape..just celur2 je dengan air panas..
celur satu-satu yer..kalau letak sekali nanti dia lembik and melekat nanti..

so prepare la bekas...
disyorkan guna loyang yang empat segi..sebab kulit lasangna kan empat segi..
aku tak de loyang tu so hentam je guna yang bulat..
tapi jadi tak cantik sebab kuah dia meleleh ke tempat yang ada ruang tu kan..
so inti daging dah siap, sos putih dah siap, kepingan lasagna dah celur..
so jom kita buat layer nya..
mihmihmih..

letak butter skit dekat loyang and letak kan lapisan inti daging dulu first..
kalau letak kulit lasagna dia akan melekat kat loyang nnanti susah nak potong..
pastu sos putih, and lasagna..and repeat la step ni sampai habis semua bahan2 kau..
step dia :-
inti daging ---> sos putih ---> kepingan lasagna

so aku dapat buat 3 layer sebab inti daging cukup utk 3 layer je..
tapi sos putih aku terlebih banyak...hahah
dah siap buat layer tu tekan2 skit bagi mampat..
pastu atas sekali baru letak cheese paramesen tu..
aku beli yang petak tu tapi aku cincang sendiri..
yang dah siap cincang tu mahal kebonor...sikit lak tu...

make sure oven dah panas yer..
then sumbat le dalam oven selama 30-45 minit, suhu 180 degree celcious. guna api atas bawah
pandai-pandai la adjust..

dah 10 minit bakar, bau semerbak besttttt...
baru haqi bangun...hamboiiiii pandai dia..
bola pun dah half main...sengih2 kuar..
bau dia buat aku tak sabar-sabar nak telan habaq hang...
macam bau pizza pun ada.....




30 minit berlalu........




















tada!!!
ini lah hasilnya..
separuh dah masok perut haqi..
sedap dia cakap walaupun lembik skit..
kembang hidung jap
so hari tu sahur makan ni je..
nak lagi trill letak cream cheese atas tu...
aku rasa klau pegi timbang naik berkilo-kilo.....
hahahah


itu lah saja cerita masak-memasak tuan puteri...
nanti boleh la cuba..
wakakakkak...

ada masa kita buat lagi..
inshaallalh..
diakhiri dengan gambar taun belog..

Monday, June 23, 2014

sebelum memori lost!

apa nak jadik dah kan..semakin hari semakin malas nak hupdate..sampaikan lupa nak update celebrate birthday sendiri..hukhuk..nasib somi tercinta tak ngaju..sebab dia lah sponsor terbesar sewaktu birthday iolss..sebelum lupa mari lah kita lakarkan sejarah kenangan sambut birthday as a wife..
wehuuuu sebagai seorang isteri..best wo dah kahwin ni..
anje2 dengan hubby..kohkohokh..

tapi kan ingat kan ada la party suprise ala-ala lomantik dari husband saat menunggu detik kol 12 kan..
sekali husben kena keje..oncall lak tuh...how dare u hubby...kahkahkah..
tapi kan..so touch la bila dia wish besday kat FB..
call pun tak uolls..ni pun curi masa taip msg kat kita..panjang gitu...

wish from hubby
as usual hubby kalau wish ape-ape je dia akan mention satu ayat yang weolls ni mula relationship dari tak ada ape2..slowly usaha and now dua-dua dah keje..ada income sendiri..nak cakap gaji besor tu tak lah..tapi cukup lah kan..weolls ni suka berangan, so bila impian dah tercapai rasa mcm nak ngs gitu..banyak lagi impian yang nak kena realisaikan..so keep it up..

nasib besday jatuh hari weekend, kalau tak ada yang ambil AL sebab nak manjakan diri sempena hari tua kan...wakaka..so pepagi hubby balik tu, dio rest dulu..gua tak de kejam nak suh dia terus nyanyi kat aku kan..kita bagi dia segar dulu..baru kita minta macam-macam..hahha..
and aku adalah pompuan yang sedarhana..
hubby 3 hari 3 malam  cari tempat nak holiday, iolss hanya suka melepak dekat rumah je..
actly plan dah kebabom nak ke PD sekali aku rasa malas..hahha
jenis aku ni kalau nak ajak pegi baik jgn bagitahu, nnt buat spoil je..
baik dia terus book, ajak and terus gerak..tapi jenis haqi lak dia tak leh buat desicion sendiri..nak jugak aku pilih..bila aku tahu aku lak suka spend the money untuk hal2 rumah...and finally duit tu spend untuk beli maknan penuh peti ais..memang gila punya shopping..makanan adalah kegembiraan aku saat itu..tak tahu lah nape..kahkah..

tapi tak kuar jln2 mcm tak best lak kan..
so meh la kita pergi ke IOI Mall...
birthday girls nak makan Seoul Garden..
nyummmyyy...makan sampai muntah..hahahha

ada monopod, meh la selfie dlm kete..dalm kete je la konfiden..
luar i is pemalu..phewwww..
muka bulat setaman :-p


 lepas kenyang tu meh la kita pergi nonton
cite spiderman..yg kejap-kejap kiss..
oh my..muak aku tengok..
dah lama tak tengok wayang sampai aku tak reti nak tengok cane..acane tu..
nasib beli popcorn, ada lah kerja aku nak buat kan..wakakkak..
 sebelum nonton tu weolls shopping serba sedikit..kahkha..
patutnya birthday girl je yg sopim nye..tapi haqi tumpang sekaki..
nak jugak dia tuuu...


habis cite di hari pertama...hahhaha..syarat besday girls must celebrate 3 hari 3 malam kata kauuuuuu,,,
so esoknya, pakai baju baru tuhhhhh..haqi belanja kata kauuuuuu..
sebab tak jadi holiday kan, i ajak haqi pergi sopim brg rumah...hahahha.
besday girls request nak makanan jeee....
geleng-geleng kepala somi kitew...


 betapa gembira hati besday girl sebab boleh beli makanan ape jeeeeee..


hari ketiga besday girl request hubby masak kat rumah..wah wah memang diva gitu..hahah
ala simple request je..sebab mmg tiap2 weekend weolss masak sesama..
brg dpur dah penuh, rasa bahagia gile memasak nya..
tak hagakk-hagak kauuuu...
hahhaha...

besday girl tak suka kek, so tak yah ada kek pun tak pe..
sepotong pun tak kisah, tak de ku kisah kalau tk dpt sebiji pun..
coz i know hubby u love me..
chewahhhhh konpiden je kan..


begitu lah sambutan besday kita ritu..
hari ni adalah hari ke 3 bulan perkahwinan iolss..
next month hubby punya besday..
tapi dalam bulan posa, ke dah raya time tu ek..
 tak pe kita celebrate awal sket ek yang..
makan2 dekat hotel ok x yang?
atau kedai lip lap lip lap...
muahahahha..

pada sesapae yang wish kita kat FB, msg, PM kita, email kita..i really appriaciate..
semoga korang pun bahagia dan gembira selalu..
:-)


besday girl bulan lepas ,
PN Ainrisya.
eh!

 p/s: hubby, taun depan buat la suprise letak pandora seketul ke...hahaha..hney ok je...:-p