Sunday, June 30, 2013

Bedak Tate by D.E.A (Danish Emphire Association) / Bedak Tanaka Ori Dari Nyamar


Rahsia Kulit Cantik Halus Nora Danish Sekeluarga!! Mereka nak kongsi dengan kita semua apa rahsia mereka!!

MEMPERKENALKAN::
Bedak Tate by D.E.A (Danish Emphire Association)



Diperbuat daripada kayu tanaka yg sangat berkesan untuk:
- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation

Bedak ni bau lemon..sejuk je rase bile pakai..kalo cuci muka rase licin je pastu..daki2 pun blh tanggal time kita gosok nk cuci muka..mmg best!! Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk.


Cara Guna:
Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tate rata2 ke muka guna tangan atau span muka.

Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak tate dgn air dan sapu kan ke muka. Lps 30 min boleh cuci atau nk pakai sepanjang mlm pun blh...blh cakap2 time sapu..muka x kedut mcm pakai masker..Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya.

Sesuai untuk lelaki dan wanita...dewasa dan kanak-kanak.







Kandungan : 40gram setiap bekas

**************************************
BEDAK Tanaka Ori dari Nyamar

sebelum ini aku just jual bedak tate by D.E.A kan, tapi sekarang since supplier cakap nak tunggu yang label dari D.E.A ni lambat so supplier ambil direct dari nyamnar..actly bedak ni sama sahaja cuma label je berlainan..ia adalah benda yang sama, fungsi yang sama, kandungan yang sama dan khasiat yang sama..so tak nak pening2 lagi yea..

ni label bedak tanaka ori dari nyamnar..
Kandungan : 40gram setiap bekas



BERMINAT UTK BEDAK Ni BOLEH TERUS ORDER :

Harga
Buy 1 : RM30
Buy 3 : RM80
(FREE POSLAJU SEMENANJUNG)

Contact :
ainseti@yahoo.com
SMS 0192488395

Friday, June 28, 2013

♥♥ VERY HOT SELLING ♥♥ Shiseido Mask

cecepat pegi tgk cermin..perhatikan wajah anda...perhattikan lama pada bahgin hidung...cuba sentuh dgn tgn..ada minyak? nampak blackhead? muka kusam? nampak tak bermaya?
jgn risau semua...

aku ada penyelesaiannya..

 CUBALAH Shiseido Mask!!

Shiseido Mask ni seperti masker wajah yang tak mahal and mampu untuk dimiliki oleh semua orang..nak compare kalau beli mask kat guardian or watson lagi mahal uolls..

berfungsi untuk:-
membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati,
menghilangkan blackheads dan whiteheads, 
mengecilkan pori-pori, 
memutihkan dan mencerahkan kulit muka dan 
juga bertindak mengawal lebihan minyak.

ada 3 jenis :-
Shiseido Naturgo Orange Cream Mask
Shiseido Peel-off White Mask
Shiseido Peel-off Black Mask
  
Shiseido Peel-off Black Mask
Shiseido Naturgo Orange Cream Mask

Shiseido Peel-off White Mask



Cara Pemakaian:
Oleskan secara merata ke bahagian muka yang diinginkan, jauhkan bahagian kening dan kawasan sekitar mata dan bibir. Biarkan selama 25-30 minit (sampai masker betul-betul kering). Tarik perlahan-lahan.

 .

mencanak-canak blackhead kuar...wekkk.


shisiedo mask ni boleh digunakan 2-3 kali seminggu jika dipakai kat seluruh wajah untuk setiap satu pek, tapi kalau guna area hidung je boleh pakai hingga 3-4 kali and boleh simpan bakinya dalam bekas yang tertutup and next pakai lagi..jimatkan..

jadi apa lagi boleh lah say bye2 pada blackhead, kulit kusam and oily face.....
sapa yag interested nak cuba boleh sms utk order..0192488395

harga:
1pcs=RM2
5pcs=RM10
20 above =RM1.50/pcs
add postage RM6

buka untuk borong..
50pcs = RM60
100pcs=RM100
free postage..

Minimun order adalah 5pcs (berbaloi lah nak pos kan..hihi) 
semua boleh campur..:-) nak jimat korang pakat ramai2 and order..share postage..
nak senang korang msg camni
"nak order shisiedo 2putih, 2hitam and 6oren"
aku akan reply total harga and postage skali..
semua ready stok :-)

.. 

Thursday, June 20, 2013

rezeki bulan june # cek dari globaltestmarket sudah sampai.....alhamdullilah

alhamdullillah...
hari ni aku nak share dengan reader fasal satu online survey yang mendatangkan satu pulangan yang lumayan buat kita semua..benda nya tak susah pun..korang just register then complete the profile korang and survey akan dihantar ke email korang..

actuallay aku join benda ni since last year...aku sendiri tak yakin pada mulanya dengan benda ni semua..tapi since aku dah pun dapat cek pertama dari global test market ni so y not aku share dengan korang kan...marketpoint yang kita dapat bergantung pada survey yang kita dapat..paling banyak yang aku pernah dapat 60 point..tapi total point yang kita leh tukarkan ke tunai adalah 1000market point..aku tebus market point hujung bulan 4 hari tu, cek ni sampai dalam masa 4-6 minggu...1000 market point tu aku dapat dalam RM146.28 (boleh lihat cek dibawah)..berbaloi lah kan...benda ni tak susah mana pun..tinggal kita rajin nak jawab je survey yang dihantar tu...


yang paling best tu kalau kita disaring keluar dari survey tu sekalipun kita still akan dapat marketpoint..kira macam dorang bagi kita saguhati lah sebab dah put some effort nak jawab survey kan...dan kebanyakkan survey yang aku jawab pun banyak gak yang disaring keluar tapi sebab dia bagi point jugak so bila dikumpul lama-lama cukup lah jugak point aku...hihihi...

so sesapa yang rasa berminat nak join tu boleh lah daftar kat sini >>> DAFTAR

kalau nak tanya apa2, aku leh tolong apa yang daku tahu...hihi..
percaya lah senang aje survey nya...boleh jawab dalam bahasa melayu jugak....

eh aku tak tahu nak merepek apa lagi...harap korang faham lah yer...



Saturday, June 15, 2013

happy birthday adik kesayangan...


adik aqin,
selamat hari lahir yang ke 15..
dah besar dah adik..
dulu kecik-kecik adik ni baik sgt cuma degil sket je..
tapi adik masih budak yang mendengar kata...

bagi kakak adik tak banyak ragam..adik suka buat hal sendiri..tak banyak kerenah, tak banyak meminta..apa yang ada guna, apa yang org bagi ambil walaupun kadang-kadang adik ada jugak cerewet...tapi akak tahu adik tak suka nak susahkan orang..walaupun kadang kakak tahu adik nak something, tapi adik selalu cakap "xpe la kak"..adik sangat memahami..sebab tu kakak tak kisah kalau nak belikan adik something yang mahal time akak mampu even kakak sendiri tak beli untuk diri sendiri..sebab adik jarang minta...

pernah akak belikan adik hp...adik suka sangat..tapi ayah tak bagi..ayah takut adik lalai..tengok cam adik sedih..tapi adik dengar cakap ayah..kakak simpan balik hp tu..adik tak marah walaupun adik nampak sedih..ayah juga tak bagi adik pg skol dgn moto..adik dengar juga...walaupun semua org sebaya adik dah boleh bawa moto sendiri ke skol..tapi adik baik, dengar cakap ayah..kakak respect adik sangat...tima kasih adik sebab dengar cakap ayah....semua ayah buat itu untuk kebaikan adik dan sayangkan adik...

adik sangat tabah..kakak tahu adik sangat tabah..sebab kakak jarang dengar adik mengadu..kakak bangga adik mampu sabar..kakak bangga sebab walaupun kita susah adik tak pernah nak mengeluh..kakak harap sifat adik ni berkekalan..semoga allah berikan adik hikmah yang paling besar dan bermakna dalam hidup adik...

hari ni hari lahir adik..
kakak belum dapat beli adik apa-apa lagi..
maaf ye dik..
kakak selalu berdoa pada allah supaya melindungi adik..beri adik kegembiraan, kebahagiaan dan kelapangan hati dan rezeki..jadi anak soleh ye dik...
walaupun kita jarang berjumpa, duduk jauh-jauh tapi kakak tak pernah lupa adik...
permata hati arwah ma yang dititipkan..
mungkin tak sebaik arwah ma jaga adik...malah sangat banyak jurang dan bezanya...
tapi kakak cuba yang terbaik untuk adik...
dimana jua adik berada doa kakak sentiasa mengiringi perjuangan adik...

selamat hari lahir dik!
love you so much..

*taipentrysambilnangis*rinduadik#

Wednesday, June 12, 2013

kena keje dlm terpaksa dah ni..hihi

taip entry ni sambil ketuk-ketuk keyboard...tahukah semua aku masih lagi kat ofis ni..hoiiii aku tak ada lah rajin sangat sampai nak tunggu kat ofis ni..tapi kena tahan sebab bos suh tunggu and rehat dulu..adoi aku malas dah ni..boleh kah kita sambung discussion nya esok wahai bos ku?

aku dah la nak tengok papa ehsan i kawin malam ni...alololo...ok ini memang tak klakar pun..alahai bos cepat lah..kang aku balik dulu kang..

ish..tsk tsk.tsk..APTB

Monday, June 10, 2013

roda

nak merepek apa tak tahu la...duk dalam bilik sorang2...hari ni cuti..demam plus sakit perut..dr bagi MC suh rehat..secara fizikal nya memang pun aku duk rehat pun tapi fikiran aku tak pernah nak rest..kepala otak ni fikir macam-macam..sememangnya semua ni lagi penat dari aku terlantar kesakitan...huh! ujian allah..kadang-kadang dia berikan kita kelapangan tapi kadang-kadang dia beri kita kegelisahan..mungkin kita banyak dosa...baru kita rajin berdoa minta dengan DIA...mungkin selama ni kita hanya tahu sebut nama "dia" berbanding DIA...sekarang allah berikan kita peringatan di atas segala kealphaan kita tu..

sungguh memang terasa hidup ini bagai kan roda...ketika berada dia atas terlalu ramai yang menyanjung...ketika menyembah bumi siapa yang sudi menghulur tangan..semua dah pergi dengan alasan yang bermacam..mungkin juga ini ujian dari allah..atau hikmah untuk aku menilai siapa kawan sebenar...tak apa redha..inshallah allah tak pernah biarkan hambanya sendirian...

kalau dulu terlalu banyak harapan dan impian dibina...mungkin hari ni semua tu dah roboh satu persatu...mungkin binaan tak kuat..mungkin juga tiada yang sudi menahan ombak badai..mungkin juga hanya satu tangan menahan duri rintangan...jadi tak mengapalah kita bina impian baru kembali..mungkin juga yang dulu tak sekukuh mana..mungkin dulu hanya janji semata...kali ni kita berusaha kembali....

sebenarnya ujian ni buat kita tersedar dari lamunan yang panjang...tak semestinya hari kita sentiasa panas ke petang..kadang hujan di tengah hari..kalau bernasib baik allah kurniakan pelangi...tapi jika tidak sekalipun allah tetap sayang...

mungkin disebalik yang terjadi bukan dari kesalahan kita...mungkin juga tiada yang akan faham kenapa ia terjadi..mungkin juga tiada yang akan mengerti di dalam hati itu kekosangan apa yang tersimpan...tidak mengapa lah..

kadang-kadang keletihan itu membuat kita menyerah...air mata itu membuat kita pasrah...
dan diharap keletihan itu mampu membuat kita tidur dan melupakan segala yang berlaku hari ini...
apabila buka mata semoga yang berlaku hari ni adlah mimpi...


Sunday, June 9, 2013

bila rindu dia..
menangis..
tapi bukan dia peduli pun..
bukan dia tahu pun..
bukan dia nak tanya pun..

dia cuma ada masa 24 jam
masa yang tak pernah cukup..
masa yang terisi dengan penuh aktiviti..
masa yang hanya untuk segala hal dia..

bila rindu dia...
dia bukan boleh datang pun..
bukan faham pun..
sebab dia banyak kerja..
sebab masa dia tak pernah cukup..

bila perlu dia..
sebut nama dia..
dia tak dengar pun..
sebab dia sibuk...
sebab dia tiada masa...

bila hari istimewa muncul...
mahu dia jadi yng terpenting..
tapi dia bukan ada masa pun..
sebab masa dia hanya untuk kerja dia..
dia tiada masa...

bila rindu dia..
tiada kata-kata nak di luah..
dan...
bila kah masa yang sesuai yang dia ada?
bilakah masa nya cukup?

satu saat..
satu minit..
satu jam...
satu hari..
satu tahun..

bila?