Saturday, July 28, 2012

penat sesangat....

oh dua hari dah badan ni sakit-sakit...sebabnya minggu ni kita kemas bilik yang tak habis-habis nak kemas..padahal bilik xda besar sangat..tapi bila kemas termenung kejap la..sebab fikir cane nak simpan baju yang makin bertambah..huhu..padahal tak pakai pun baju tu...heren gak tang mna beli pun dah tak ingat...bukak kotak jumpa baju..satu kotak lagi..pun baju..kotak lagi satu...pun baju..ah sudah...

2 hari lepas kot, haqi tolang kita pasangkan almari..sebab nak bajet beli almari pasang siap kat carefpur..yang 3 pintu..tapi kena pasang siap..nak murah punya fasal tak fasal2 badan sakit2...tain haqi kita..dia pun cakap sakit badan...tian.tianyaaaaaaa...punya lah susah pasang lama gler kot amek masa nak siapkan...dari sblm bukak puasa ag start, siap dalm kol 10 kot..huhu...akak aku tolong tgk jew la..jap2 tanya dah siap ke belum almari aku...bukan nak nolong.......huhu..tapi xpe aku ada badang yang gagah..ngeh.ngeh,,

akibatnya...duk angkat2 papan almari..badan pun sakit2 lah..dah nak rasa deman lak...dengan nak kemas balik lak..mop lantai la..simpan baju2 la..angkut kotak2 la..hewwwww banyak la..padahal boleh je buat cepat2..tapi aku kan teliti.....teliti la sngat sampai seminggu asyik duk kemas...sampai kan ada budak majuk sebab cakap aku dah xda masa utk dia...ah pulak...bila masg jew...

hari selasa..

haqi: buat apa?
aku: kemas kotak...

rabu..
haqi: hne buat apa?bz ke?
aku: kemas bilik..

begitu lah sampai sbtu ni...

alih2 dia majuk la...siap nak tarik muka lagi...

sabo..sabo..tapi memang patut kot dia marah..sbb semalam birthday dia...aku xpegi pun tempat dia..just wish dkt fb jew..yela nak borak2 pun letih....nak tunggu 12pm alih2 11 lebih aku dah call sebb dah tak tahan ngantuk...haha...lagipun haqi tido awl skrg, tian dia penat...bawu habis posting otopedik, masuk posting bawu...kelas pack gler...balik pun dah kol 7..so nanak ganggu dia memalam..kadg2 lau call ada lah salah sorang kan cakp sorg..sbb yag sorg lagi tetiba zzzzzzzzzzzzz....tak kan buat hangin jew kan....

 penat tak penat..hari ni dah janji nak celebrate his birthday...kat mana.....tak tahu ag....dah nak siap2 jumpa sweetheart lak....

bye...

Monday, July 23, 2012

contest raya by sepetshop

sebenarnya tak tahu nak start macam mana story ni..2 perkara utama join contest ni adalah untuk share dengan readers satu pengalaman aku mengenai sebuah beg yang mungkin boleh dijadikan pengajaran dan iktibar untuk kita semua..kedua.. kemenangan sudah pasti mahu di miliki oleh semua, tapi if ada rezeki aku disini biarlah ianya boleh dikongsi bersama seseorang..seseorang yang aku panggil kakak....teringin nak bagi kakak hadiah spesel nie..


ye kakak..lebih tepat lagi story ni berdasarkan pengalaman pahit yang dilaluinya..sesuatu yang tak dijangka..rezeki yang melimpah diperolehi rupanya di uji olehNYA kerana kami sekeluarga yakin dia insan terpilih yang memiliki ketabahan dan kesabaran utk melewatinya..ya memang diamnya penuh dengan kesabaran dan ternyata ujian ini mampu di lewatinya dengan penuh keikhlasan..


kisah ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua..


cuti hari raya cina yang lepas...
aku dan kakakku dah sepakat untuk mengambil cuti selama seminggu memandang sudah lama kitaorang tidak pulang ke kampung..maklumlah kampung kitaorang dekat kelantan..jadi baliknya pun ikut bajet..kebetulan raya cina pada awal tahun..jadi ada bonus and angpau raya..bagi aku yang belum confirm kerja raya dapat angpau sebanyak RM500 sudah buat aku rasa teramat bersyukur...ibarat mendapt durian runtuh kakakku punya lah gembira bila mendapat bonus dan angpau sebanyak ++RM2000..REZEKI...alhamdullih..lagipun wajarlah kot dia sudah bekerja selama 3 tahun..bagi aku satu ganjaran yang berbaloi untuknya..rezekinya diperolehi disaat kami mahu berangkat pulang, dan diperolehi secara tunai pulak tu...bimbang gak untuk membawa semua duit tu, maklumlah balik pun naik bas... so pikir punya pikir, nak simpan kat bank sudah tidak sempat, jadi selepas calculate segala perbelanjaan yg bakal digunakan selama seminggu di kg dia mengambil keputusan untuk menyimpan selebihnya duit di rumah..kalau tak silap aku mungkin dalam ++rm800.


perjalanan balik tidak mengalami sebarang kelewatan..semuanya lancar..alhamdullih..tapi sewaktu dalam bas baru aku perasaan something..


aku: eh macam lain jew beg ko..
kakak: hihi..beg baru..murah jew..
aku: ooo bape wei..comelllll...
kakak: tak sampai RM20 pun..tapi sedap pakai, tali dia panjang..
aku: nati aku pun nak beli gk la..nati teman aku g beli gak ek..


kami berdua memang mempunyai citarasa yang sama mengenai beg..kami sukakan beg yang bertali agak panjang, bukan sepanjang tali untuk beg sandang tu, mungkin 1/2 dari tali sandang tu..sebab tak suka bila beg tali pendek akan tersepit di bawah ketiak..susah nak keluarkan barang..itulah citarasa kami mengenai beg..lau dah murah pastu suka  mestilah nak beli kan..if mahal tapi berbaloi and bleh pakai lama mungkin juga boleh dipertimbangkan..

dua hari dikampung...kakak mengajak aku keluar ke bandar..aku pada masa tu ada undangan kawen kawan sek men dulu..first fren lak tu yang kawen, so excited la nak pegi..tambahan semua teman2 lain dah janji nak jumpa kat sana..dah macam nak buat gathering lak..memmandangkan aku dgn bf ( mr haqi) satu sekolah and satu kelas, so means kawan aku kawan dia lah kan..kitaorang pergi sekali la..and memandangkan kakakku nak jugak ke bandar even aku tak dapat teman dia so, aku and bf decide nak hantar dia ke bus stop..bila dia cakap nak jumpa kawan dia hati aku lega lah sket..at least ada teman...tak la keseorangan....


bila dah sampai kat bus stop, kakak turun lah sambil memegang beg barunya itu..tetiba..tali begnya putus..alahai..aku lak tidak membawa beg untuk digantikan dgn begnya itu..sebab dah pegang hadiah nak bagi utk kawan aku yang nak kawen tu, so aku malas nak pegang banyak2 barang..fikir punya fikir, kami gunlah kretiviti kami utk menyambung beg itu..gunakan pin baju untuk menyambung beg itu,,terpaksa korbankan pin dibahu ini utk menyelamatkan beg kakak..and terpaksa lah aku menukar gaya shawls aku sebab dah kekurangan satu pin..


tinggalkan kakak di bus stop, kami (ak and bf) bergegas pergi ke kenduri kawan kitaorang..tapi hati aku ni punya lah rasa x best..kejap2 aku msg dia tanya dah naik bas lom..bila dia balas cakap naik teksi aku rasa kesian lak..tengah2 aku duk makan tu...tetiba ada satu call dari no yang aku tak kenali...


aku: helo..
kakak: ain aku ni...kakak..
aku: nape no lain...
kakak: ni no orang lain..beg aku kena curi...semua barang aku xda..tlg ambil aku dekat kedai ayah cik..aku tak da duit nak balik....


nasik tak habis makan lagi..aku dah ajak bf aku balik, cite dia serba sket hal kakak..and kami terus jumpa pengantin and kawn2 yang lain..minta maaf sebab tak dapat tunggu lama, ada hal kecemasan..diarong semua faham..aku and bf terus la pecut ke bandar KB, pegi ambil kakak..dalam hati ni rasa kesianya dekat kakak...dah la bawu beli hp..beli hp lak dengan duit saving ASB, ingatnya lepas balik KL nanti nak ganti balik la dgn duit bonus yg dia dapt tu sebb hari tu tak sempat..


sampai jew kedai ayh cik, pak cik aku jual dekat pasar siti khadijah..dah nampak kakak aku kat citu..bila aku pegi dkt dia bawu dia sedar aku dah sampai..rupanya dia tak pakai spek..setelah dia cerita apa terjadi rupanya beg dia di curi orang ketika dia nak mengambil wuduk di masjid..tapi katanya jarak letak beg hanya berapa kaki je..bila dia toleh belakang jew tengok dah tak ada..banyak gak lak barang-barang berhanrga dalam tu..handphone 2 bijik, duit rm700++, spek dll..total kerugian anggaran dalam rm++2000 gamaknya..
paling sedih bila tengok dia jalan bila tak pakai spek..mesti susah gler time dia jalan dari surau tu ke tempat ayah cik..kakak lau tak ada spek xboleh jalan..dia punya power tinggi snagat..kadang2 lintas jalan pun lama sebab dia x boleh nak anggaran jarak kereta.. sedih aku bila fikir...


sebelum balik kitaorang singgah kejap ke kedai cermin mata..buatkan dia cermin mata..nasib baik aku bawa duit lebih..dpat lah bagi dia dulu..lagipun kesian aku tengk dia jalan asyik pegang aku jew,..settle semua report police segala kami balik dengan pelbagai rasa..dalam kereta semua senyap jew..aku pun malas nak tnya lebih..buat dia tambah sedih..


sampai kat rumah dah dekat maghrib..selepas solat maghrib, kami berbual dekat luar rumah nenek..kakak cakap dia tak sangka ada orang leh buat semua tu dalam masjid..lak tu time tu ada tazkirah asar lak tu..padahal tempat tu rumah allah..mengucap panjang dia..tak menyangka ada manusia sebusuk itu hatinya...bila aku tanya kenap dia tinggal beg dia tu, nape tak bawa ..dia cakap..

"susah la beg tu, aku takut tercabut lak tali dia tu.."


mungkin dia takut nak bawa beg tu sebab takut lau putus tali, terburai segala isi beg..kang jenuh nak kutip..sebab tu dia tinggal beg tu tapi dia yakin temapt dia tinggal tu selamat sbb dekat dgn tempat dia amek wuduk..itulah..mungkin ini cubaan buat dia..aku yang marah ni dah berbakul menyumpah seranah orang yang buat kerja keji tu...tapi kakak....


"mungkin orang tu da masalah, mungkin ni cara allah nak menyucikan rezeki aku...mana tahu dalam usaha aku utk mencari rezeki tu ada yang tak betul..dan mungkin ada hikmahNYA  mengapa allah berikan aku ujian ini .."


nak nagis ase tengok kakak begitu ikhlas menerima ujian ini..walaupun ada org marah cakap dia cuai dia senyap jew..baginya diam itu lebih molek dari melawan dengan kata-kata yang tak baik..malam tu aku tido awal, lagipun aku sedih, masing2 dah tak ada mood..biarlah keadaan tenang dulu..masa nak terlelep aku tgk kakak tengah sembahyang..sujudnya penuh khusyuk....dalam hati aku berdoa....


allah ya rabb,
bukakanlah segala pintu rezeki mu didunia dan dilangit buat kakakku....ikhlaskan hatinya...


aku tido dalam sendu..


sampai sekarang aku tengok kakak cam susah hati jew bila nak beli beg..mungkin masih fobia dengan kisah dulu..pernah dia beli beg pastu pakai beberapa minggu , dia bagi aku..dia cakap susah..tali panjang sangat..nak naik bas tersangkut kat orang..kesian kat orang tu nanti..begitu lah kakak masih fikirkan orang lain agar tidak menyakiti orang....


begitulah kisahku..mengenai sebuah beg..semoga kisah yang aku share ni boleh dijadikan pengjaran..kadang-kadang manusia yang kita anggap baik tu mungkin dia lagi jahat..bayangkan pergi masjid sembahyang pastu mencuri..dah nampak baik, tapi hakikatnya...di dalam tak siapa yang tahu..macam beg kakak aku la..beg murah jew..tapi dalam nya hartanya yang ternilai bagi..boleh menampung hidup untuk berapa bulan..baru merasa nikmat atas segala penat lelah selama ini, namun apakan daya.......

nasihatku..berhati-hatilah dengan setiap orang even luaran kita nampak baik...zaman sekarang tempat yang kita rasakan  selamat tu bukan lah tempat yang terbaik untuk kita..semuanya boleh jadi..jadi berwaspada lah selalu..pada masa, tempat, orang dan rezeki yang allah kurniakan..


kakak cakap cerita sedih yg lepas tak perlu nak diingati..bila aku cakap nak join contest ni, dia cakap lakukan untuk pengajaran semua...rezeki kita ada kat mana-mana..kerana kakak cakap dalam surah  ASY-SYARH (alam nasrah....) ALLAH ada menyebut sebanyak 2 kali...


" bersama kesulitan ada kemudahan..."


allah juga menyambung dengan berkata........

" maka setelah engkau selesai (dari sesuatu urusan) maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)"

mungkin ALLAH tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi ALLAH berikan apa yang perlukan..

syukurlah.....


p/s buat sesiapa yang membaca:  
1) semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat semua....
2) apa salahnya kalau anda boleh like sepet shop
3) mungkin korang juga boleh share pengalaman korang dengan join contest blog sepet the gojes ini




Sunday, July 22, 2012

mieowww....

ptg tadi jumpa dia...excited nak jumpa sebab.....

nak tunjuk.......

kita buat spesel........

even nampak pelik.......

tapi comel hokeyyyyy...


kita taw dia x suka benda ni......

tapi dah kita rasa comel......

kita nak letak jugak dalam kete dia....


tada.....

hi..saya kawan haqi..nama belum kasi lagi...

en haqi kita tak suka kucing..dia geli katanya la....tapi kucing olok2 boleh laaaaaaaaaa...setiap kali tengok cat ni mesti tersenyum...


lucu kata nya...
comel......

ngeh.ngeh.ngeh..

nati nak belajar buat dragon..
pasni kete en haqi akan jadi zooo...yes!
pastu tak nak gantung2 agi..
nak terus beli gam uhu or gam gajah..
terus melekat...xde nak perli aku ag..
cakap kucing aku xde kaki sangat kan.......
tunguu.........
konfem menangis............

hahahahahhahahahhahahhahhahahahhahahahhahahaha

cakap orang..dia pun sama..

heloo...bertemu lagi kita ye..almaklumlah tuan broadband dah balik, jadi dapatlah kita menghupdate stoli..dah tak sabar nak cerita ni..fasal budak tu la...ala budak tu..selalu membebel kat kitew...so sejak 2 menjak ni mesti dia hanginn sbb kitew lak bebel kat dia..

bese la nama lagi kuple-kuple..mestilah ada gedikks manja gitu..ko ckp aku,aku ckp ko..oh mmg best r lau dpt kenakan dia..alkisahnya begini..first day puasa mestilah nak berbuka puasa sama2 kan..so kitaorang sibok la pergi bazar ramadhan dkt dpn pasaraya OTK..otk ag kan...hiihi..tapi kan sewaktu duk jalan2 nak pergi cari makanan aku dah nampak nape la budak haqi ni slow sangat..sebab puasa kew..??bila aku pandang dia sambil jeling dia macam faham jew...

haqi: kita sebenarnya tak nak pakai sandal ni..berat nak jalan..x biasa
aku: abes tu nape pakai?
haqi: yela ingat nak pakai selipar jew..
aku: ek?
haqi: tapi takut...takut awak marah...
aku: padanmuka..dulu marah kita tak pandai pakai heel kan..hikhik
haqi:mukatahannakmajuk*

hahaha..rasakan..dulu asyikk nak membebel aku jew..sekarang turn dia lak..aku dah teror pakai heel tapi tinggi sangat tu xconfident ag la..kalau pakai buat tontonan org bila jatuh gedubuk buat apa kan...ikutkan dah lama haqi tak pakai sandal mendal ni..dia asyik pakai selipar or sandal yang nak macam selipar yang tak ada cover kat belakang tuh...ni bila sekali pakai dia rasa lain and rimas lak..tapi nak amek hati aku dia pakai lah jugak...yela la penat beb nak carikan dia sandal niiiii...kalau dia tak pakai gak aku bagi lah ayat nie...

"kita pun nak tengok pakwe kita ensem and kacak..."

konfem dia kan pakai..hihik..jahat lak ase..ala bese la dia pun sama lau dia nak ajar aku pakai something yg aku tak biasa tapi bagi dia cantik... sekali-sekala dapat tgk muka berkerut dia tu comel gak...hikhik..

sejak pakai sandal selalu kena tinggal...lambat nak pakai...mesti terkial-kial..lau masuk umah and nak keluar balik mesti aku dah jalan dpan, dia masih duk pakai sandal lagi..adoiii kecian lak..macam aku dulu la, first pakai heel rasa nak pegang tongkat jew..takot..jalan pun slow..takut jatuh. haqi pun berjangkit padahal bukan tak pernah pakai pun..sampai sekarang bawak kereta dah kena tanggal kan sandal bawu leh jalan..pastu mula la lambat lak nak turun sbb nak pakai sandal tu balik..oh macam-macam kerenah..

tgk..dah rimas sangat selipar aku lak yang dirembatnya...alololo..
haqi: best la dapat gelakkan kita..
aku: a ah..
haqi: amboi sedapnya.....
aku: bawu taw kan saya dlu camtu la...
aku&dia: sebab sayyyyangggggg.............terpaksalaaaaaaaaaa...






Wednesday, July 18, 2012

alahai kerja

sebelum tuan punya broadband ni balik kanmpung  rasanya nak menghupdate lor sebarang dua entry..aku suka je menulis, tapi sebab selalu tulis separuh jalan dah malas nak sambung so pelik lah pulak nak publish..tulis blog ni bukan nak suh orang baca pun..tapi tak pe ada 1 orang setia yang mahu baca cerita aku..oh alhamdullih,,ada gak orang yang tertunggu-tunggu stoli aku..holloh..hollohh..

 semenjak..dua menjak ni or lebih tepat agi bila menghampiri bulan ramadhan ni aku kat ofis dah tak banyak kerja..job kurang so kurang lew report..so kurang lew ot..oh no, nati raya nak pakai duit maa...tapi xleh nak fikir duit sangat, nati gilaaa..kita beraya secara sedarhana jew tapi biar bahagia,..

biasa lah kerja kerani..kerani jew ok..tak menda sangat nak cerita..tak macam orang len yang berstoli-moli fasal work diarang yang superbb, jumpa client,meeting dah macam menteri..tapi aku just duk ofis, memyediakan report elektrical after job finished by our engineer..tu jew keje ak..tapi jangan pandang remeh hokey..reprt ni bukan senang nak buat..bergantung pada sikap eng tu..lau note diarg cantekk memang bahgia la hidup..lau tak rasa nak pergi jadi skolah tadika nak ajar diarag cara-cara menulis..kalah tulisan doktor hokey..tulisan haqi lagikk cantekk..tak fasal2 kan tetiba haqi..uiiihhhh

harta company...ofis ko ada?semua staff dapt lappy, x men dah desktop tu..class ko jah..
yang best kat ofis ni semua oarang dapat laptop..buat keje pun jadi senag..lau tak faham, xreti ke nak buat something..bawa jew lappy ko tu pegi dkt orang yg pandai..senang and cepat...then dah confirm kerja boleh bawa balik lappy ni, tapi bukan sesaja la, if ada kerja nak buat la..dikira ot k..ot dirumah ..seronok kan..boleh mandi dlu,makan,goyang2 kai, tido kejap then bangun balik smabung buat keje..oh orang bujang macam aku ni leh la buat..tapi yang dah kawen pun apa salahnya..kena pandai2 bahagikan masa lew...kan ada laki sentap...jenuhhhhh!

ni bawu sket....boleh byanagkan tak if its be triplr...muntahhhh

kekadang smpai rasa nak pitam asyikk duk menghadap report..time skarang leh la lagi nak menghupdate status fb ke, google jap ke, youtube sekala-kala...bila dah lepas raya, job dah menimbun...amekkk kau..semua tu dah tak men...sebab tu skrg aku gigih menghupdate blog, kot2 next . next nt dah tak de masa..cheh macam lew da orang nak baca kan..

kerja. kerja gak..kesihatan kena lah jaga..itulah nasihat haqi kita..very super duper kind, supportive bf gitu..jangan xda masa utk kita lak..lol ke situ lak dia..sekarang kena lah double kerja, nati cane nak bayar segala hutang..kete la,ptptn la,sewa umah la, prepaid la, tak termasuk dgn bajet nak berjalan-jalan agi..oh kalau lah daun boleh jadi duit..tetiba* sudah pasti dunia ni mempunyai batang pokok jew..then semua orang akan sibukk duk tanam pokok..bukan tunggu buahnya tapi tunggu daunnya gugur...kehkehkeh..

kena la kerja bersungguh-sungguh..
bukan untuk duit semata...
tapi untuk menilai tahap kebolehan dan keupayaan diri kita...
today must be better than yesterday..

yoooooo...kerja...kerja...bagai nak gila...tak juga kaya...
bersyukur apa adanya...


.

Tuesday, July 17, 2012

do the best...

entry ni khusus utk haqi kita..besok dia ada exam..tian this week tak de masa nak dating..windu katanya..wekkkk*kena gler2 study..oh tapi aku tak caya la haqi ni study gler2 but i believe he stdy smart..sbb sibokkk macam mane pun, penat mcm mana pun..byk keje macam mana pun dia mesti akan men bola..bola bola bola..nyampah seh! suh datang jumpa aku pun dah jatuh no.2..tak pe la dah memang hobi dia even kaki dah terhinjut-hinjut still nak men lagi..padahal dr dah warning jgn men bola dulu..degil.degil.degil..

besok exam,lusa pun exam tapi tulat dah janji dating hokeyyy...hahha..harap dia dapat buat yang terbaik, dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan..semoga berjaya ye bro..

ya allah..
iringilah hidup mohd baihaqi dgn kejayaan..amin..


Saturday, July 14, 2012

kaki tangan lebam..


sejak dua minggu ni tangan and kaki aku rasa malas jew nak gerak..oh kita bukan lew malas tapi kita sakit..jalan terkangkang-kangkang, tangan dah macam robot..dah tak macam selalu yang lembut dan ayu..*puiii* penyakit ape nie..bila lihat kaki jew rasa tak sanggup, lebam......

alooooo kecoh jew kan nak cite yang lebam sana sini..cite kat haqi dia buat2 dengar jew..dia cakap aku lembik, malas nak senam..helooo cik abang..hari2 kita exercise lew..turun naik tangga tu exercise lew..pastu sekali dia cakap...lau cam tu saya exercise gak la..turun naik tangga kolej, tangga hospital, tangga wad..jalan pegi kelas lagi..bla.bla.. okey sudah..pasni dah tak nak cite lagi kat dia..(+ +)

sekarang company selalu organize men badminton..xde la selalu..bawu 2 minggu start..every friday after work kitaorang pegi la men..barang free jangan tak pegi..al-maklum lah bujang agi leh lah nak berseronok terlompat-lompat tunjuk skill smash kan..padahaltakpandaimen..
diorang ni teror men..tak caya try la..hihi

akak fiza lagi sporting..siap bawa gegirl and boboy dia lagi..

siti men lagi teror, aku nyerahhhhhhhhh...

ye ye je kan...padahal men tak sampai sejam....

best ofismate kitew...hajar..
minggu ni men tak macam minggu lepas..mengah sebab bantai bihun goreng tepi jalan..haha..sempat agi, dah perut lapar..dalam hati cakap tak pe jap ag men badminton, padahal nak pengsan aku bila men dalam keadaan kenyang...lau haqi taw dia mesti membebel sambil geleng kepala..aku tak nak dengar ceramah kesihatan diaaa...

sebab tak larat sangat kitaorang balik awal..7.30 dah blah..sepatutnya 8.30 habis..tapi aku nyerahhh...kita bagi pada orang-orang yang power jew men..orang men cam cikaiii jew ni leh balik awal...hahah..

malam ni tido sambil urut kaki...sobs.sob.sob..

Tuesday, July 10, 2012

Gulai ayam apakah ini?

After sabtu, ahad la kan…apasal sekarang aku suka kira hari..gamaknya tak ada kerja nak buat..padahal kain dalam bakul lum sentuh ag tu..oh ahad yang ku tunggu..setelah sabtu yang full ku lewati..cheh gitu..
Sabtu kan pegi pasaraya OTAK..eh silap OTK la..hikhik..haqi kita beli ayam..banyakkkk..pastu kita jelling-jeling la..tayammmmm…dah lama kan tayam tak masak utk kitew..dah kempunan nak makan lew..alamak terover sudah..mungkin haqi kita tak sanggup nak tengok muka aku yang tak comel ni terus dia cakap..ok esok tayam masak..hooreeyyy…masak apa?
Ahad menjelma..laparnya..oh tak pa hari ni ada chef nak masak..kak aku Tanya nak makan tak selember je tak layan..mentang2 dah ada hero Malaya nak masak buat derkkk je kan..ye la selalu gaduh sapa yang nak kena masuk dapur..tapi gaduh ngan aku macam tak ada perasaan lew..aku ni perut leh tahan 3 hari taw tak makan nasik..boleh masuk book of record gitu..so leh bajet kan sape yang akan masuk dapur selalu..tapi bila aku rajin masuk dapur usah di tegur bang, nah siap! Nasik ayam spesel gua..tak pun tomyam terbaik..itu jew gua pandai..hikhik..
Seperti dijanji aku dah tak sabar nak merasa masakan cik abang ni..dia cakap nak masak gulai kuning ayam..ok terkesimasekejap* aku pun tak reti nak mengulai ni..*sedih* bawa kete sambil nyanyi lalala..lala..hati riang jew kan..macam puteri yang ditatang gitu rasa perasaan ini..hah puitis nak pitam..
Sampai upm terus pegi bukit expo..tempat selalu kitaorang picnic. Tempat ni best,nyaman..datang sini selalu teringat zaman study..dah setahun berlalu tapi masih setia berkunjung di sini..ye la dah mataq air kat sini..hihi..perut pun dah lapar..tak sabar nak rasa gulai kuning ayam hasil tangan jejaka pujaan nieee…bila jew buka aku termenung sekejap..*gulaikuningapakahini?
NYUMMMYYYY...
Kan dah cakap haqi kita tak tahu nama bab2 masak ni..dia just rajin bab2 masak..tapi bab kenal barg dapur, nama masakan, nama perencah dia fail..ops bukan dia je tapi lebih tepat KAMI..huhuhu..punya excited nak makan gulai kuning sekali yang muncul tada…kari ayam…telan la jugak in fact aku tak bape buleh makan kari..nati penin kepala..pelik or ngada2 aku pun tak tahu..
Tapi..
Sedop gak…hikhi
Tak berani nak makan banyak. Sebab nati nak balik drive sendiri..tak pa janji dapat rasa gak haqi kita masak..siap goring papadom and telur agi..di sertai dengan air jus mangga..gedabak besar botol air sampai nak minum kena sorang tolong pegang kat bawah botol…hihi

Berselera abang kitew makan....dap ek bang..

Suadah makan , ala bese la..
Snap picture lew..dengan baju bawu and sandal bawu..haha
Baju bawu ni , sandal bawu ni..sajanakmenunjuk..
bergaya abang kitew..

motif seluk poket???


motif besarkan gambar...hikhik..naktunjukbajubawu*


kental and omeiiii....

time ni hujan dah turun rintik2..tetiba teringat tak ada picture snap berdua agg...So sembelum balik...

dia abang..saya baby adik..hihi





Monday, July 9, 2012

sabtu yang full

yeyeyy...sabtu..apakah?sabtu la..sabtu kan cuti..holiday bro..duk umah lepak la, goyang kaki, goyang badan sambil goyang mata la bro..so apakah kejadah nak cite fasal hari sbtu..*takdeapa2sebenarnya*

so sabtu..orang lain leh enak dibuai mimpi gua dah bangun awal pagi..kenapakah?
tapi gua baran pagi ni sebab ada bro tu gua call berpuluh kali dia xdengar..gamaknya tido nyenyak dibuai mimpi bertemu puteri salju agaknya..huhu..ops silap bro gua cakap dia tengah basuh baju..gua lupa lak schedule dia..saturday monim dia basuh baju upanya..hihi..sori yeeee bro..hihi..jgnmarahtawnatikenajual*

10.30am kitaorang ada appointment nak servis kete kat perodua..ngam2 sampai 10.30 kitaorang terus la register..cheh macm la nak masuk competition padahal nak servis kete je pun..*pedulikapaaku* sepatutnya dah buat appointment kitaorang xpayah la nak tunggu lama2 kan..ni tak dekat kol 11am bawu panggil name, give key and ckp suh duduk tunggu..okey tunggu.....!!tapi yang xbest nya ada je bro ni duk tiup angin kat telinga kita..dia cakap apa taw..

bro: buat appointment macam xbuat appointment..baik walk in jew..
kita: tundukmalutahanmajuk

 

tak pe lah dah nak kena tunggu gak terpaksa la lagikpun kitaorang tak bawa kete lagi satu..nak tak nak melanggut la kat perodua servis ni..bro kita dah banyak ngomel sbb kena tungga 1jm30min..dia kelapran..tian taw..taw..taw..
muka tak puas hati..hihikhik

 agak2 bowin duk dalam..dia ajak keluar cari makn..so punya la hebattt we all jalan kaki lew cari kedai makan..tapi jalan punya jauh last2 duduk berbincang..

bro: em macam tak berbaloi je kita jalan.
kita: nape lak *buat2tanya*
bro: jauh lagi ni nak sampai kedai makan tu..kita patah balik la..lagipun panas.
kita: yela tayam...panas..
bro: jom jalan patah balik..
kita: kerjasia2..penat dapat lapar bertambah-tambah

so patah balik and just wait dalam perodua servis centre je..sambil layan cite masterchef selebriti..duk gelak2 jew sambil usha2 jam..bila la nak pukol 12.30 ni..

akhirnya..12.45 siap le kete kita..
melayang rm148.95 sen..first servis..

ingatkan boleh balik, tapi ada satu lagi destinasi nak kena pegi...pegi jusco maaaa...ambil jam..punya la lama tunggu jam ni siap..akhirnya siap gak..
 tapi kan...
ada budak tu...
beli.........
akhirnya...beli jugak....

yes...dapat gak paksa bro ni beli sandal..apakah? yela ni dah kali ke 3 gua teman dia cari sandal..ada yang berkenan tapi saiz tak da..da lak yang mahal gaban..xsuka pattern la..seksi la..cik abang oiii  kaki pun seksi gak keiii......at last gua dah nekad dah hari ni dia kena gak beli sandal..alang-alang berpeluh biar sampai basah beb..

k penat sudah..dah leh balik..kaki mau patah jalan ni beb..duit melayang pun bnayak...dah le rembat dua bijik handphone hari ni...tapi tak apa berbaloi walaupun kitaorang sendiri tak tahu nak buat pa dengan henphone tu...oh buat perhiasan gamaknya..*lagakorangkayapadahalpoketkering*

ingat kan dah leh balik..rupanya tidak..ada lagi detinasi yang bro kita nk pegi...pegi pasaraya OTK..ONG TAI KENG la bukan OTAK..HAHHA...pegi beli barang rumah..al maklumlah bro kita ni dah rajin masak sekarang...oh..gua memang tak suka pegi pasar..gua ikut je kaki bro kita ni..tapi gua suka le bro kita memang pandai la bab pasar-pasar ni..cuma bro kita tak tahu nama sayur or perencah..tanya gua..gaduh la jawabnya..masing-masing duakalilima..at last cari sampai jumpa and sapa betul gelakbesar2 la beb..ada ke bunga gantang dia cakap bunga kuntum..memmang le tak jumpa kan..hikhik

pilih bang jgn xpilih..bawang ada,gula ada,minyak ada...hihi

so kesimpulannya..
sabtu yang sangat memenatkan..
tapi enjoy..
settle semua dalam kol 6pm..
sampai rumah terus nampak katil..........sambil goyang kaki..taip msg..
 
tayan..kita nak qadak tido..

tak tersend kerana empunya diri dah terlentok tido kepenatan......hahah..



Thursday, July 5, 2012

riadah di hujung minggu

jom ramai2 kita pegi swimmmming..yes..!dah lama dah plan nak mandi manda sambil telan air..bukan ak tapi cik abang ensem kita le, abe haqi kita ok..dio xpandai berannag, tak macam aku yang pandai berenang ala kuak lentang, rama2 ...hihijangan marah ye bang..ahakz..

orang cakap berenang ni adalah satu diet yang sangat baik utk diamalkan..apa tak nya semua anggota badan kita berkerja..serious beb penat gua main renanng2 ni..mana penatnya lagi nka ajar si budak tuhhhh ag...hihi..macam la aku ni pro sangat kan..ishhh..pro tak pro gua pandai berenang sejak gua tadika agi hokey..satu pencapaian yang membanggakan hokey...of kos la kena pandai beb eumah aku kat belakang umah tu sunagai beb..tak pandai berenang mana leh geng..orang len main dalam air, baling-balaing lumpur..tak kan aku nak men lumpur atas darat..seklai kena baling terus melekat kat dahi..orang len leh la jugak mengelak selam2 dulu..

tapi kat kolumpur ni mane da sungai yang leh aku terjun ala2 tarzan tuu..kat  kl ni kitew ada swimming pool hokey..so gian sgt nak mandi kan, kitarang plan la pegi swimming pool kat pullman putrajaya..lagipun kat sini pool dia besaq sket..ade la asik berlaga kepala jew bila berenang ..al maklum la ada budak tu menyelam terapung..aku pun heren..hikhik..*pandangsebelahsambiljeling*

kitarong berani men sampai 1.5m jew..nak pegi yg 2m rasa goyang lak..huhu
after swimm...masih xbuang entrance ticket kat tgn..sajowww nak eksyen..haha..

muka kepenatan..tambah ngan lapar...

we are same taste..same hobbiew..same tak pandai swimm

...........
 ...................................................................................................................................................................
tak pew kiataorang xkisah...jelingatas..
 so lau ada sesapa yang berminat nak amalkan diet macam kitaorang...pegi lah berkunjung ke swimming pool perbadanan putrajaya...masuk kena bayar hokeyyy...rm 2 jew..pasti anda akan dapat body yang selim melim and taf macam cik abang kitew...piuiiipiupiu...so lau ada sesapa yang nak book aku nak ajak pg mana2 ke ptg sabtu area kol 5-7pm..maaf le gua dah ada job lain da...gua dah plan dgn abe haqi kita utk amlkan senaman ni every week...tak tahu la jd tak sbb minggu ni pun aku dah berkira-kira nak pg tempat lain...mata aku nampak sogo..ada sale...blink*

mesti juga akan ada orang ckp betul ke kitaorang pegi swimm ni kan sbb tak ada pict kami berenang pun...gua buat2 lupa nak amik pict sbb haqi kita ckp kita macam ...pe..gu..in..bila pakai swimming suit..kuang ajow kan..bila siap mandi, tukar baju bawu dia teringat siap frust ag sbb xsempat nak amik gambar dia yang taf tuhhh...aku gelak dalam hati..siap cakap..opss lupa la tayammm...padahal ingat sgt...tu la sapa suh gelakkan aku kan...kan dah melepas nak tayang body model tuhhhh....hahah

tapi at least we enjoy that time..kalau dulu kiatarong suka melepak tempat yang berduit...tapi skrg kitarng dah tkr style..suka pegi tmpat yang tak kena kuarkan duit sambil dapat menimba pengalaman yang berfaedah disitu..gitu la...

ok cik abang...
next week..
kita pegi muzium ekkkkk
bayar masuk kan rm2 jew..

tp degil gak..dia ckp nak pegi aquaria klcc nun..
dah la ckp nak pegi 27/07/12 ni..
taw sgt..
nak suh aku belanja la tuhhhh....
tak pe gua klaim lepas kawin...kihkih...
dia tak taw aku kumpul segala mak nenek resit aku beli....
hahhaa..
lepas kawin ....jutawannnnnn....
amin...

dah merapu banyak  ni.. stop lu la...mau makannnnnn...........see ualls next story..

lots of muahsss

Sunday, July 1, 2012

di khianati..apa rasanya

haloo..monim..monim ek? opss dah nak naik tinggi dah sun..tp still in around monim k..so good monim everyone..

sebelum pegi mandi rasa nak hupdate sat..wekk..hupdate dlu bawu g mand kan..maklum la skrg dah ader broadband..tp broadband pinjam je..hihi,,

pernah tak rasa mcmne rasa diri dikhinati..apa rasa ek?rasanya semua org pernh feel kan..skitnya..smpai rasa nak pangggg je kan..yeke stakat nak pangg je...rasa nak gedebukkkk bagai lunyai jew kan..

rasa memng tak boleh nak simpan, kadang-kadang terluah dengan cara yang sangat tak senonoh..dikhinati ibarat satu kepercayaan yang tidak dihargai..setelah segala amanah di beri begitu mudah di khinati..oh sgt tak boleh dipercayai..

bukan hanya pada kepercayaan sahaja tapi juga pada perhubungan..rasa dikhinati pada kesetiaan perhubnagan juga mampu mengundang seribu kekesalan dan kesakitan..al maklum la bercinta bagai nak lama at last one of the gender* betul ek statement aku* goes to the....curang! at least do in proper way la..macam lagu kak melah tu...jika benar kau mencintai dia..putuskan aku dengan baik caranya...hihii

dalam dunia pekerjaan juga lagi la..masing-masing berlumba nak kerja pangkat, pujian dan peningkatan..semua tu tak salah pun..lau dah memang layak, yes u deserve to..but if not, just think the money u get it's halal or not..truely sgt susah nak mencari rezeki yang halal..y? yela lau fikir dtg keje tak ke kita duk bersembang?tak de mengumpat?tak de mengular?tak de mengoogle yang lain dr kerja?konfemmmmm ade kan..mcm dah lari tajuk entry..k go back to entry..kalau apa yang sepatutnya orang lain berhak dapat, kita juga berhak dapat tapi biarlah dengan cara yang sebetulnya hokeyyyy...

sahabat tak kan berubah walaupun musim terus berubah..konfem yg ni ramai yang rasa kan..dula kamceng tapi hari ni jumpa pun tak nak pandang..nak tunjuk bahawasa nya dah tak boleh tgk muka dia kan..macam-macam la dalm dunia bersahabatan ni..nak hurai banyak2 gua rasa dah malas dah..

tapi..
semua rasa tu hanya tuhan je yang tahu..
kalau kita buat orang..
mungkin orng tu tak balas...
tapi allah ada..

kalau buat silap...
minta la maap sebelum terlambat..

dikhianati..
maknanya teraniya...

mengkhinati...
satu dosa



tp..doa orang yang di khinati akan dimakbul allah..


k..bai..