Monday, October 29, 2012


sesungguhnya...

sesunguhnya allah menguji hambanya tidak melebihi batas kemampuan hambanya..
sesungguhnya...
perjuangan hidup ini tak pernah lagi berakhir...


sesungguhnya,
ya allah tiada yang ku pinta, hanyalah ketabahan dan kekuatan untuk mengharunginya...
berilah aku petunjuk dalam apa jua cara atas apa yang aku alami agar aku mampu membuat keputusan yang terbaik...

Thursday, October 25, 2012

cuak dan tensi..

mesti korang semua sedang bergumbira sebab esok dah nak raya haji kan..aku jugak lah meroyan kat plaza tol gombak ni..setelah mengharungi perjalanan yang sukar *mmg sukar k* since aku tak pernah lagi drive dari kl ke gombak ni...guna papago tapi ting tong...mak nak nagis dah tadi...bila sesat je hati ni terus je cakap "papago ni ngok" pastu ikut guna signboard...sekali signbord ada separuh jalan..ting tong gak...pastu ikut papago..pastu ikut signboard...dengan aku aku sekali rasa ting tong...dah la bawa nyawa orang...lau aku sorang xpe lagi....

ting tong ting tong pun sampai gak la tanpa bantuan sesapa....yela mana da orang nak tolong..semua orang tengah syokkk layan feeling raya...nak call pun i segan and takut..kan mood orang spoil lak nak bagi aku direction yang ting tong kat jalanan ni...huhuhu...tak pe tak pe hamba cekal punya orang....pastu kuharungi walau ku sendirian....woooooooooooooo ayat sedapkan hati...

tapi kan...tengah duk sedap hupdate ni tgk gak status teman2 kat FB....huhu..ramai yang cakap nak patah balik cos jalan jemmmmmmmmmmmm.....mak....i mau balik...dah 2 taun i raya kat key ell...huhu..taun ni hamba nak balik...tak pe yang jem tu aku tak kisah lagi...kita berpesta je kat tepi jalan...tapi tadi after call pak cik aku dia cakap lak...yang ni aku cuak nak balik...dia cakap da tanah runtuh...ramai yang patah balik jugak cos takut...hukhuk..i sekarang tengah berfikir ni...mau teruskan or beraya je kat key ell utk kali yang ke 3...nak nagis pun ada ni..tulis ni pun sambil menahan air mata menitik-nitik...

agak agak kalau aku tak balik kan, nak pegi redah rumah sapa ek...huhu..sekarang ni pun tgh hujan lebat..macam tau je hati aku pun tengah lebat jugak ni...ya allah takutnya aku nak teruskan perjalanan...

sebelum aku mengakhiri catatan aku ni...
aku dengan rendah hati nak memohon maaf pada semua...andai aku ni ada buat salah silap yang sengaja dan tak sengaja..lau ada yang terpaksa layan sikap aku yang ntah apa ni aku mmg sgt ingin memohon maaf ek..maaf zahir batin tau...

pada keluargaku...ku susun sepuluh jari memohon ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kaki...maaf diatas semua kesalahn dan sikap aku yang annoying ni...terima kasih dan halalkan utk semua yang telah diberi..

akhir sekali..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.......

I LOVE U ALL...

Pagi yang ceria...

lalala..ok pepagi lagi kita rasa nak nyanyi...semalam hentam tido awal..kunun nak bat kerja sekali ko terbongkakng tak hingat dunia...tak cukup tido sebab mengejar buat report yang tak habis habis siap...i is tensiiii...

so pepagi dah bagun dengan penuh semngat kewajaan..hari ni kol 8.45 dah thumbprint...
mulakan kerja dgn hupdate...ngeh.ngeh..



dengan bunga sekuntun di kepala..i feeling cumel today..
hari ni half day...
ptg kang nak balik kg...

selamat hari raya haji semuaaaaaaaa.......

Wednesday, October 24, 2012

kami ni bukan nak memilih pun

ramai orang tanya aku kerja ni best tak..oh mmg best, sbb kita belajar benda yang baru..benda yang tak ada pun waktu kita belajar dulu..mungkin ada lah jugak tapi sikit je lah..aku walaupun bukan berjawatan besar, bergaji besar aku bersyukur je sebab rezeki aku untuk mendapat kerja ni cepat and now aku dah makin adapt and selesa dengan kerja aku sekarang walaupun sometimes ada gak rasa bosan nya sebab buat benda yang sama..ada juga rasa stress sebab terpaksa ikut cakap senior and ada juga rasa down sbb kebolehan ko dipertikaikan..normal lah tu keje kat mana-mana pun ko kan rasa benda-benda ni semua..

waktu mula-mula keje serius aku cakap letih, even aku 8 jam kat ofis je..ngantok tersengguk2..bila atasan suh keluar aku mengelabah sbb aku takot drive..everyday mulut aku ni asyik duk cakap nak berhenti je..tapi sampai sekarang ada je aku ofis ni..hiks!bese lah mulut manusia ni mmg bukan leh tutup sgt..

tapi aku ni teringin gak nak kerja dalam bidang yang aku belajar..tak pun bagi lah aku explore benda baru ke..kalau ada jawatan kosong dekat goverment aku bukan men excited lagi mengisinya..isi je lah panggil nya tak..sangat terkilan gak pun ada..rata-rata nya mempersoalkan course yang aku ambil..tapi diorang tak pernah nak tanya aku adakah aku ni willing nak belajar something new which out of my study before..tapi dah sah2 aku tulis kat resume aku sanggup belajar tapi harammmmm dorang nak call or meet me to discuss..so apakah lagi nak aku harapkan..

aku habis belajar mmg aim cari kerja, tak kisah kerja private or gov..dua-dua kau isi..ada gak orang pertikai aku kerja private ni..bese lah kalau orang kampung pandang orang yang goverment je even ko kerja pekerja am rendah..janji ko goverment..huhu!padahal gaji kerani kat private lagik tinggi dari pegawai kat goverment..so?tapi benefit of course lah goverment di utamakan..loan, rumah, pencen orang kan tgk pada goverment kan..so tak kisah lah nak buat macamna mmg bukan rezeki aku lagi nak kerja kat goverment..jadi aku teruskan kerja aku kat syarikat sekarang since i love my work now!

tapi aku sangat bengang.............
kalau nak cakap graduate uni ni nak memilih kerja ni mmg tak adil lah..aku yg ada degree ni tak kisah je lau dapat jadi pembantu tadbir pun..aku ec je jawatn tu..tapi bese lah ec jawatan bagai, tapi tak panggil gak..apa yg dorang cari pun aku tak tahu..one day aku dapt call dari satu badan berkanun ni..confirmation if aku ni berminat nak datang interview tak..so aku cakap lah nak..bila aku tanya bila..laju je cakap dalam masa terdekat..tapi suruh tunggu call dulu..so tak pa dah cakap dalam masa terdekat kan so kita tunggu lah...
tapi.....
haram lepas tuh senyap je.................
lastly aku follow up tnya la.........
sekali jawab......"kita tak boleh decide lah, kena tunggu surut /info dari orang atasan"
what? so aku insist gak tanya bila since ko dah cakap nak panggil dalam masa terdekat kan..
still tak boleh bagitahu sebab tak tahu sebab tarikh tak keluar lagi...
so kejadahnya ko call aku bagi harapan???aku punya application tu mmg dah lebih 6 month pun and aku mmg tak harap pun dapat, tapi dah ko yang call ckp camtu, ko bagi harapn segala...lastly ko cakap ko tak tahu...sapa tak hangin...ko dah buat orang berharap lastly ko buat orang macam meraih simpati..
itu aku dah lupakan...dan aku pun malas nak ambil tahu dah, dan malas nak follow up..

but........
baru-baru ni kuar lagi jawatan yang sama dari badan berkanun yang sama.....wtfffffish!
aku call je tanya badan ni, aku nak apply that post tapi aku nak apply through email..certificate aku scan and aku email...aku tanya gak status aku yang dulu tu..perlu ke lagi aku apply post ni since aku dah apply dulua and aku pun dah di call untuk datang interview cuma dorang tak da 'tarikh" time tu..dia cakap kena, sbb permohanan dulu dorang kira terbatal...i fireeeeeeeeeee!fireeeeeee! tak de inform aku pun bahawa permohanan dulu terbatal...marah lah aku..kejadahnya nak ec form puloh2 kali...ok aku sabar lagi...tanya lagi certificate tak boleh ke ambil je yg lama tu since mesti dorang rekod name aku and simpan lagi data aku kan...ko tahu jawab apa?
suh aku hantar balik dgn semua sijil........
aku cakap lah apa tak de system ke yg lagi senang and jimat, benda ni kos, mmg bagi setengah orang murah tapi kat tempat aku ni print and fotostat ni susah nak cari and mahal...nak pos sah2 nak kena pos laju sbb nak confirm sampai...*tapi tak confirm dorang buka baca* membazir kertas and wang taw...apa ke salahnya ko pelbagaikan cara....guna online lagi cepat....jimat.......ko tak baca pun aku tak terkilan sangat...duit aku tak habis...faham! siap boleh cakap lagi kat aku yang ramai sangat orang hantar samapi dorang sendiri pun tak tertengok...so fham-faham lah agak2 ko tak de luck ntah2 permohanan ko dorang tak baca pun..susah2 je ko hantar...

kalau sepuloh kali ko iklan jawatan kosong sepolah kali lah kerja ko menghantar resume and sijil ko.lau satu application tu bajet lam rm10 (kos pos laju+print+fotostat+minyak moto/kete/tambang bas ke pos+ etc..). sepuloh application dah jadi rm100...jadinya dari rm100 tu baik lah aku bayar loan ptptn...sekarang pun aku malas nak apply kerja yang nak kena summit by pos ni, habis pitis aku je, panggil nya tak...dah bagi harapn pastu ko batalkan camtu je...dislike this way!

Aku terkilan jugak lah, sebab ramai kot kat luar sana gak bukannya dari orang senang...tak boleh ke fikir cara yang boleh memberi kesengan pada kami ni...rasanya permohanan online ni lagi flexible..tak pun agak2 dorang dah hantar permohanan tu ko update lah name dorang kat website company, so that kami ni tahu permohanan kami ni ditengok jugak..rasa lah juga berbaloi....bagi setengah orang duit yang sikit tu la bekal perut kami...tapi sebab kami ni nak cari kerja kat company ko, kami korbankan juga keperluan kami...keperluan ok bukan kehendak or nafsu!

kalau hari sabtu kat mall dah tak boleh pakai plastik sbb nak selamatkan bumi bla.bla.bla...dah nak selamatkan bumi nak kena ada pokok sbb tumbuhan ni bekal oksigen nak bagi ko hidup...abis lau semua orang nak kena apply job guna pakai kertas, fotostat sijil dah dekat 30 page tu, nak lak paper yang cantik putih suci, fit t0 1 page..kejadahnya ko nak selamatnya pokok lau ko galakkan orang cantas pokok nak produce paper for apply job!aku mmg tak mengerti....bayang lah sendiri lau sejuta orang yang apply job....taw lah paper tu boleh di recycle tapi pokok yang ko cantas tu bukan setahun leh tumbuh balik...

apa-apa lah...sometimes we need keadilan gak...at least give us info lah...
aku percaya je pada rezeki tapi orang cakap kalau ko tak fight ko kat situ lah...
janji aku dah call and said what i should said..
the rest aku berserah je lah...


people when you work plase think the other,  and please do your work...
istilah tak sempat nak tgk tu aku rasa tak leh diterima...
6 month kot before you closed that application...
please lah...

agak2 malas nak kerja bagi je dekat fresh graduate yang ramai menganggur ni...boleh lah jugak kami ni bayar ptptn.........nak tolong mak bapak...balas jasa dorang....kami ni bukan nak demand sangat..........

give us chance lah!

Tuesday, October 23, 2012

peringatan utk diri sndiri

 just share> copied from FB
Perasan Tak?
PERASAN X?...duit RM50 kelihatan
begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tapi begitu kecil bila
dibawa ke StarHill, MegaMall dan
seangkatan dengannya...
 
PERASAN X?...30 minit terasa begitu
lama untuk berzikir, tetapi ...begitu
pendek untuk menonton drama2
di televisyen......
 
PERASAN X?...betapa lamanya 2 jam
berada di masjid, tetapi betapa
cepatnya 2 jam ketika menonton
wayang di panggung.

PERASAN X?...susah sungguh
merangkai kata untuk dipanjatkan
doa ketika solat, tapi betapa
mudahnya cari bahan bersembang
bila bertemu kawan-kawan.

PERASAN X?...betapa seronoknya
mendengar seruan dan teriakan
yang berpanjangan waktu
perlawanan bola sepak, tapi
betapa bosannya bila imam solat
terawih bulan Ramadhan lama dan
panjang.

PERASAN X?...susah sangat baca al-
Quran 1 juzuk saja, tapi majalah
hiburan dan novel best seller 100
halaman pun habis ditelaah.

PERASAN X?...orang berebut depan
untuk menonton bola dan konsert,
tapi berebut saf paling belakang
bila solat Jumaat supaya boleh
cepat keluar....

perasaan ibu sewaktu melepaskan anak lelaki..

perasaan seorang ibu sewaktu melepaskan anak tak siapa yang dapat mengerti..aku lagi lah sbb tak jadik ibu lagi kan..walaupun aku tak mengerti tapi aku bukan buta hati untuk memahami..hari tu kan kazen aku kahwin.aku tengok lah mok je aku nagis..semua orang pelik gak lah, nape nak nagis sedangkan anaknya lelaki..lain lah anak dia perempuan..ada lah rasa gusar utk melepaskan anak di bawah jagaan org lain..sednagkan selama ni ada depan mata jew kan..

ada orang cakap melepaskan anak lelaki lagi sukar dari anak perempuan...anak perempuan ni kita dah dididik dalam soal rumah tangga ni sejak dari kecil..tapi anak lelaki?mungkin setelah kawin baru nak belajar semua tu..jadi perasaan ibu sering terfikir apakah anaknya mampu menjaga isterinya sedangkan dia tiada asas dalam rumahtngga...

pernah dulu....sewaktu akak aku kawin...sewktu nak melepaskan dia...tak tahu lah rasa macam satu kehilangan pun ada..semua kena terima yang kita tak boleh lagi seperti dulu kerana akak harus menjalankan tanggungjawabnya pada familaynya terlebih dahulu...aku masih ingat sewaktu majlis menghantar menatu kak long...rasa macam kaki ni tak nak je melangkah balik...ayah and mama pun sama...semua macam sdih...mama siap tak nak cakap dengan kitarong..balik dari menghantar menantu tu ayah ajak pegi KFC..semua dah pelik dah..rupanya ayah pun tak da mood nak balik..sedih kot lau balik rumah awal2 tgk anak sulung dia dah tak da sepi lak rumah tu...tapi mmg sepi kot bila sampai rumah..aku pun pelik lah napa lah semua org ni...balik rumah terus nak siap2 tido, macam tak nak fikir...then tgh2 malam tu aku dapat msg..
dari mama aku..dia msg ape korang tahu..

"mmg mama bukan ibu kandung korang tapi mama sedih melepaskan k.long..mungkin mama tak tahu nak meluahkan perasaan mama.."

aku rasa semua adik beradik aku dapat msg ni..aku dah lupa..tapi gitu lah..perasaan seorang ibu walaupun mama aku bukan ibu kandung kitaorang..sbb dah kita membesar depan dorang haruslah dorang rasa bimbang kan..

same goes with the other sisters..sedih gak..maklumlah aku ni ramai adik beradik perempuan, 2 yg bongsu je lelaki..jadinya sedih lah dorang anak2 dorang semua kena ikut suami kan..

itu yang aku lihat time ibu nak melepaskan anak perempuan..ni kisah mak cik aku nak melepaskan anak lelaki dia..nagis beb..bimbang..mampukah anak lelaki dia ni jaga anak orang..?aku ingatkan dia sedih sebab takut anak laki dia sayang bini lebih tapi sebenarnya dia lagi takut anak jika anak lelakinya tak kuat mengharungi alam rumahtangga maklumlah muda lagi..nak jaga anak orang bukan senang, walaupun tak kaya tapi kita kena juga fikir untuk memberi segala kecukupan baginya..tetiba aku rasa beratnya tugas lelaki ni..tian pun ada..tapi ada hikmahnya mengapa allah meletak syurga dibawah kaki suami kan...

bila aku dengar luahan hati mak cik aku ni aku rasa sebak ..padahal aku dah nagis pun..tapi cover-cover..aku ni tak suka sangat nak tunjuk airmata depan orang..padahal dada ni berombak wei...tahan sebak..mak sampai bila pun ingat anak..even dah kawin pun, da keluarga sendiri pun..bagi mak kebahgiaan anak lagi penting...saat mok je cakap perasaan dan kasih sayang mak ni bukan boleh dipertikaikan, bukan boleh di jual beli...bukan senang nak mebesarkan anak...bukan kerana dia menagis dia tak rela anak dia bersama orang lain, tapi hati ibu mana tak sedih kalau selalu anak di depan mata je..now bila rindu dapatkah dia peluk anak dia macam sekerap dulu..ok time ni aku dah nagis..padahal anak dia duduk bape selang rumah je dengan dia..

ibu ni seorang perempuan..ibu juga mengharapkan suaminya memberikan kebahagiaan padanya..ibu juga ada anak lelaki dan perempuan..anak lelaki kena membahagiakan isterinya..anak perempuan pula mengharapkan suaminya membahgiakannya..macam nak cakap lau kita nak keluarga kita bahagia kita juga harus membahgiakan org lain la...ibu bapa kat dunia ni bukan minta yang membebankan anaknya pun, lihat mereka bahagia pun dah cukup buat meraka gembira..

kasih ibu mmg tiada tandingannya....

sedih kena tinggal seminggu :-(

aku ni nak cakap meroyan pun leh gak lah..nak sentap je memanjang seminggu dua minggu ni..walahawei macam lah aku ni princess sgt kan nak suh oraang tu pujuk..buat dekk je adalah..huhu..sentap menyentap ni dah bese dah nak nak kalau salah sorang kena tinggal untuk beberapa hari..wuhuhuuu drama sedih bermula lah..

nak cakap bese tu mmg dah bese dah kena tinggal..even aku ni duk je dekat dgn budak haqi ni tapi date weekend je..tu pun kalau dia tak ada program ke, seminar ke, bla bla bala...sebok je memanjang..pastu mula la dapat sms..

" kita sunyi"
"tak dek orang peduli kita dah"
"tak cukup kasih sayang"

ok cukup kan da yang pitam dgn drama sedih nih..kalau sapa yang kena tinggal makanya azablah kena memujuk orang yang emo 24 jam...gara-gara ko pegi jauh sket dari dia dlm tempoh yang tak sampai 24 jam..padahal bukan jumpa pun..selalu yang banyak sentap aku lah..hihi..normal lah gegirl..tak kan laki nak sentap lebih..itu dah diluar kelainan sgt tuh..paling aku sentap pun aku diam je..mati kutu mamat tu..aku perasan budak haqi ni kalau aku senyap je dia menggelabah lebih..padahal aku diam je..lagi best kalau aku marah2..haha..

ni nak raya budak haqi ni dapat cuti seminggu..so ayat mesti manis sbb nak tinggal aku nih seminggu ni nak balik awal lah katakan...haha jahat kan aku..kau kata kau sayang..haruslah pujuk i kan..padahal tak de pun..aku pun belum tentu dapat balik lagi ni, jadinya aku ok je dia nak balik aceli..hahha saja buat muka garang padahal mmg aku bengis pun..

baru lepas borak dgn haqi tadi..tanya aku mcm2 soklan..letih den nak menjawabnya..tapi i terharu la ada orang nak tanya fasal diri i ni..dah nama kekasih harus lah kena tanya kan lau tak jenuh lah kamu nak memujuk lagi..wakakaka..jahat lagi.

tak pa lah jahat jahat pun..nati raya kita minta maaf dgn duit laya sekali...

Sunday, October 21, 2012

TAHNIAH TRW!

mesti hari ni semua paper kuar cerita fasal kelantan menang piala malaysia semalam kan..huh aku sebagai rakyat kelantan pure ni juga nak tumpang menyatakan rasa kebanggaan aku sebagai rakyat kelantan..haha..tapi lagi best duk kat kelantan sbb kelantan cuti hari ni..haha dasat dot dot dot..

 semalam tengok bola dengan haqi..stress  wei tgk ngan mamak ni.tgk tv macam dio sorang je..duk lak duk dekat ngat...wei aku pun tengok gak..sekali mls nak layan dia asyik kedepan kebelakang sbb kenalin tgk ATM sumbat gol aku layan FB je la semalam..kak aku lagi lah dgr kat radio je...haha..

tapi gak mmg suker la TRW menang..walaupun aku tgk 15 mnt je aku telah memaksa mamat tu menceritakan balik aksi2 TRW sumbat gol..padan muka! tapi nasib baik gak la menang lau tak mampus muka haqi toya je sebulan...tak sanggup den nak menghadapnya..eh!



kepada TRW korang mmg terbaik lah...mmg korang pasukan yang sangat bersemangat...GOMO KELATE GOMO...!

Thursday, October 18, 2012

kesuntukan masa..

hari ni memang excited gile lah sebabnya nak datim..kol 5.30 memang dah siap-siap packing barang nak balik..tak mau ot, nak balik siap lawa-lawa..wekkk..call tanya haqi dia cakap nak keluar pas maghrib..em okey lah cukup lah masa nak bersiap..muahhaah..macam lah ko diva nak bermekap segala..lantakkan feel hari ni dia lain macam sket.eh!

aku macam bese lah dah bagitahu budak haqi ni nak g mana and nak beli apa..sbb dia tayan aku maka nya dia ya ya je..so plan nak g ioi mall je..nak cari seluar untuk kerja and nak makan satay..haqi dah siap cakap nak makan satay 30 cucuk..tamak yo ko..nanti tak habis siap lah kamu..

selalu budak ni lau dia nak dia nak gerak ke, nak siap2 ke dia kan msg..so aku leh bajet lah msa untuk bersiap..kol 7 dia msg..

kita dah ciap2 ni..solat jap and gerak..

bila dia msg gini makanya aku taw lah dia bawu nak mandi and nak solat..jadi aku biarkan dulu..baring2 dulu atas bed..sbbnya aku akan tunggu msg second yg dia akn cakap dia dah gerak bawu aku akan pegi mandi...last msg dia akn ckp " kita dah lepas tol" and that time bawu aku kan bersiap-siap untuk membelit shawls and apa segala la lah for the final appearance..hiks!

tapi kan...tapi kan..dia tak msg ape pun after the first msg tadi......tup tup....


knock..knock..knoc..

knock

knock

knock
.
.
.


dia dah sampai.......wa mati aku kena sound ni...cane ni..
nasib baik dah iron baju siap2..terus je sarung and the part yg kelam kabut skit adalah nak mebelit shawls..dalam otak nak pakai style apa lah shawls ni..hentam je la..dah la pin tak jumpa nak cari..so lilitan apa just boleh pakai 2 keronsang je...cecepat fikir.......

huh..











huh..













huh..











tarik nafas...



fikir...




terinagt pernah baca...



blog...

















fikr lagi.....






then...tak sampai 2 minit...zass...zas.. 2 kali pusing...











tada.........

.

.
.
.

sebelum kuar nak berdepan dgn dot dot kita snap gambar dulu sblm dia spoil mood ....huhu..tgh2 cuak boleh lagi aku nak gedik..lantak kan...

kuar 2 je bilik dah tgk haqi duk tgk aku lain macam je...nak marah aku ke hapa ni? tapi aku diamkan je..siap turun tangga tinggal dia lagi sbb dia mmg lambat sket lau nak pakai sandal..wakakaka..macam gegirl lah you..*kutuklamhati* padahal cecepat nak lari dari kena bebel..

 masuk kete..dia duk tgk lagi...tilik macam pelik pun ada aku tgk...sekali rupanya nak tanya aku pakai shawls ni style apa? makanya dgn bangga nya aku pun menjerit...




"style sepet........."

dan yg paling best aku nak dgr bila dia cakap...


"nampak lain la, tapi cumelll."....*muntah* harus lah dia nampak lain sbb aku selalu pakai shawl dgn inner sbb muka aku tembam..so aku ni tak bape confiden sgt nak pakai style camni..tapi bila cuba style sepet ni..aik rasa cam ok lak..cepat lak tu dan yg paling penting aku tadi selamat dari di bebel..lau tak mmg mood kelaut lah..fuh selamat!

bila dah ckp cumel tu makanya keje nya nak paksa org snap picta la...sapa suh ko puji kan..haha..tapikan mmg style cik sepet ni cpt and simple..pakai 2 pin je..tak payah susah2 aku nak berpin-pin sana sini..sampai tercucuk-cucuk kepala otak ni..so lepas ni lau agak2 lewat bagun pagi nak g keje tu boleh lah aku apply method you ni sepet ek...eh!

so sbb hati dah gumbira makanya kita berdatim dgn penuh kecumelan..wakka..tq lah sepet ats tutorial you yg menyelamatkan aku yg kelam kabut hari ni..



*bagun lewat pagi pun aku dah tak heran*cubalah style sepet..wakakak..

Tuesday, October 16, 2012

Warning from the Police

nowadays macam2 benda yang tak pernah kita fikir boleh terjadi dalam sekelip mata..
today aku masuk ofis..cek email and aku rasa aku should share this info with uolls..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Forwarded message ----------
Date: Fri, Oct 12, 2012 at 11:00 AM
Subject: START TO GET INTO THE HABIT OF REVERSE PARKING


                                                     Warning from the Police
- Not a joke
     
 
START TO GET  INTO THE HABIT OF "REVERSE PARKING "
READ THIS  MESSAGE AND UNDERSTAND WHY YOU MUST GET INTO THE HABIT  OF
REVERSE PARKING

Warning..!!!!
Just last weekend on  Friday night we parked in a public
car park. As  we drove away I noticed a sticker on the
rear  window of the car. When I took it off after I got  home,
it was a receipt for petrol. Luckily my  friend told me not to
stop as it could be  someone waiting for me to get out of the
car  Then we received this email  yesterday.

WARNING FROM  POLICE
THIS APPLIES TO BOTH  WOMEN AND MEN
BEWARE OF PAPER ON  THE BACK WINDOW OF YOUR VEHICLE--
NEW WAY TO DO  CARJACKINGS (NOT A JOKE)'

Heads up  everyone! Please, keep this circulating... You  walk
across the car park, unlock your car and  get inside. You
start the engine put it into  Reverse.

When you look into the rearview  mirror to back out of your
space, you notice a  piece of paper stuck to the middle
of the rear  window. So, you stop and jump out of your car to remove  that
paper (or whatever it is) that is obstructing your  view.
When you reach the back of your car, that  is when the carjackers appear out
of nowhere, jump into  your car and take off. They practically run you over
as  they speed off in your car.

And guess what,  ladies? I bet your purse is still in the  car.
So now the carjacker has your car, your  home address, your
money, and your keys. Your  home and your whole identity are
now  compromised!


BEWARE OF THIS NEW  SCHEME THAT IS NOW BEING USED.

If you  see a piece of paper stuck to your back window, lock  your doors and
just drive away.
Remove the  paper later. And be thankful that you
read this  e-mail.. I hope you will forward this to friends  and
family, especially to women.
A  purse contains all kinds of personal information and  identification
documents, and you certainly do NOT want  this to fall into the wrong hands.

                                  Please tell all your  friends
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

be carefull dear...
 

orang demam teringin nak makan..

kecik-kecik dulu..
lau demam dilayan bagai puteri..
sebut je nak makan apa..
ma buatkan..

buat salah pun tak kena marah..
tak pegi skolah..best tido je..
lapar panggil ma..
zasss dah ada depan mata..
bukak mulut je..
ma suapkan..

bila malam..
tersedar time ayah bangun 
selimutkan badan ni..
tak pun..
ayah angkat tido tgh ma and ayah..

bangun pagi..
lewat pun tak pa..
tunggu ma jerang air..
mandi air panas..

em...tu dulu...
zaman ko boleh ngada2..
skrg dah tua..
semua ko buat sendiri..

tunggu ko kawin husben ko buatkan je...*nek ckp*
hukhukhuk...


 oh kamu...kita teringin nak makan ni...

 dan juga ni...

lastly ni nak ni...tapi nak yg kat mid villey...hambek ko hoverrrrr.....
macm lah da org nak lyn kan..



*lapairmata*
nak jadi budak balik.............

Sunday, October 14, 2012

pesta konvo UPM

asalnya nak pergi pesta konvo dengan friend tapi since my fren ada hal lain dekat ukm so kita ajaklah haqi untuk meneman kita..rasanya feel nak berpeleseran kat pesta konvo tak macam feel time stdy dulu..time stdy dulu lau seminggu pesta konvo maka seminggu lah muka aku duk duk berjalan kat situ..tapi after dah grad, haqi duk tanya aku
 "b tak teringin ke nak g pesta konvo" b xnak ajak saya g pesta konvo ke?

huhu..tak boleh blah yang tang tanya tak nak ajak dia ke..ek eleh padahal pesta tu kat belakang blok dia je punnnn...manja tah apa2..kunun nya tak best tak de hamba...ye la tu...so sbb tak nak hampakan hati insan yg kepingin sgt nak pegi maka kita pegi lah meneman dia...

 tgk lah dia yang sgt prihatin sbb aku ni jalan macam org mabuk maka dia tlg aku galas beg aku yang berkilo berat..alahai tq lah bangg...

 dan dan je aku ckp nak ambil gamba..terus nak..bagus nanti tak susah lah aku nk dia berposing..

 amatlah tidak elok jika gamba tuanblog tidak disertakan sekali...


 lihatlah hamba yang kemabukan a.k.a penin nak pitam..aku demam ni..malas nk g actly tapi sbb ada benda nak kena cari kat pesta ni so terpaksa lah kami pergi..we uolls nak cari ubat kat cini..ubat orang pesan suh beli..time pesta ni diorang buat promotion..so menapak lah kami ke satu satu booth untuk cari ubat tu...alih-alih jumpa kat dlm booth yg kat dlm econ...awat tak buat kain rentang ckp ubat tu kat dlm dewan..mau berlengas ketiak den...

 kenaplah dikau tinggi ngat...dah lah aku ni makin gemokk..pendek lak..pipi lak dah kedepan..aiyokkk..
tempat parking..
 settle servey ubat tu kitaorang blah la..aku mmg tak ada mood pun nak masuk setiap booth nak belek apa yg murah dorang jual..setakat jeling-jeling kat luar je sudah..sebelum balik tu aku nak g toilet lu...aku ingatkan haqi nak teman aku..

b jap ek, tyn da benda nak beli..
     benda apa?
ada lah something..
     pokok tadi ek..sbb tadi dia asyik duk tgk pokok limau tu je..
ada lah jap je...jap jeee...b tunggu sina lah...tunggu taw..

punya beria nak g cari kan..aku pelik gak lah..tapi sbb dah nak terkencing ni..bese lah lau demam no no no tahan k..aku cakap je lah okay..padahalah azab kot rasa kencing dlm toilet bukit expo ni..dah lah xda tempat nak letak beg..terkepit-kepit aku memegang beg kat celah ketiak..susah tol...!!

dan selepas siap shi shi...










aku sgt gumbira sbb aku tahu dia masih lg lomantik...terbaik lah..even sekuntummmm...


time dia bagi..

"nah..buat gf saya yang satu ni..."

 simpan elok2 jangan bagi layu..katanya lagi...tgk lah muka kau yang monyok and demam pun dah kembali ceria sket..terus sejukk hati...tetiba sebak..pompuan canggini ke lau dpt floser sekuntum je pun nak feeling...kecoh kat blog..wakkaka...

tak kira lah janji dpt kan..janji dia ingat kat aku..janji dia taw dia dah buat silap pastu taw nak pujuk haku..wakka..jgn marah ye...

tu lah pesta konvo niat nak g cari ubat je at last dpt suprise..tapi rs tak best sbb aku not in mood sbb kepala dah hayung..mata dah berair, badan dah lesu..haqi tanya nka g mana pastu aku cepat je jawab.".hantar kita balik"..huhu..

timakasih lah haqi sbb sudi bagi ittew flower nih!




p/s: pesta konvo yang ditunggu adalah pada tahun depan...kepada sidia please jgn nak demand gift...haha..

Saturday, October 13, 2012

janji.

manusia berjanji bagai kan manisnya mulut dari gula..
hakikatnya semua palsu..
apa guna
sekadar memberi harapan palsu
seolah olah hatnya boleh dipermainkan..

apa guna menabur janji yang kecil
kalu diri sendiri tak pernah berusaha merealisasikannya..
sungguhpun dia tiada kena mengena
hatinya juga tak perlu disakiti dgn janji kosong..

Friday, October 12, 2012

TIPS dari saya perancang kewangan yang tak bertauliah

orang cakap duit makin banyak makin tak cukupnya..ada lah benda nak dibelinya..memang pun, time duit tak da kita ni memang kan pandai berjimat lah..tapi cu duit tu berkepuk mau ko pegi shopping tak ingat jalan balik..oh kalau aku da duit banyak..emmmmmmmm oversea! apa barang kan shopping kat mesia..mmg bankrupsi lah..

ok adik2 kakak2 semua..macam lah ramai nak baca blog aku ni..ah fedulik aku, janji sorang baca tu pun dah kira perkongsian gak ken..k aku nak bagi discuss lah sket fasal perancangan duit ni..tapi jangan lah aspect aku ni tak de maslah kewangan langsung taw..aku just nak kongsi pendapat aku je..jadi tips akan di sampaikan oleh..
.
.
.
.
.
.

personal financial advisor lantik sendirik..
bape duit gaji yang ko dapat?pendapatan sampingan?fixed income yang monthly kita dapat tu agak2 cukup tak menampung kehidupan kita sehingga kita dapat next income lak..ce renungkan pernahkan kita terjebak dgn penghutang tegar which mean every  month kita mesti kekurangan wang and berhutang..if kita bayar the other month that month mest short duit kan..lau tak bayar lak ia akan bertunggak and jadi hutang lapuk..so how to overcome this?

jom start dengan renung chart pie yang macam roti pau ni..

tadaaaaaaaaaaa....


sila jangan gelak bila tengok gambar di atas taw..tapi aku pun rasa cam nak gelak ni..acena?

baiklah hadirin,
aku bahagikan semua wang gaji aku pada 4 bahgian yang sama rata which means penting.. ni semua mmg every month aku kena settlekan..tapi every partition tu aku akan described more apa yang important to do first and next next and next...

dalam aku rancang duit aku, aku ada 4 aim aku nak kena settlekan..saving, hutang, keperluan rumah,then keperluan peribadi. first sekali bila gaji je dapat (income aku hanya gaji ok) aku akan first sekali.....

1) saving..
10% dari gaji aku akan simpan..so kalau gaji korang 2000 so korang wajib simpan 200 sebulan..then percentage ni pembolehubah yg berubah-ubah hokey..jgn nak lurus sgt ek, kalau agak2 ada duit banyak simpan je more than 10% ek..saving ni akan digunakan utk kecemasan sahaja..no no no pinjam ok..

2) settle kan hutang (fixed expenses)
fixed expenses ni maksudnya every month benda ni mmg ko hadap..suka tak suka kena jugak..kalu ko xbayar bank akn kejar ko ke?bil letrik ko kena potong ke?nama ko blacklist ke..itu ko kena tanggung lah..kalau aku after dah bust saving aku akn cecepat settlekan duit kete, sewa rumah, bil letrik , air tak pernah kena, ptptn dan sekarang geletah guna broadband, jd dah pandai sgt nak guna makana jgn tak mau bayr lak...

3)personal use
after semua hutang settle maka hidup akan rasa bahagia kan..jadi kebahagiaan itu lagi bermakna pabila aku dapat mengshopping or berjalan kesana sini..paling busuk pun every month boleh lah aku beli selai baju even harganya below rm50..tak kisah janji aku bahagia..tak pun kuar makan dgn haqi..haha..bese lah aku yg keje dlu..so kta jgn kedekut sgt sbb nanti kawin kita nak pau dia lak ken..ye dok banggg?benda ni juga termasuk juga dgn duit makan aku every month and minyak kete..kalau aku duit makan dlm rm300 and minak kete dlm rm100 je..sbb aku just guna kete utk g keje and weekend kuar datim..jauh2 jalan tu hanyalah area kl..so far takat tu je la..

duit lau tak bagi mak bapak tak boleh jgak..tapi jujur lah ayah and mama aku tak de pernah nak suh kami hantar duit every month..tapiiiiiiiiiii...itu bukan alasan lah utk aku tak bagi..mostly aku akan simpan duit yg sepatutnya aku bagi kat ayah and mama aku tu and bila balik kampung aku bagi je bape yg aku simpan tu..tapi tak de la  banyak..and dorang pun fhm dgn komitment aku..tak pun belikan apa je utk dorang..mesti dorang suka.. janji ko bagi biarlah sedikit pun..dorang tahu ko ingat dorang...

4)house..
ok aku duk menyewa dgn akak aku..akak aku lak demand..nak beli brg dapur yang best2..sabun basuh pinggang pun nak yg buih banyak lah, beras nak yg besar la, kicap nak yg mahal lah..hadoi mampus aku..dia dap pe lah tak de komitment pe2..so tak nak gaduh makanya aku direct je sound kat dia yg every month duit brg dapur aku hanya boleh bagi sebanak 50hinggit...lepas dr tu silalah topup sendiri..haha..jgn ckp aku kejam ok..ni mmg step yg bagus nak control kalau ko dapt housemate yg perfectionist mcm akak aku ni..jadinya ko jujur je dgn housemate yg ko hanya dapat bagi sebanyak rmxxx ut tabung rumah sbb ko kena bayar bla bla bal...so that org taw ko punya komitment utk yang lain and they can tolerate..

aku rasa tu je lah yang aku buat..so far alhamdullilah lah..kadang2 nak tnggu gaji tu duit aku tak smpai rm50 bila masuk minggu last every month..tak aku tak kisah sbb aku dah saving awl2..so kalau aku tak ckup duit sekalipun aku masih guna saving aku tu..then kalau ko dah buat saving dlu bawu berbelanja mesti kita akan rasa berhati-hati dlm nak berbelanja..kalau tak bukan men laju je keluarkan duit..

duit mmg bukan segalanya..tapi dengan duit ko boleh bahgia..bukan nak ckp duit tu boleh beli bahagia tapi ia adalah pelengkap kebahagia sbb ko perlukan duit utk sara hidup ko..so mulai sekarang.......cek poket and buat lah plan yg sebaik mungkin..

bye!

Tuesday, October 9, 2012

majlis perkahwinan sepupuku..

alhamdullilah..kawin sudah sepupuku..dah lah muda dari aku, langkah bendul lak tu..mmg jodoh ko lah kan..wa cakap macam aku rapat dgn dia kan..haha..kalau aku story fasal kawin orang jangan duk sesibuk tanya aku nak kawin bila lak..penat den nak jawab..dah lah budak si haqi ni pepandai je jawab bila orang tanya bila..terus je cepat jawab taun depan..taun depan..tak taun depan siapppppp la dia....wakaka..

ok lah cite fasal wedding awin ni..name sepupu aku awin k..anak kepada mok je (adik arwah ma yang ke2)..majlis pada 30 oct 2012..tapi sehari sebelum tu ada majlis berinai..bese lah orang luar ada buat adat ni..so bagi kami yang kat kelantan ni tak ada buat sangat lah..lau buat pun cam bese je..beranai sendirik jekkk..

rombongan dari kelantan ada 2 biji kete je..mok yie and cik nah..ayah ngah datang dengan keretapi bersama si genit dia yang mmg dah jadi pegikut setia dia..hihi..pok cik mmg duk kl, so jumpa kat kl..then aku juga turut serta dalam senarai rombangan..wakaka..


mok yi, ayah din and aqil

cik li and cik nah
rombongan dari kelantan ni sampai hari jumaat..dorang tido kat umah aku..so mmg sgt happy le sbb meriah giler umah aku..memasing duk cite kisah sesat nak cari rumah aku..makan langsat putik org kelate oyat..haha..
abag awin, che mat..sebaya aku..
ni abang pengantin, sepupu sebaya aku..aku ada dua sepupu yang sebaya aku and dua-dua laki..tapi skrg tinggal che mat je lah yg sebaya aku since arwah syafiq dah pergi tinggalkan kami..rasa kehilangan gak since sepupu sebelah ma ni kitaorang mmg rapat..
aku lah, mmg suka berangan..
hari sabtu gerak umah mok je pas zohor..tukang bawa mestilah haqi..oh my abggggg u mmg penyelamat..harapkan aku mmg thai..sesampai je umah mok je semua orang tak de..rupa nya semua dah tunggu kat laksa..laksa best dorang cakap..so daripada kita dengar je baik kita rasa sekali..tempat dia area UKM..tepi jalan je, so pergilah cari semua..

duduk umah mok je samapi petang..next nak pegi beli ipod utk anak cik nah..em best jadi anak cik nah and cik li..cakap pe je dapat lah ko..cik nah siap nak beli utk dia lagi..mmg hebat lah feeling cik nah ni..remaja gitu..dan dan planing nak g mines, tetiba tukar plan..malam berinai semua orang kena pegi lak..so kelam kabut patah balik utk pegi umah mok je utk menjoin kan diri dalam majlis ni..

adat ni mmg new lah bagi kami..semua orang terpinga-pinga..macam apakah??tapi dah niat nak dtg majlis kan, so kita bersuka ria mempelajari saja adat baru nih..rasanya kat kelantan ada gak tapi dia tak buat sebesar orang sini..berinai sendiri je orang ckp..

di dapur...

elis mok datimmm

i adalah in green..
sebab majlis malam jadi sempat lah kami semua bersiap comey lote..suasana pun macam syok romantik gitu..tetiba sedih..nanti aku kawin camni gak ke..dah jgn nak berangan...


rupanya majlis berinai ni macam majlis bersanding gak la..berarak masuk dewan..cuma belum bawu hantaran lagi la..tapi yg pasti pengantin dah kawin lew yeee...

ada merenjis-renjis and menepung tawar gak la

real pengantin..tomeiii...suka that colour...

bakal pengantin...wink* tapi jangan tanya bila...cukup aset nanti bawu announce..

selesai majlis berinai, prepare untuk majlis bersanding untuk keesokkannya..kenduri ni 3 hari 3 mlm uolls..den pun rasa tak mampu nak buat..nages gua nak kumpul duit nak buat sebesar ni..gua minta yg simple2 je..gua belum kejam lagi...*sila jangan percaya..haha..

nanti bila semua orang upload gambar aku update lagi fasal snding lak..sekarang ni je yang aku ada..harap maaf entry mcm kelaut..gua malas nak peram lelama entry ni kat draf..so kita publish je mana yang ada..

so last but not least..

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SEPUPUKU YANG HENSEM DARI SEPUPUMU YANG COMEL...*pitm

Sunday, October 7, 2012

smart job in my planning..

buka blog, tenung..lama....tapi tak tahu nak cakap apa?aku pun tak tahu lah..lately banyak sangat masalah..aku duk diam pun da jugak orang nak cari hal..tadi sebab fikiran aku serabut sangat, jiwa aku kacau, hati aku sakit..aku drive kereta macam nak gila..meraung macam orang gila akal..bawa kereta tapi aku sendiri tak tahu nak pegi mana..lastly aku duk je tepi jalan mengenang nasib diri..why?why?

sometimes aku rasa aku leh share prob dengan somebody tu coz aku trust him, but sebenarnya hati aku ni jugak tak benarkan aku meluah..then bila aku belive somebody tu, aku dah curahkan segala perasaan and masalh aku just utk dia dengar je..lastly dia pulak tinggalkan aku..oh dugaan..aku tak pernah anggap aku ada teman sejati, coz dulu2..aku pernah da tapi after something happen yang aku ase susah dah nak percaya pada orang..then aku just declare semua orang just teman..not teman sejati..now i started believe someone, but dia pun kena tinggalkan aku..teman aku doakan kamu bahagia di tempat baru...


tetiba aku rasa nak fly pergi jauh dari mesia..
kerja gila..tapi tak mustahil kan...mood sedih tapi berangan

like some people said to me..
"jgn buat keje bodoh.."


dun worry...

now i doing smart job...!

aku terima..

sesak dada, sesak nafas, sesak semuanya..

allahuakbar..
la ilahailallah...

Saturday, October 6, 2012

dua cerita

aku tengah sakit palo ni, tapi nak tido pun tak boleh..org lain tengah layan bola tapi aku malas nak ambil port..lagi suka sendiri..ni aku nak cerita ni,,,2 minggu lepas kot, aku pun dah lupa..tak kisah lah bilanya, janji aku nak sampaikan something  ni..aku ngan teman2 ofis kan selalu makan kat carefour, layan makan tomyam memang terbaik lah weiiiiii..syokkkk...

tengah kitaorang duk tunggu makan tu ada lah seorang ibu ngan troli carefour bersama 2 orang anak..sorang laki, sorang gegirl..yang gegirl ni bawu dlm setahun kot or mybe tak sampai setahun..gegirl ni duk lam troli,,,macam bernas gak mak budak ni, ambil troli and letak anak dlm tu, then pergi foodcourt bawu sopim barang..k mmg plan teratur lah kot...tapi.........yang aku nak marah tu mak dia boleh pergi tinggal anak dlm troli and pegi beli makan...wei..troli tu gerak2 and anak berdiri2 and nak lompat kuar dr troli tu..

sudahnya kami lak yang kena control troli tu supaya tak nak bagi troli tu langgar2 meja org lain..padahal anak dia kecik je, setakat nak dukung anak dia nak g beli makan tu rasanya xda hal lah..ni anak nak jatuh pun tak perasan agi...adoi....tak sampai situ je, lepas beli makan, makan lah si ibu dgn anak2 nya..yang aku heran tu tak de nya nak angkat anak dia kuar dr troli tu...wei kesian kot aku tgk anak ko makan dlm troli tu...yang mak nya mcm org lara, anak laki dia tumpahkan air pun xperasan..huh! tetiba aku rasa kesian and takut gak nak jadi mak ni...tak terkawal lak padahal aku rasa boleh je dia pegang anak dia smabil makn..sudahnya dia makan dlm keadaan tak tenang sambil semua orang pandang dia sebab mak makan tapi anak dalam troli tah kemana-mana dah gerak..

ni kasah lain gak, pun time makan...

aku suka jugak layan warung laksa kat area puchong ni..warung ni mmg ramai orang lah, selalu ko dtg lambat mmg tak ada tempat duduk lah..ada satu hari tu tengah aku makan dengan kawan, tetiba kawan aku cakap..
"malu la dgr puan ni asyik duk kutuk mak dia"
aku mcm terkejut gak, sbb aku mmg tak layan pun orang duk ckp sbb tgh syok hirup kauh laksa nih..sekali aku cuba lah dgr minah ni duk bercerita pada teman dia..bila dengar aku pulak rasa hangin nak hempuk je minah ni..ada ke duk kutuk mak dia, dah lah warung ni ramai orang, duk pulak tengah2..suara pulak kuat kalah spekaer..buat  malu kaum je..ada ke patut cite fasal mak dia yang ngada2 lak, konunnya dia lah yang selama ni jaga mak dia padahal time kecik dulu mak dia tak layan dia baik...mak dia dah tua pastu suka arah2 dia, nak itu, nk ini...

logik lah sket wei...oarang tua memang macam budak2..kalau ko nak lepas perasaan sekalipun tak payah lah nak kasi tahu semua orang..find somebody that cant lend her shoulder!bukan ko pegi memaki hamun mak ko kat warung...konun ko nak cakap ko ni tak salah lah buat mak ko macamtu sbb kecik dulu ko rasa macam ko anak tiri..aku faham perasaan ko tapi jangan lah sampai ko nak bertempik kat sini..sakit telinga aku wei dengar..mmg ko boleh cakap camtu lah, tapi nanti ko pasti kan menyesal bila dia tinggal kan ko.ko nak meluah tak pa tapi aku tengok cara ko bercerita tu dah macam ko berbangga...sadis!

habis cite fasal mak..

ni cite fasal hari ni lak..
lagi mendidih hati aku nih..yang aku pelik tu time aku nak makan lak tu..hadoi mmg terbantut selera aku..tadi aku pegi servuce kereta, so mls nak tunggu, aku tinggal jek, gerak g ioi mall dengan kete haqi..lagi pun nak g bayar broadband ni..jadinya nak tunggu kete siap, makan lah kami kat ioi...

haqi q utk bayar makanan kami, aku lak cop meja..kat belakang aku ada sorang bapak dengan 2 orang nak..sorang laki and sorang puan,,duk lam stroller..kecik lagi lah..tapi aku tengok budak tu tengah nagis teresak2 tapi tak lah menjerit terlolong-lolong..aku jeling je lah since tgk anak dia tak dek lah buat hal sgt..tetiba...aku dgr si bapak ni duk tanya anak dia..taw tanya anak dia camne?camni ha..

apa masalah ko nak nages camni?
ko ada masalah apa hah? *nada macam org nak ajak gaduh*apa lagi budak tu yang nagis steady tu terrus lah terpekiki pekik...sib tak kena pelempang aku tgk budak tu..yang bapak pulak dah tak boleh pujuk anak dgn elok ke?macam lah ko tak leh cakap baik2..kecik2 dah torture emosi budak..yang da masalahnya ko bukan anak ko?masalah ko tahu buat anak je tapi tak tau nak jaga anak..tak tau nak nasihat anak..tak tau nak pujuk anak..tak tau kat mall ni ramai orang tgk..semua ko tak tau lahhhhhh!!!!!adoi terus tak lalu nak makan aku..

sib perodua call awal suh ambil kete, aku pun dah tak de mood nak melepak...tengah jalan nak ke car park, tetiba aku ngan haqi dua2 tersentap...tetiba kat tengah2 mall tu ada sorang bapak gak marah anak dia..
"ko nak penumbuk aku ke? "sambil kepal menumbuk
ko ingat aku takut lah ko? mmg lah ko tak takut kat anak ko?tapi budak tu bukan nya hentak2 kaki minta ko belikan dia barang tu..yang ko hangin macam gila tu kenapa?apasal hari ni aku jumpa kes2 macam ni..penyepoil giler..bagus sgt lah cara ko tu..siap tunjuk2 penumbuk depan oarang ramai lagi...bagus lah nanti anak ko besar sok bukan setakat tunjuk, tapi bagi je terus kat muka ko bila ko ngada2 nak suh belikan apa2..mau ko?

tengok dua kejadian ko, aku ngan haqi masing2 pandang sesama je...sedih pun ada..terus haqi cakap..

"kita jgn jadi macam dorang ek..dorang tu belum cukup motivasi diri nak jadi bapak tuh.."

mmg pun, sebelum nak jadi mak pak kena lah bersedia mental fizikal..tak kira lah muda ke tua, bila men dgn anak kena lah sesuai kan dengan keadaan anak, fiaikal, emosi dorang..jgn nak men belasah je..nak hukum anak boleh je, tapi aku rasa tak perlulah nak maki hamun anak macam budak tu buat kesalahan yang leh bawa hukuman gantung...

malas lah nak hurai panjang hal ni..walau aku belum jadi mak aku tak mahu terdedah dengan senario tak sihat gini..orang macam aku yang tak kawin lagi ni pun perlu contoh yang terbaik dari orang sekeliling..sementelah lagi bila jadi mak pak kenalah jadi role model untuk dorang...
 
 ngerti kamu?

Wednesday, October 3, 2012

parking

kita kadang-kadang lupa yang kita ni hidup bersama orang lain. lupa atau sengaja lupa tu kena tanya diri sendiri la..pernah tak merasa bila hanya kita bersusah payah menjaga hati manusia lain sedangkan hati kita tak siapa yang memahami..hidup ni perlu perkongsian, perlu timbang rasa, bukan nak main belasah jew..

minggu lepas, sepupu aku kahwin..aunty and uncle aku dari kelantan dtg ke kl sebab majlis nya buat kat kl..so dorang menginap kat rumah aku since dorang tak tahu ke rumah mok je..plan nya aku akan bawa dorang kesana..nak dijadikan cerita plan malam beranai ada sedikit perubahan..kitaorang terpaksa ubah plan and bergegas ke kajang balik utk attend majlis tersebut..dari kajang, turn back puchong sbb semua orang pakai jeans, mesti nak kena patah balik puchong utk change baju..ikutkan paln kol 8 nak ada kesana sbb majlis start lepas isyak..jadi mmg rush!

selesai semua kitaorang bergegas lah trun, ke car park..gerak dengan 3 bijik kete..tapi lu taw apa jadi...mmg manusia ni dah tak ada adab...park kete blok kereta orang sampai 2 biji..nasib kete aku jauh sket..jadi kete aku selamat.duk intai2 gak kot2 ada lah no tel yang owner myvi ni letak..terfikir gak kot2 dia tgh rush so men park je..tapi aku pandang keliling banyak je park yang kosong..apa kes?

pandang kelilig, kiri kanan kot2 ada orang notice dia punya kete block kete orang lain..dah la hand break angkat..nak tolak pun boleh..tgk jam dah lewat..adoi la manusia......

tetiba aunty aku mcm perasaan ada org dari tingkat 3 tgh pandang kami..so mak cik pun tnya la..

dik...ni kete adik ke?
tak bukan kete saya..

membebel bebel lah kami sapa punya kereta lah smapai block dua biji org lain..mmg kuang ajo sangat lah manusia ni..dalam kitaorang tgh duk bising2 tu turun lah minah ni..kerek gila lagaknya...gaya bawa kunci..terus lah aku tnya..

ni kete you ke?
a ah...nape?

hotak ko tanya nape?buta ke apa ko tak nampak ko park kete kat mana...
boleh tanya lagi nape...mmg cari gaduh lah..perang mulut lah sekejap dgn minah ni...

kenapa park kete camni tapi tak tnggal fon no?org nak keluar ada hal urgent tak fikir ke?
tadi saya keluar, terus pak cik ni masuk park saya, saya tak da park..
you beli ke park ni?
mmg la bukan i beli tapi i tnggal sini..
abis tu i pun tinggal sini..you tak fikir ke orang lain jugak?bukan you sorang yg tinggal sini..

gila apa minah ni, park kat umah flat ni bukan nya boleh cop..dah ko keluar tak kan aku nak tunggu ko balik dlu bawu aku boleh park..kejadahnyaaaa...sapa cepat dia dapat la..lain lah ko beli..dah la buat salah ko buat muka sombong nad ckp kasar lagi..bukannya nak  minta maaf dlu..ni boleh lagi ckp yang kitaorang ambil park dia..kejadahnya ko pg blok smapai 2 biji kete kalau ko nak aim satu park je..bongok..mmg ko cari fasal la..lain kali buat benda fikir guna otak..tinggal no fon ke, adress ko ke, senang orang nak cari ko?ni tak men park je..tak fikir ke kalau org tu ada emergency?anak skit ke?bini nak bersalin ke?apa ko nak jadi pembunuh ke?

yang ni kisah org blok kete tak bagi notice apa2..ada juga yang siap letak kon la utk tak nak bagi org lain ambil park diaorang..gila ke hapa manusia jenis ni..bagi aku lah manusia jenis ni manusia yg tak da adab sopan, tak guna akal waras...sbb tu aku redha je aku kena pusing lapanploh kali semata nak cari park..sbb aku tak nak jadi sama macam dorang lah..sbb fikir orang lain jgak nak gne kemudahan awam ni..bukan ko sorang jew...ada sekali aku duk pusing2 cari park, pastu nampak da kete viva nak kuar? dlam hati dah lega..punya lah dia tunggu dia reverse, dah bagi siap2 signal nak masuk...

sekali...........

dia........
angkat kon letak kat tengah2..agak2 nak langgar ke tak?bodoh punya family....dah la kat dalam tu da anak bini..tak fikir ke?lau org lain buat camtu gak kat ko..dah la ko kuar ko tak tahu nak balik kol bape....mmg ko dapt sumpah orag je lah...laki dengan bini dia sama je..sbb pagi2 aku selalu tgk wife dia bawa kete tu nak pg keje..sellau terserempak dgn aku..pagi nak g keje, angkat kon..reverse pastu letak kon balik...wei agak2 lah nak buat camtu..ko pg keje bape lama?orang lain pun bayar gak kos penyelengaraan rumah flat...tak fikir ke tiap2 hari ko dah buat dosa..sakitkan hati jiran ko...

ada yang tak boleh blah lagi...siap pasang garaj lagi..yang ni aku tak tahu lah dorang ni beli ke hapa park ni..setahu aku rumah flat mana da jual park...lak tu lau sorang buat..habis sederet buat..abis org lain nak park mana?pernah sekali aku balik keje..kebetulan minggu tu asyik hujan lebat je..dah fikir balik awal sbb nak cari park yang dekat sket dengan flat aku...sekali ko............dah ada garaj dah org buat...rasa nak pg tendang jew...agak2 lah manusia....fikir lah jugak kalau orang tu ada baby..senag cite fikir lah if benda tu jadik kat ko?tapi manusia ni selagi tak kena selagi tu lahhhhhhhhhhhhhhhhhh...................

hak orang jangan ko buat hak ko sendiri punya je..dosa ko dengan allah ko boleh minta ampun..tapi dengan orang....tak kan jenuh ko nak menghadap penduduk rumah flat ni...fikir lah weiiiiiiiiiiiiii.... timbang rasa sket..........bukan ko sorang yang duduk flat ni...