Wednesday, July 29, 2015

5 petua untuk membantu bayi tidur lena



Saintifik telah membuktikan bahawa tidur malam yang lena adalah sangat penting untuk perkembangan mental yang optimal dan pertumbuhan fizikal. Tanpa tidur yang mencukupi, terdapat kemungkinan besar yang si manja mengalami beberapa masalah pertumbuhan seperti kurang konsentrasi, kurang selera dan skil motor yang tidak berkembang. Tidur juga waktu di mana sambungan otak diperkuatkan untuk perkembangan seterusnya. Oleh itu, adalah penting untuk si manja anda mendapat tidur yang tidak terganggu setiap malam.
 Bagaimana lampin malam baharu boleh membantu bayi anda agar tidur lebih lena

 
Pengeluaran hormon pertumbuhan manusia boleh terganggu jika bayi anda dikejutkan daripada tidur beberapa kali untuk pertukaran lampin. Mengenal pasti masalah ini, Drypers Drynights dicipta dengan Teras Penyerapan Terpanjang Kami yang menyerap dan mengagihkan air kencing sehingga 12 jam agar bayi anda kering dan selesa sepanjang malam.

5 petua untuk membantu bayi tidur lena

1 .Memulakan rutin waktu tidur yang sama
Pada usia kira-kira 6 minggu, mula tetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Lakukan segala yang menyenangkan seperti mandian suam - makanan - pertukaran lampin - pijama - dodoi atau penceritaan sebelum waktu tidur. Anda boleh menyanyikan lagu yang sama pada setiap malam kerana anak anda
sukakan benda yang sama. Bayi anda akan mengenalnya sebagai lagu terakhir pada waktu malam. 

2 Ajar si manja anda untuk mengenalpasti waktu siang dan malam
Pada waktu malam, tutup langsir, gunakan lampu yang malap, elakkan bunyi bising dan pastikan tiada gangguan di dalam bilik untuk menarik perhatian bayi. Elakkan terlalu banyak perhubungan mata. Ini akan membantu bayi tidur dengan lebih mudah.

 3 Pasang lampu malam pada waktu malam
Ia mencipta suasana yang lembut dan selesa yang mententeramkan bayi. Lampu putih boleh menjadi sangat terang pada mata bayi dan menyebabkan mereka terjaga. 

4 Letakkan mainan lembut di sebelah bayi anda
Bayi anda akan belajar untuk mencari keselesaan selain daripada tubuh anda atau denyut jantung anda. 

5 Letakkan kereta sorong bayi berhampiran dengan bayi

Bayi tidur lebih baik di dalam suasana yang terbiasa dengannya. 

Sumber: Daripada Healthy Sleep Habits,
Happy Child by Marc Weissbluth, MD