Sunday, April 28, 2013

untuk keberapa kali aku pun dah tak ingat

ok tajuk tak klaka pun..
seperti biasa memang tak ada tempat lain nak dating pun..memang kat sini lah tempat nya...haha
harap-harap haqi tu dapat le hospital putrajaya ke kan..
boleh lah aku meneroka alam putrajaya ni lagi dalam..piupiuuuu...

ni dating 2 hari sebelum haqi nak balik kelate...iyo la dio nak balik bercuti..jadi kita berjalan-jalan lah kat sini...tak tahu la kenapa suka sangat pegi sini....kebetulan time kitaorang pegi ni da pertandingan race kereta ni..terjerit-jerit haqi suka macam kanak2 hokey.....bese lah lelaki bab kereta memang no 1..huhu...so lepak-lepak tengok orang race kereta control ni...ada yang laju terkagum-kagum...ada yang slow tergelak-gelak...cce suh men sendiri mau tak gerak kereta tu ken...ok tak klaka..


 macam bese aktiviti feeling retis tak kan miss..
 pastu dah puas tengok orang race kereta mari lah kita ke destinasi selalunya kita..hari ni tak ramai pasangan pengantin bergmbar..hooreyyyy boleh cari spot fovorite...di tepi jambatn eh..nth aku panggil jejantis tasik boleh..?

 spot ni susah nak dpt taw sbb ramai pengantin nak fotoshot kat sini...kang dorang tgh bergambar terselit gambar haku kang pelik pulak kang..kukuikuki...so sbb dapat duk kat sini lagi best lah perasan retis ni...pedulik hapa kang......





macm berdiri di belakang background gambar kan..

 kat tasik a.k.a kolam ni da bnyk ikan i tell u...lagi syok dr the mines tu sbb sini ko boleh tengok dekat-dekat..macam ikan tu nak melompak ke pelukan ko gitu..habis merencik-rencik air tasik kat muka ko..pastu main gelak2 plok...hohoho....nanti nak datang sini jangan lupa bawa roi yer...jangan   buat muka kecian tepi orang nak mintak roti nak bagi ikan makan...kang tak fasal nak kena lempang....tapi kalau anda terasa diri anda comel tak de masalah........hahahah..

macam suci je muka aku...kihkih...

 akhir kata jemputlah beramai-ramai ke pullman lakeside ni....semestinya anda takkan menyesal menghabiskan masa bersama yang tersyg.......chewahhhhhhhh.....pegi lah release tension...asyik keje je kan..laungkan masa dengan yang tersyg..hargai mereka....

k bye...

Thursday, April 25, 2013

celik hati

betul cakap prof muhaya dalam celik hati tadi...

orang buat kita sakit hati hanya 5 minit
tapi kita sampai berbulan-bulan menderita sebab fikir apa orang cakap..
tak patut menyerahkan keseronakan dan ketenangan hidup ni hanya pada kata-kata orang.....
untuk hanya 5 minit tu biarkan lah ia berlalu....

saya dah maafkan walaupun awak sering sakitkan hati saya...
sbb tu saya boleh layan awak lagi, cakap dengan awak lagi, sms denagan awk lagi
kerana kita semua allah bagi sifat sayang......


Wednesday, April 24, 2013

Segmen Topup 24 Jam by Emas Putih Part #2

click banner for join!

Segmen akan tutup pada jam 11:59 malam/24 April 2013

Petua Masuk Rumah Baru

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.


semoga bermanfaat
sumber FB

Tuesday, April 23, 2013

pencerahan

hari ni tak bape sihat...perut tak bape sihat lor...tapi ada 2 tempat nak hantar barang custemer..rasa cam nak fengsan pun ada...semua saki baki makanan dalm perut dah hbs di keluarkan...tak tahu lah...ape yang silap makan ni..tapi demi custemer ku gagahi jua....

janji jumpa custemer pukol 6..tapi aku lambat 5 minit..maaf ye laling ku..i rasa malu jumpa custemer dlm keadaan x stabil ni...nak ckp pun i rasa mcm mengeletar...macam semput giler nak bercakap dalam keadaan lemah ni..dorang tanya aku cam blur je...sorry tapi aku dah pun msg berjela-jela kat dorang cara-cara makan aura white itu..harap dorang faham lah...selalu ada jugak cust yang ambil barang then terus blah...sampai i ni tanjat jugak..mungkin dorang dah faham cara nak guna/pakai benda tu...pelanggan sekarang dah bijak ken, mereka semua dah servey habis2 lah fsl info and effect sesuatu brg ni ken..so i tak kisah pun..tapi i still jugak msg dorang......tak salah pun kan..janji kita dah cuba explain yang terbaik pada dorang......

ada jugak yang tel pahtu tanya i macam2.......sometimes i tak leh jawab dan dan tu......bukan ape, kdg yang tel waktu aku kerja..jadi kelam kabut sikit lah nak menjawab nya...ada jugak soklan yang aku memang tak tahu and terpaksa tanya dealer aku...tapi kadang cust tak faham dia dah anggap kita ni tahu segalanya....aku tak kisah  pun...kadang orang tanya harga pun aku blur...ada jugak yang sound aku berniaga pun tak tahu harga..aku rilek aje..memang kadang aku tak ingat pun...sebab aku bukan jual satu produk pun...dan harga kadang ada berubah time promosi...tapi aku senyap je lah custemer nak membebel pun...aku bukan sempurna and aku just cuba beri service yang terbaik utk semua....

macam-macam lah ragam ni..tapi aku tak take serius pun..
ada kawan aku ckp kenapa aku jujur sangat sampai ada cust tanya aku aku makan or pakai supplemen tu..aku jujur je jawab...if aku makan aku cakap aku makan..if tak tak ada lah aku ckp aku makan...kadang aku jadi terjebak dengan custemer aku sendiri bila dorang repeat order..aku lak jadi tak keruan macamkan best sesuatu produk tu ken...macam aura white ni, ada oarang beli sampai 2 jar..aku macam best sgt ke aura white ni kan...tapi kalau lihat testimoni tu mcm gempak kan.....tapi sebab aku dah ada supplemen yang aku tengah amalkan so aku tahan dulu...aku sekarang tengah cuba fer white by fereena..nanti ada good effect aku review yer...tapi kalau ada yang beli aku jual gak..boleh je order...

hari tu da sorang akak ni beli bedak arab......dia beli dua...dia baru nak pakai lah...seminggu lepas tu dia call lagi nak order lagi..kawan dia nak jugak..kawan dia cakap tgk dia pakai nampak cantik....hihi..aku gembira je ada cust yang puas hati dengan sesuatu produk yang aku jual walaupun bukan aku yang produce...pastu awl bulan tu dia call algi nak order dua lagi...aku cam pelik jugak lah kenapa akak ni cepat je habis..bedak arab ni 50g boleh tahan 2 bulan kot..time jumpa dia tu dia cakap lah habis satu rumah duk pakai bedak ni..oooooooo patut lah cepat habis....semua suka dengan tekstur bedak ni..pastu dengan aku2 pegi try jugak..kahkah..tapi serius i ckp you, mmg best lah...bedak ni dah tak payah pakai foudation ke, cream ke..dia dah 3 dlm satu...jimat lah..mmg berbaloi..

sebelum ni aku terjebak dgn felinna Inchloss (nama baru felinna beauty lotion)..haha..tp alhamdullih lah yg ni pun bagi +ve effect...pasni tak tahu lah apa lak yang aku terjebak..bukan setakat custemer je yang terjebak dgn aku-aku terjebak......apa yang aku pakai or makan tu aku boleh lah story berdasarkan pengalamn aku sendiri tapi apa yang aku tak makan tu aku akan refer pada delaer dan dari feedback custemer aku...so korang jangan salah fahm yer.......

tapi secara jujurnya........healing proses ni bergantung pada individu itu sendiri...ada yang mengalami positive ada jugak yang negatif...sebab tu banyk produk kesihatan yang dijual...sebelum aku jumpa produk yang ok dengan aku , aku pun dah cuba macam-macam produk..ada yang ok, ada yang tak ok...so pilihan di tgn semua...kalau dah makan supplemen tu bertahun tak de kesan better lah cuba yang lain...tapi semua ni di tangan anda......aku tak pernah paksa pun..hihi

suatu ketika dahulu, 4tahun yg lepas....
aku mmg da mslh kulit kering........
skrg pun still ada, tp semakin membaik dan dalam proses healing.....
sebab tu aku rajin makan supplemen ni, cuba yang mana sesuai dgn aku...

pict dahulu kala...
akhir kata...
buat lah pilihan yang bijik..

saya pilih mengundi :-) *tetiba ken

celebrate haqi day...sempoi aje...

hai...
bosan kot...haqi dah balik bercuti..hukhuk...miss him so much..lol..
nak cite celebrate haqi punya kejayaan last time...

dahulu kita memulakan hub ini dengan belajar bersama...rasa kenangan tu masih lagi segar di ingatan...teringat time gaduh-gaduh jawab soalan add math..aku dengan haqi memang suka add math..subject score math and add math...lebih tepat lagi subject kira-kira lah...time ni suka sangat ken sorak kan kita punya kalkulator..sajew lah tu tak nak kita jawab cepat ken...haqi dulu is nakal hokey....suka nyakat budak pompuan..i is sabar aje...memang dia mcm tu..redha aja la...hiks...

hari jumaat tu result kuar kan...kebetulan jumaat ada pasr malam kat putrajaya...so mari lah kita celebrate kat situ..macam tak ada tempat spesel kan...tak pa janji dapat meluangkan masa...hikhik...


beli makanan manyak2...bentangkan tikar..bersila aja kat atas lantai ni...putrajaya is clean so tak bimbang sgt...lagipun malam minggu sgt happening kat sini..ramai family bawak anak2 datang luangkan masa bersama....kami suka tengok orang yang berkeluarga ni berguarau senda....bahagianya....

sepanjang malam tu haqi memang sgt lah gembira....ye lah 5 tahun bertungkus lumus demi nak dapat kan degree ni..so proud of him...semngat dia tak pernah luntur even ada masa nya dia agak ngada and kadang kala dia jugak garang smpai kerut2 dahi..huahua..i is tatut....

malam tu aku cakap kat dia..
a: b cepat jerit saya dah berjayaaaaaaaaaaaaaa........
b: tak nak malu la......
 eeeeeee geram aje...

naik2 kete nak balik........
asyiklah duk cakap........

"ho ho ho ho.......saya dah lulusssss...."
ayat  ni lah duk ulang selang bape minit...

aku dengar pun macam tak lepas jew....
malu sgt ken.....
malam tu banyk perkara kami borak...gelak2....susah penat selama ni sedikit terubat lah...sgt gembira for haqi....macam-macam dengar impian haqi...doakan yang terbaik utk awak...
haqi selalu cakap dekat aku...
"tengok b, sedikit demi sedikit satu-satu impian kita tercapai"
tapi kita kena berusaha lagi utk realisasikan impian seterusnya...

yes mmg notice pun semua ni....
mulanya hub kami ni tak semudah org fikir...maksud aku, dari sekolah memang dah berusaha untuk mencari kehidupan yang lebih baik pada hari ini....sebab kami sedar kami ni dari kalangan orang yang biasa-biasa aja...tapi kami mahu menjadi kan hidup ini suatu yang luar biasa...dan alhamdullilah allah kurniakan kemudahan disebalik semua kepenatan dan kesulitan yang kami hadapi...
tak apa lah kita bersusah-susah dahulu...kemudian hari kita bersenang-senang pula...kejayaan itu pasti akan hadir kita kita ada kemahuan dan berusaha....yang penting jangan putus asa...
lastly...
sorry awak kita tak mampu nak celebrate ur day dekat tempat mahal-mahal..buat party yang besar-besar..belikan awak hadiah yang mahal-mahal....harap awak tak kisah terima semua ni seadanya..
time ni pun kita bizi tak sempat nak buatkan apa2 utk awak...tapi kita selalu doakan awak sentiasa berjaya dan bahagia dan gembira selalu...

semoga terus berjaya ye syg........

Wednesday, April 17, 2013

berkunjung ke muzium negara..

orang tanya...
dah bape lama ko duk KL ni?
study 3 tahun, keje 2 tahun dah lima tahun la..
so dah pernah pegi muzium lah kan?
sobsssss..tunduk malu..

i is malu you..shopping mall boleh aje berjam-jam pegi, tapi tempat bersejarah tak nak pulak pegi ken..alohhhh KLCC tu pun belum aku jejak agi..haha.setakat tengok dari luar ajaer...haha..

so....
sabtu lepas bersiar dengan haqi..plan nak g muzium negara ni dah berabad pun..huhuh..tapi manjang je tak sempat nya...gerak dari rumah dalam kol 11pg tapi singgah dulu dekat kenanga whole city cari barang sket..settled je beli barang meh la kita pergi Muzium negara ni...aku dah memang penat dah..rasa nak terlelap pun ada...baru je nak tertido, tetiba dengar da orang menjerit penuh excited...
"jom dah sampai dah..."
gosok2 mata sambil tahan menguap...nampak sgt tak minat sejarahnya....mihmihmih

sampai muzium tu dalam kol 3, parking kena bayar yer..rm3 per entry..dengan panas berdesing, rasa lapar dan haus lah pulak...haqi la orang ajak makan dulu dia tak nak..huhukhuk...aku jalan dah seret-seret dah kaki ni...alih-alih nampak ais-krim...hooreyyyyy....kita makan aiskrim dulu...makan dekat pondok habis semua orang tengok apa hal la budak berdua ni cam kebuloq sgt ken..haha...ah fedulik kan orang..romantik aper? bersungguh-sungguh jilat ais krim..wakakak....

sebelum masuk solat zohor dulu..jangan risau yer semua..dekat sebelah pintu masuk muzium tu da surau..so kalau agak2 nak berjalan lama dalam muzium tu boleh aje berhenti solat dulu..surau dia pun selasa..after that meh la kita masuk muzium....berjalan-jalan penuh keriangan macam kanak2 rebena gitu...

sebelum pintu masuk tu ada keretapi ni..jadi meh la kita tangkap gambar dulu...haha..sebab panas aku tak sempat nak cek info fasal ketapi ni...huhu




eh lupa nak cakap..sebelum nak masuk dalam ni kena bayar tiket masuk yer...tapi idok lah mahal mana..rm2 per person aja...beli mc d boleh jangan cakap nak bayar rm2 ni pun berkira ...pangg kang nanti...

masuk2 dah blur..tgk orang panjat tangga, meh la kita ikut sama....rupa2 nya kena naik tangga tu dulu baru sampai ke pintu utama bangunan muzium dia...aku tanya haqi..
"awat tangga dia gelap dan suram ajae ni"...tatut lah aku..
dia cakap.."sejarah b..sejarah b...masa lampau kan hitam putih..."
iyo lah....jalan cepat2 seram je aku...

muzium ni ada 4 galeri..
Galeri A- sejarah awal
Galeri B-kerajan-kerajaan melayu
Galeri C- Era kolonial
Galeri D- malayisa kini

first kitaorang masuk yang dorang pamerkan peningalan/artifak Galeri A...dalam ni pun gelap..nak pitam aku ase...aku dah la gelap2 ni takut sket..lagik kan i tido habis semua lampu aku pasang...tak bernafas aku ase...

meh kita tengok apa yang ada dalam ni...antaranya...
beberapa artifak peninggalan zaman sejarah awal..

batu yang berbagai bentuk...antara menjadi keunikan dan kerujaan aku kat galeri ni...





ni tengkorak org taw..haqi tak bagi aku dekat2..dia tak bagi aku ambil gambar manyak dekat sini....dah kena jeling2 dah....

batu lesung zaman dahulu..hikhik

next kita masuk pula GAleri B, zaman kesultanan melayu...sini cerah sket..haha.. kalau aku tengok sini macam fokus pada kerajaan melayu melaka..


feeling berada di singgahsana diraja sekejap

kris sulawesi dan keris palembang..fokus haqi nenelitinya...


Sebuah Al-Quran lama bertulisan tangan. Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Ia merupakan himpunan wahyu yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.







lepas habis dekat bilik ke dua ni..meh la kita bergerak ke tingkat atas lak...atas ada pameran fasal zaman kolonial dan malaysia kini...tapi sygnya bilik malayisa kini tu tak leh masuk..tutup....adeh..aku tnay haqi...manjang je jawapan dia "nak PRU la hne"...aku syak dia mesti bengang sebab dia pun tak minat sejarah tapi aku sket-sket duk tanya dia macam-macam..haha...ntah lor aku ni kalau keluar dengan dia memanjang je bercakap....haha..mesti dia dalam hati duk didik "sabar..sabar..."hahah...

seksyen penjajahan belanda..

bangunan A-famosa... sejarah A-Famosa boleh baca SINI


zaman penjajahan yang menjalan kan dasar pecah dan perintah....

kapal korek biji timah yang terawal di malaysia....

kapal korek ni menyerupai sebuah kilang yang teapung di tasik buatan dengan lantai, dinding dan atapnya yang datar. Kapal Korek mempunyai satu talian penceduk yang berat untuk mengaut dan mengangkut tanah ke dalam badan kapal korek. Tanah tersebut akan dihancurkan oleh pancutan air semasa memasuki silinder yang berputar manakala bahan-bahan yang mengandungi timah akan disalurkan ke loji pemisah pertama di mana unsur-unsur mineral berat yang terkumpul. Kapal korek yang besar mampu mengorek sedalam 200 meter di bawah permukaan air dalam satu operasi yang berterusan selain berkeupayaan mengendalikan sehingga lebih tiga suku juta meter padu bahan setiap bulan. Kapal korek pertama telah diperkenalkan oleh Malayan Tin Dredging Ltd. di kawasan timah Lembah Kinta pada tahun 1913. Menjelang 1940, terdapat 123 buah kapal korek beroperasi dan ini merupakan jumlah rekod terbesar pernah direkodkan. Jumlah ini semakin berkurangan dan menurun kepada 38 unit pada akhir 1983. Pada masa ini, tidak terdapat satu unit pun kapal korek yang beroperasi (sumber: SINI)

disebab kan Galeri D tutup..so tak tahu lah apa yang ada kat sana..huhu...
so meh la kita berjalan di luar pulak..matahari pun dah berarak pergi...tak de lah panas berdesing....

antara beberapa pameran kat luar...mostly mengenai pengangkutan tradisional dahulu kala...


jadi meh la kawan-kawan kita berkunjung ke sana...tak rugi pun and tak mahak pun...dapat banyak ilmu kat sana...nanti boleh cite dekat anak-anak..mihmihmih....


selesai sudah....pengembaraan kita ke muzium negara....bersemangat sedikit diri ini...hihi...
next destination target nak pegi zoo negara lak...haha...

abaikan suara suzuka itu..malu2 yek bang..

i love negaraku...malaysia...*poyo je*