Sunday, November 16, 2014

drama mummy queen

sejak mengandung ni perangai mummy ni lain macam taw..
ada kala mummy ni sensitip terlebih,  adakala mummy ignore everything
kadang papa nak main hp tepi pun tak boleh yeah..
mummy stress tgk lampu tel papa..
hahha..
padahal dulu mummy suka tido dlm cerah..
sekarang mummy dah boleh tido tutup lampu dah..
pelik kang..

paling ketara rasanya mummy terlebih manja kot..
skit-skit ek ek ek..
tapi dengan papa aje ler..
sejak dulu papa ni macam kawan mummy la..
segala hal mummy akan cerita dekat dia la..
hal kerja, hal personal, semua la..
tapi papa ni walaupun dia syg ittew dia bukan la jenis akan sokong mummy semua benda..
dia ada bangkang ada setuju la jugak..
mummy dengan papa ni dua kerakter berbeza..
mummy suka luahkan, papa pulak suka pendam..
tapi dah lama kenal papa, mummy dah tahu nak figure out papa punya peel pun..
tapi papa punya peel lagi saiko nak..
mummy kena pujuk baru dia cerita..
hahhaha gitu..nanti handsome boy (papa bg gelaran) kuar jgn majuk macam papa taw..
nanti mummy buat derrr jewww...phewww..

mummy selalu la kan kalau penat kerja balik rumah nak cari papa je la..
sebelum papa balik mummy dah text papa dah..
kahkahakah..
selalu la cakap ...
"papa...mummy kan tak kacau orang, nape orang nak kacau mummy"
"papa..mummy kan tak minta orang suka mummy, nape nak benci2 mummy?"
"papa...mummy kan tak kisah orang tu nak buat ape, nape nak kisah hidup mummy?"
hahhahahhahah...gitu la..
papa dengo je la..
kadang tu dah penat sgt selalu jugak minta dengan papa nk benti kijo je..
kahkahkah..
papa nk bagi  modal niaga, mati kutu lak nak niaga ape..
tak pe pa, mummy tgh bt proposal ni...nnti mummy show my plan..
inshaallah perancangan dah ado..tunggu masa je..

cakap bab masa lak..
selalu jugak bebel tanya papa..
"papa...bila la masa nya yg sesuai utk mummy blah dari kerja ni?
"papa..bila la masanya untuk mummy run bisnes sendiri?
"papa..bila la masanya kita nak balik duk kg?
hahahhahah...papa tertido..
mummy byk sgt persoalan..
tapi papa ckp persoalan mummy lucu...
huhuuhuuhhu..

mummy memang degil..
tak kisah sangat fsl orang lain, sampai papa tanya mummy tak kuar jumpa kwn2 ke..
hahhahaha..mummy ok je..
cuma mummy sunyi kalau papa tak ada..
mummy kan suka kawan dengan papa..
papa terima mummy seadanya..
sebab tu mummy pun sanggup susah payah dengan papa..
biarlah orang nak cakap eleh..laki ko memang la ko akan tolong..
no..no..no..he is more than husband..
dia lah sahabat saya, yg selama ini saya tak pernah declare siapa sahabat saya..
dan alhamdulillah jugak allah jadikan dia suami saya..:-)
papa...jadi lah sahabat mummy and bakal anak ini selamanya..
jangan tinggalkan kami bila papa sudah kaya raya..
jangan tikam kami..jangan pernah buang kami..hukhuk..
tegurlah kami andai kami bersalah..
ajarlah kami andai kami tidak tahu.
ingatkan kami andai kami lupa..
bimbing la kami bersama ke jalan allah yang kekal abadi..


masa yang sesuai bila mana allah mengkehendaki ia terjadi..
tidak ada terlewat mahupun terawal.
itu lah masa yg tepat..kerana allah lebih mengetahui bila masa yang sesuai..

bye :-)
mummy yg manja 

Friday, November 7, 2014

kehidupan

hidup ini ada pasang surut dia..
adakala kita senang adakala kita susah.
adakala kita boleh pendam je masalah sorang2..adakala nak kena meluah jugak..
dalam hidup ni duit memang diperlukan..
tak pandai manage binasa la..
tapi kebahagiaan hidup bukan terletak pada nilai wang je semata-mata
masa, kasih sayang, perhatian, family..

tak semua orang boleh berkongsi masalah dengan kita
boleh nak pendam sendiri tapi pastikan kita mencari penyelesaian
jangan sampai terdesak baru berusaha.
keadaan seperti itu hanya akan memenatkan dan menyusahkan banyak individu
bukan pada diri sendiri sahaja

hidup biar tahu kemampuan dan future kemampaun
belajar merancang untuk masa depan depan itu perlu
hidup sendiri bagaimana
hidup berpasangan macam mana
hidup berkeluarga macam mana
semua ada cabaran
jangan nak sambil lewa dan pentingkan diri sendiri

komitment jangan sampai menyusahkan orang
ada kemampuan buat
tak ada usaha sampai berkemapuan
bukan mencari orang untuk memback up
sepanjang aku hidup pun nak beli apa-apa aku usaha sendiri
kehidupan waktu kecik yang susah tak sesenang mana mengajar aku banyak hal
yang mana kau hidup untuk survive
bukan untuk meinta-minta orang lain mencukupkan keperluan bagi kau

zaman sekarang rm50 boleh beli apa je
tak macam dulu
tak kira la duduk kat kg ke mana
bagi aku sama je la
selagi pandai memanfaat rm50 tu kau pasti mampu bertahan
tapi kalau tak pandai memang kau tak nampak la nilainya kat situ

mungkin cara kita berbeza
tapi aku suka dengan cara aku
yang paling penting aku tak menyusahkan orang
tak kacau hidup orang
dan yang penting bahagia aku bukan pada permintaan orang lain
tapi atas permintaan aku.
yang aku usahakan

masalah kalau kau lari memang akan sentiasa mengejar kau
tiada jalan melainkan kau menghadapinya