Sunday, November 16, 2014

drama mummy queen

sejak mengandung ni perangai mummy ni lain macam taw..
ada kala mummy ni sensitip terlebih,  adakala mummy ignore everything
kadang papa nak main hp tepi pun tak boleh yeah..
mummy stress tgk lampu tel papa..
hahha..
padahal dulu mummy suka tido dlm cerah..
sekarang mummy dah boleh tido tutup lampu dah..
pelik kang..

paling ketara rasanya mummy terlebih manja kot..
skit-skit ek ek ek..
tapi dengan papa aje ler..
sejak dulu papa ni macam kawan mummy la..
segala hal mummy akan cerita dekat dia la..
hal kerja, hal personal, semua la..
tapi papa ni walaupun dia syg ittew dia bukan la jenis akan sokong mummy semua benda..
dia ada bangkang ada setuju la jugak..
mummy dengan papa ni dua kerakter berbeza..
mummy suka luahkan, papa pulak suka pendam..
tapi dah lama kenal papa, mummy dah tahu nak figure out papa punya peel pun..
tapi papa punya peel lagi saiko nak..
mummy kena pujuk baru dia cerita..
hahhaha gitu..nanti handsome boy (papa bg gelaran) kuar jgn majuk macam papa taw..
nanti mummy buat derrr jewww...phewww..

mummy selalu la kan kalau penat kerja balik rumah nak cari papa je la..
sebelum papa balik mummy dah text papa dah..
kahkahakah..
selalu la cakap ...
"papa...mummy kan tak kacau orang, nape orang nak kacau mummy"
"papa..mummy kan tak minta orang suka mummy, nape nak benci2 mummy?"
"papa...mummy kan tak kisah orang tu nak buat ape, nape nak kisah hidup mummy?"
hahhahahhahah...gitu la..
papa dengo je la..
kadang tu dah penat sgt selalu jugak minta dengan papa nk benti kijo je..
kahkahkah..
papa nk bagi  modal niaga, mati kutu lak nak niaga ape..
tak pe pa, mummy tgh bt proposal ni...nnti mummy show my plan..
inshaallah perancangan dah ado..tunggu masa je..

cakap bab masa lak..
selalu jugak bebel tanya papa..
"papa...bila la masa nya yg sesuai utk mummy blah dari kerja ni?
"papa..bila la masanya untuk mummy run bisnes sendiri?
"papa..bila la masanya kita nak balik duk kg?
hahahhahah...papa tertido..
mummy byk sgt persoalan..
tapi papa ckp persoalan mummy lucu...
huhuuhuuhhu..

mummy memang degil..
tak kisah sangat fsl orang lain, sampai papa tanya mummy tak kuar jumpa kwn2 ke..
hahhahaha..mummy ok je..
cuma mummy sunyi kalau papa tak ada..
mummy kan suka kawan dengan papa..
papa terima mummy seadanya..
sebab tu mummy pun sanggup susah payah dengan papa..
biarlah orang nak cakap eleh..laki ko memang la ko akan tolong..
no..no..no..he is more than husband..
dia lah sahabat saya, yg selama ini saya tak pernah declare siapa sahabat saya..
dan alhamdulillah jugak allah jadikan dia suami saya..:-)
papa...jadi lah sahabat mummy and bakal anak ini selamanya..
jangan tinggalkan kami bila papa sudah kaya raya..
jangan tikam kami..jangan pernah buang kami..hukhuk..
tegurlah kami andai kami bersalah..
ajarlah kami andai kami tidak tahu.
ingatkan kami andai kami lupa..
bimbing la kami bersama ke jalan allah yang kekal abadi..


masa yang sesuai bila mana allah mengkehendaki ia terjadi..
tidak ada terlewat mahupun terawal.
itu lah masa yg tepat..kerana allah lebih mengetahui bila masa yang sesuai..

bye :-)
mummy yg manja 

Friday, November 7, 2014

kehidupan

hidup ini ada pasang surut dia..
adakala kita senang adakala kita susah.
adakala kita boleh pendam je masalah sorang2..adakala nak kena meluah jugak..
dalam hidup ni duit memang diperlukan..
tak pandai manage binasa la..
tapi kebahagiaan hidup bukan terletak pada nilai wang je semata-mata
masa, kasih sayang, perhatian, family..

tak semua orang boleh berkongsi masalah dengan kita
boleh nak pendam sendiri tapi pastikan kita mencari penyelesaian
jangan sampai terdesak baru berusaha.
keadaan seperti itu hanya akan memenatkan dan menyusahkan banyak individu
bukan pada diri sendiri sahaja

hidup biar tahu kemampuan dan future kemampaun
belajar merancang untuk masa depan depan itu perlu
hidup sendiri bagaimana
hidup berpasangan macam mana
hidup berkeluarga macam mana
semua ada cabaran
jangan nak sambil lewa dan pentingkan diri sendiri

komitment jangan sampai menyusahkan orang
ada kemampuan buat
tak ada usaha sampai berkemapuan
bukan mencari orang untuk memback up
sepanjang aku hidup pun nak beli apa-apa aku usaha sendiri
kehidupan waktu kecik yang susah tak sesenang mana mengajar aku banyak hal
yang mana kau hidup untuk survive
bukan untuk meinta-minta orang lain mencukupkan keperluan bagi kau

zaman sekarang rm50 boleh beli apa je
tak macam dulu
tak kira la duduk kat kg ke mana
bagi aku sama je la
selagi pandai memanfaat rm50 tu kau pasti mampu bertahan
tapi kalau tak pandai memang kau tak nampak la nilainya kat situ

mungkin cara kita berbeza
tapi aku suka dengan cara aku
yang paling penting aku tak menyusahkan orang
tak kacau hidup orang
dan yang penting bahagia aku bukan pada permintaan orang lain
tapi atas permintaan aku.
yang aku usahakan

masalah kalau kau lari memang akan sentiasa mengejar kau
tiada jalan melainkan kau menghadapinya


Tuesday, October 28, 2014

diary mengandung : checkup 20 weeks

alhamdulillah..
budak tecik dalam perut dh makin membesar dan aktif..
its already 21 weeks dear..
mummy kira macam tak sampai lagi 20 weeks.
tak pe kita ikut perkiraan dr.

rutin check up mummy dah ke hospital putrajaya
setelah operation buang cyst hari tu mummy dah makin sihat..
syukur sangat..selera makan pun menjadi jadi
muntah pun sekali sekala aje..tpi mmg jarang sangat dah la

hari ni check up untuk follow up operation hari tu
plus papa nak buat detail scan..
yeheeee boleh tahu jantina kamu nak..
mummy confident je nak beli barang-barang gegerl
hehehe..

alhamdulillah la sepanjang check up kat hospital putrajaya mummy selesa skit
tak perlu nak tunggu lama-lama sangat
kalau check up kk tu ada satu hari tu siap nangis dah mummy sbb letioh nau menunggu nya..
nasib la papa selalu ada teman..hehe
of course la mummy dh lama tak bawa kete jauh-jauh ni..
pergi kerja balik kerja je berani..

so tadi buat ujian MGTT gak (minum air gula)
ni papa buat kat rumah je sebab mummy nak bt cecepat nnt mummy boleh mkn cepat
maklum lah mummy sekarang kan asyik lapo je..
so papa dah siap-siap bawak balik perkakas nya nak buat ujian MGTT
pukul 7 papa kejut ambil darah and then minum air gula.
erkkkk memang nak muntah..tapi ok la dari dulu..
buat kat rumah boleh la mummy sambung tido balik sebab next 2 hour baru boleh makan and ambil darah sekali..
kol 9.30 tu dah siap-siap nak g hospital mummy dah boleh mkn..
hahhaha sukeeeee sebab kali ni berjaya melepasi ujian MGTT..
hehehe..good job son! eh

sampai hospital, rutin biasa la kena check bp, berat urine semua tu..
alhamdulillah jugak staff nurse tgk papa bagi mummy guna kemudahan toilet staf
syukur la lagipun mummy mmg nak terkencing sgt dah time tu..
hahhaha..
everything ok, berat pun dah naik..syukur sangat..so mummy sekarang 47.7kg..
no worry lagi la fasal berat..
calculate berat kamu pun papa estimate dalam 300-400g baru
alololo nanti mummy akan berikan kamu cukup makan yer..
plus papa memang jaga kita baik sekali nak :-)
mummy sekarang kan asyik sakit pinggang je..
tetiap malam papa urut kita..
papa memang awesome sgt nak..

lepas tu papa minta specialist untuk buat detail scan..
berdebar-debar gak la kan..
nasib dr tak sibuk sangat boleh la kami kenal kamu dengan dekat :-)
dr hamidah tunjuk dekat mummy everyting tentang kamu..
best sangat perasaan tu nak..
kamu siap men give me 5 lagi dengan papa..
so sweet..:-)
the moment dr tunjuk kamu kepalkan jari and dr said we wait until he give me 5 or say bye2 tu
mummy tertunggu-tunggu
then bila kamu give papa 5 beberapa kali rasa so legaa sgt..
pandai kamu nak geng dengan papa yerrr..
dr tunjuk organ2 lain jugak..
so far alhamdulillah and we pray the best for u son..

mummy and papa tak sabar menunggu kehadiran kamu
pengikat kasih sayang kami..
semoga terus membesar dan selesa dalam penjagaan kami
mummy and papa try our best only for you..
nanti dah jadi geng papa ler..
jangan lupa mummy taw..

bye2..


mummy to be

Sunday, October 12, 2014

diari mengandung # alahan :-(

hellooo...assalamulaikum..
lama tak bersiaran kan..haha..janji nak update macam-macam story tapi harammmmmm tak hupdate jugak..haha..tapi tak ada yang kisah pun kan..al maklum lah daku blogger sambilan yang sendu..
it's ok.. daku masih disini menjalani hidup sebagai mummy to be :-)

alhamdulillah..rezeki allah..
it's almost 4 month alredy..
pahit maung, suka duka alahan telah dilalui dgn jayanya..
walaupun berkali-kali admitted..trauma..
ulang alik hospital belum cite lagi kan..
semua tu aku terima sebagai bahagian ujian yang allah tetapkan buatku..
alhamdulillah suami sangat supportive..parents yang caring..and ramai insan yang mengambil berat..

awal pregnent time check upt tu time bulan puasa..
tgk result upt 2 line tersengih la tunjuk dekat hubby..
syukur sangat time tu..rasa macam allah berikan hadiah yang sangat bernilai buatku sempena aidilfitri tahun ni..so tahun ni puasa kena ganti only 2 day ajee..sebab muntah teruk..
patutlah time tu badan rasa letih sokmo..penin-penin..rupanya ada sikecil tomey mummy rupanya..

waktu pergi scan dekat private clinic time tu 7 weeks..
alahan baru start la..
penin-penin nak pitam tu biasa ar..
muntah pada awalnya biasa-biasa saja..rs loya then muntah air...
masuk minggu ke minggu..alahan makin teruk..
satu hari tu 7-8 kali nak berlari ke toilet..
kadang-kadang tak tido seharian..tido tepi toilet je..senang..
hubby memang selalu bagi support la..kadang-kadang tu menangis atas riba hubby..
lepas solat jemaah dengan hubby tu selalu la menitik-nitik air mata sebab kadang memang tak larat nya sangat...solat kadang tertahan-tahan nak termuntah..huhuhu..manja sangat mummy ni...
tapi setiap kali tu la hubby banyak sangat bagi kata-kata semngat...
tq papa...hanya allah mampu membalasnya..

satu malam tu hubby oncall..
setiap kali oncall perit nya bertambah-tambah la rasa..sebab nak makan kena masak sendiri..
selalu kalau hubby ada dia yang yang masak..
bau orang masak pun dah nak loya..
at that time nak makan nasik memang susah sikit nak telan..
nasik dia lambat hadam..so makanan tu akan keluar balik sebijik sebijik..
letih and peritnya hanya allah saja la yang tahu..
selalu motivated diri cakap yang i can do it..
and that night pkol 11.30 camtu aku muntah tak henti-henti..
sampai lembik..hubby plak oncall..nak pitam memamng tak yah cakap la..
rasa sesak nafas semua ada la..
terus je capai hp..call hubby..nasib dia terus pick up..
cakap le memang tak larat giler...
10 minit hubby balik..ingatkan dia boleh cuti ke ada orang ganti..
sekali dia cakap jom pegi hospital..kena masuk air ni..
dah memang dry giler dah ni..
pergi la dalam terpaksa..
aku tak suka pergi hospital....nak-nak kena admit pulak..
tapi pasrah je dari jelepek sorang kat rumah ni..
demi baby dalam perut ni aku sanggup hadapi segala dugaan ni..

sampai spital, scan baby..dr cakap jantung baby dah ada..
alhamdulillah nak..progress yang baik..
janji anak sihat and aktif mummy sakit tak ape..
tapi tu pun mummy bersalah sangat rasa sebab takut anak tak cukup makan..
as aspected, masuk ward la mummy ni..
kena cucuk amik darah bagai...semua papa yang buat..lega sikit la..
masuk air ler sebab tak de apa dah makanan dalam perut kan..
sebab papa masih on duty makan mummy stay sorg je la..
hukhuk..dalam pkol 2 lebih pagi nurse datang cucuk ubat hape tah..
ya allah ubat tu buat mummy rimas yang amat..
berpeluh-peluh..sakit lak tu time masuk ubat tu..lebam kejap tangan mummy..
nasib lepas tu papa dah tak busy..datang teman mummy..tak jadi nak nagis..
tapi tu la badan mummy jadi panas tetiba..berpeluh-peluh..kejap nak bangun kejap nak tido..
papa cakap ubat tahan muntah..mummy iye kan je..
letih sangat..papa bentang selimut tido kat bawah..
mummy ajak tido sekatil papa cakap kesian mummy nanti sempit..
lagipun kali ni masuk ward sebilik sorang jadi ruang luas so papa ok je tido bawah..
tapi sedih la tgk papa kat bawah kan..tapi bila fikir mummy yang kejap bangun kejap duduk kejap gerak kesian jugak..kang papa baru je nak tido terjaga..so mummy pegang-pegang tangan papa dr atas je la..then tertido sedar-sedar nurse dtg nak ambil bp and cucuk ubat..
hadoiii rasa nak lari je...
hambikkk kau lepas cucuk ubat memang muntah la..
kesian papa tak nyenyak tido..
dah la oncall..
sorry pa, mummy tak sengaja..

esoknya mummy mintak balik..
tak boleh balik lagi..
tapi merayu-rayu dekat papa..lagipun papa cuti poscall and off esoknya..
last-last papa akur..lagipun duk spital berkurung je..
bosan..kesian papa nak rest dengan selesa pun susah..
baik balik..
nasib yg on duty hari tu kawan papa je..
so dia bagi balik, tapi continue masuk air dekat rumah la..
mummy ok je..asalkan boleh balik..
hahha so rumah dah macam hospital...
janji sihat..

dr diagonosed mummy hypermesis gravidium..
iaitu alahan teruk..macam-macam faktor..
mummy terima je..dr cakap inshaallah kalau mummy ok pas 3 month nnt mummy will be normal balik..
so time tu bermula kehidupan mummy yg agak haru sikit..
emosi ta stabil..
muntah berlarutan..
kalau papa bukan dr mesti mummy asyik keluar masuk hospital..
harapkan papa boleh masuk kan air kat rumah mummy rasa lega sikit..
kerja pun kadang 3 kali seminggu je pergi..
mummy redha je time tu..
kadang mummy tgk orang lain preggy boleh makan macam-macam mummy jeles jugak..
mummy papa masak macam-macam..makan sikit pun keluar balik..
muntah malam paling teruk..
esok sebelum pergi kerja papa drif masuk air..
kalau sempat papa masuk air malam2 lagi..
so esoknya dapat la mummy pergi kerja..
dekat ofis pun mummy duk muntah...
mummy memang serahkan nasib mummy pada allah..

akhirnya mummy lalui semua tu hari demi hari..
at 12 week mummy pergi scan..
dr detect cyst pulak..
actly dr first scan lagi tapi dr observe je dlu..
tapi dr tak mahu ambil risiki, so mummy kne refer ke hospital jugak..
papa pandang mummy, bagi mummy semangat..
mummy terima je asalkan kamu sihat nak..
so bermula plak rutin mummy nak menghadapi ujian ni plak..

nanti la next entry aku share pengalaman aku admitted untuk operatiaon buang cyst ovari..
malam ni cukup sini dulu la..
mummy kena rehat dah..
hehehe.

pengalaman ni akan aku simpan sebagai satu memori indah buat aku..
aku akan merindui saat-saat ni..
papa u r awesome..
pengorbanan syg tak kan mampu ditandingi..
wanita di luar sana yang dah bergelar ibu..aku mengagumi kalian..
serius kalian memang hebat dan kuat..
inshaallh sama-sama kita berdoa semoga kita menjadi ibu yang terbaik buat amanah yang allah titipkan buat kita ni..
anugerah terindah buatku..

jumpa lagi.


-mummy to be -



Friday, July 11, 2014

belajar masak-masak

sebagai seorang isteri yang memikirkan perut suami dan mahu memikat hati suami maka tuan puteri telah bersusah payah belajar memasak sesuatu diluar jangkaan
*tetiba ayat skema*

hari ni tuan puteri nak share pengalaman memasak lasagna..
nak share resipi tak berani sebab aku buat men campak..tak ikut sukatan pun..
main hagak-hagak..jewww...macam teror kan..
actually terjadinya nak buat ni sebab sudah terbeli kulit lasagna tu dekat giant..harga dalam 5.90 kot
tapi waktu beli ingatkan lasagna instant..sekali kauuuuuu kulitnya ajo..
hahaha tergelak laki bini punya lah nk keje senang kan..sekali kau hambek kena buat sendiri rupenya...
*gelakkandirisendiri*

rupanya-rupanya nak buat lasagna ni mak ko banyak nya bahan-bahan nya..
nagis kejap tengok resipi..tapi bila dah buat ghupernya tak de lah payos mana pun..
sap sap soiiii je..*konpidennakmuntah*

so google punya google, maka tuan puteri pun list la bahan-bahan yang nak kena beli..
berpeluh-peluh kat hero supermaarket mencari keju cheddar..
rasa nak tempik hoiiiiiiiii mana ko keju?
wakakakka...
so dah beli barang2 semua ingat balik terus nak buat...
aku benda baru first time buat tak konpiden nak buat sorang2...
tunggu punya tunggu haqi free sampai tertangguh seminggu...
 so nak dijadikan cerita, satu malam tu haqi cakap nak tengok world cup..
so plan nak buat malam tu lah..boleh makan untuk sahur..
sekali kauuuuuuuu mamat ni tido tak bangun...hangin je aku..
aku lak menghadap lasagna ni sorang-sorang...

sorang pun sorang lah..
janji kena buat jugak..
aku dah nak makan sgt...

so meh la aku cite serba sedikit resipi aku..
tapi korang aku men hentam je ni..
men agak2 je dia punya acuan sebab yang aku google tu untuk makan 5 orang..
ni aku buat untuk makan 2 orang

nak buat benda ni dia ada 3 main acuan..
1- inti daging
2- sos putih
3- kepingan lasangna n topping

so bahan2 dia adalah seperti dibawah..


kepingan lasagna - sos prego - keju cheddar- buttercup -susu segar - bawang besar & putih-daging cincang -cheese paramesen & cream - perasa secukupnya

first kita buat inti daging dia dulu ek..
caranya senang je..macam masak kuah spagetti *padahal buat spaggeti pun tak pernah*
potong bawang besar and putih ikut suka aku..potong dadu or nak tumbuk pun suko hati hang..
tumis bawang tu, masok kan daging cincang pastu masuk kan sos prego..ada orang beli sos tomato pure, tapi aku xnak masam sangat..
since sos spaggeti prego ni tak receh sangat meh kita guna ni..masukkan sos temato sikit, garam secukup rsa, nak pedas sikit aku letak serbuk lada hitam..
done!



next buat sos putih dia lak..
ni senang je..masukakn susu segar, ni pun aku agak-agak je..pastu masok kan keju cheddar separuh, and buttercup separuh..boil sampai semua tu sekata...


next step sediakan kepingan lasagna..
macam aku cakap aku beli kepingan lasagna yg instant yer..
buat sendiri aku tak tahu..kepingan tu xyah buat ape-ape..just celur2 je dengan air panas..
celur satu-satu yer..kalau letak sekali nanti dia lembik and melekat nanti..

so prepare la bekas...
disyorkan guna loyang yang empat segi..sebab kulit lasangna kan empat segi..
aku tak de loyang tu so hentam je guna yang bulat..
tapi jadi tak cantik sebab kuah dia meleleh ke tempat yang ada ruang tu kan..
so inti daging dah siap, sos putih dah siap, kepingan lasagna dah celur..
so jom kita buat layer nya..
mihmihmih..

letak butter skit dekat loyang and letak kan lapisan inti daging dulu first..
kalau letak kulit lasagna dia akan melekat kat loyang nnanti susah nak potong..
pastu sos putih, and lasagna..and repeat la step ni sampai habis semua bahan2 kau..
step dia :-
inti daging ---> sos putih ---> kepingan lasagna

so aku dapat buat 3 layer sebab inti daging cukup utk 3 layer je..
tapi sos putih aku terlebih banyak...hahah
dah siap buat layer tu tekan2 skit bagi mampat..
pastu atas sekali baru letak cheese paramesen tu..
aku beli yang petak tu tapi aku cincang sendiri..
yang dah siap cincang tu mahal kebonor...sikit lak tu...

make sure oven dah panas yer..
then sumbat le dalam oven selama 30-45 minit, suhu 180 degree celcious. guna api atas bawah
pandai-pandai la adjust..

dah 10 minit bakar, bau semerbak besttttt...
baru haqi bangun...hamboiiiii pandai dia..
bola pun dah half main...sengih2 kuar..
bau dia buat aku tak sabar-sabar nak telan habaq hang...
macam bau pizza pun ada.....




30 minit berlalu........




















tada!!!
ini lah hasilnya..
separuh dah masok perut haqi..
sedap dia cakap walaupun lembik skit..
kembang hidung jap
so hari tu sahur makan ni je..
nak lagi trill letak cream cheese atas tu...
aku rasa klau pegi timbang naik berkilo-kilo.....
hahahah


itu lah saja cerita masak-memasak tuan puteri...
nanti boleh la cuba..
wakakakkak...

ada masa kita buat lagi..
inshaallalh..
diakhiri dengan gambar taun belog..

Monday, June 23, 2014

sebelum memori lost!

apa nak jadik dah kan..semakin hari semakin malas nak hupdate..sampaikan lupa nak update celebrate birthday sendiri..hukhuk..nasib somi tercinta tak ngaju..sebab dia lah sponsor terbesar sewaktu birthday iolss..sebelum lupa mari lah kita lakarkan sejarah kenangan sambut birthday as a wife..
wehuuuu sebagai seorang isteri..best wo dah kahwin ni..
anje2 dengan hubby..kohkohokh..

tapi kan ingat kan ada la party suprise ala-ala lomantik dari husband saat menunggu detik kol 12 kan..
sekali husben kena keje..oncall lak tuh...how dare u hubby...kahkahkah..
tapi kan..so touch la bila dia wish besday kat FB..
call pun tak uolls..ni pun curi masa taip msg kat kita..panjang gitu...

wish from hubby
as usual hubby kalau wish ape-ape je dia akan mention satu ayat yang weolls ni mula relationship dari tak ada ape2..slowly usaha and now dua-dua dah keje..ada income sendiri..nak cakap gaji besor tu tak lah..tapi cukup lah kan..weolls ni suka berangan, so bila impian dah tercapai rasa mcm nak ngs gitu..banyak lagi impian yang nak kena realisaikan..so keep it up..

nasib besday jatuh hari weekend, kalau tak ada yang ambil AL sebab nak manjakan diri sempena hari tua kan...wakaka..so pepagi hubby balik tu, dio rest dulu..gua tak de kejam nak suh dia terus nyanyi kat aku kan..kita bagi dia segar dulu..baru kita minta macam-macam..hahha..
and aku adalah pompuan yang sedarhana..
hubby 3 hari 3 malam  cari tempat nak holiday, iolss hanya suka melepak dekat rumah je..
actly plan dah kebabom nak ke PD sekali aku rasa malas..hahha
jenis aku ni kalau nak ajak pegi baik jgn bagitahu, nnt buat spoil je..
baik dia terus book, ajak and terus gerak..tapi jenis haqi lak dia tak leh buat desicion sendiri..nak jugak aku pilih..bila aku tahu aku lak suka spend the money untuk hal2 rumah...and finally duit tu spend untuk beli maknan penuh peti ais..memang gila punya shopping..makanan adalah kegembiraan aku saat itu..tak tahu lah nape..kahkah..

tapi tak kuar jln2 mcm tak best lak kan..
so meh la kita pergi ke IOI Mall...
birthday girls nak makan Seoul Garden..
nyummmyyy...makan sampai muntah..hahahha

ada monopod, meh la selfie dlm kete..dalm kete je la konfiden..
luar i is pemalu..phewwww..
muka bulat setaman :-p


 lepas kenyang tu meh la kita pergi nonton
cite spiderman..yg kejap-kejap kiss..
oh my..muak aku tengok..
dah lama tak tengok wayang sampai aku tak reti nak tengok cane..acane tu..
nasib beli popcorn, ada lah kerja aku nak buat kan..wakakkak..
 sebelum nonton tu weolls shopping serba sedikit..kahkha..
patutnya birthday girl je yg sopim nye..tapi haqi tumpang sekaki..
nak jugak dia tuuu...


habis cite di hari pertama...hahhaha..syarat besday girls must celebrate 3 hari 3 malam kata kauuuuuu,,,
so esoknya, pakai baju baru tuhhhhh..haqi belanja kata kauuuuuu..
sebab tak jadi holiday kan, i ajak haqi pergi sopim brg rumah...hahahha.
besday girls request nak makanan jeee....
geleng-geleng kepala somi kitew...


 betapa gembira hati besday girl sebab boleh beli makanan ape jeeeeee..


hari ketiga besday girl request hubby masak kat rumah..wah wah memang diva gitu..hahah
ala simple request je..sebab mmg tiap2 weekend weolss masak sesama..
brg dpur dah penuh, rasa bahagia gile memasak nya..
tak hagakk-hagak kauuuu...
hahhaha...

besday girl tak suka kek, so tak yah ada kek pun tak pe..
sepotong pun tak kisah, tak de ku kisah kalau tk dpt sebiji pun..
coz i know hubby u love me..
chewahhhhh konpiden je kan..


begitu lah sambutan besday kita ritu..
hari ni adalah hari ke 3 bulan perkahwinan iolss..
next month hubby punya besday..
tapi dalam bulan posa, ke dah raya time tu ek..
 tak pe kita celebrate awal sket ek yang..
makan2 dekat hotel ok x yang?
atau kedai lip lap lip lap...
muahahahha..

pada sesapae yang wish kita kat FB, msg, PM kita, email kita..i really appriaciate..
semoga korang pun bahagia dan gembira selalu..
:-)


besday girl bulan lepas ,
PN Ainrisya.
eh!

 p/s: hubby, taun depan buat la suprise letak pandora seketul ke...hahaha..hney ok je...:-p

Sunday, June 15, 2014

custemer always right?

sengaja aku letak tajuk dengan tanda tanya..
ikut kebiasaan memang gitu la kita sebut..
tapi kalau dah jadi peniaga, guna ayat tu hanya nak bash pembeli jadahnya kan..
aku pun peniaga jugak, walaupun hanya part time..
deal dengan orang jugak..tapi tak de lah nak sound2 orang ni..
cakap custemer always right kan..
so nape nak melenting kan..

pleas la peniaga tak kira jual barang ke, jual service ke, buat ape je la..
kalau berjanji tu tepati la janji anda..
buat kerja biar jujur..
bukan kejar untung dan nama semata mata
aku paling pantang kalau berurusan dengan orang yang tak tepati masa
banyak aku belajar dari pengalaman deal dengan orang time uruskan hal perjahwinan aku baru-baru ni
memang banyak dugaan nya
tapi aku sebab tak nak family susah hati..act cool je la
most of orang yang aku deal ni banyak buat masalah sampai aku malas nak marah2
sampai orang boleh tanya aku..kau kenapa dah senyap gitu?tak boleh marah ke orang tu?buat keje macam @#%$#^%&
tapi letih.
time tu aku just fikir tak pe la kau jawab la dalam kubur nanti..

memang jenis aku, sesiapa yang nak deal dengan aku mungkin akan rasa aku too careful
of course la aku melabur bukan utk 100 ringgit kot
1k-3k kot..
pastu kau main2 kan..
depend la kalau kita ni sebagai peniaga nak buat endah tak endah
orang lain pun ada kerja jugak..
jangan sebab pembeli bertanya itu ini dah mula nak melenting
sorry la aku memang jenis macam ni..
kalau janji nak bagi hari ni, tak dapat info aku perlukan kau explaination..
why?
just explain je, aku okey je..
ni janji nak call hari ni la, tapi senyap je..
nak pos minggu ni, tapi tak pos pun..
bila tanya baru nak bagitahu..
pastu explain macam custemer yang tak faham prosedur..
yang aneh explain panjang leber term and condition..
at the end tak tepati jugek..
hahhahahha...
so k la aku msg orang tak de nak gaduh2 la..
tapi sebagai peniaga kita jangan nak selalu salahkan pengguna or pembeli je..

dari pengalaman aku berniaga la..
aku pun ada kala macam leka jugak..
kadang-kadang penat..sebab aku still kerja kan..
dulu aku berniaga aku buat c.o.d..
balik kerja aku hantar barang kat custemer..
sebab aku kerja aku perlukan custemer yang boleh tepati masa..
kalau janji nak datang collect barang kol sekian sekian sila lah tepati..
kalau tak sempat or ada hal urgent tolang lah bagitahu...
memang tak dinafikan agak penat lah sebab most of custemer jarang yang betul2 tepati masa..
at the end aku stop buat c.o.d sebab aku rasa too tired and aku tak nak beri service yang ala kadar..
aku takot aku tak boleh bagi komitment...so aku just ambil order yang custemer sanggup terima order by pos..
yang tak percaya aku tak ada push pun..up to u la kan..
aku just try bg service yang terbaik je...
aku just follow term and condition yang aku buat je..
kalau da masalah aku explain..kalau barang tu supplier yg handle aku bagitahu..
masing-masing punya strategi la kan..tapi tolang as peniaga tolong jangan buat mudah je..

konsep aku...tiga kali bertanya..kalau tak ada feedback baru aku berbunyik..
ask why so difficult to deal?
and for 3 time u ignore, i ask why u dah melenting..
hahhaha aku dah OMG how i can deal with u?
normally aku xde balas dgn msg yang melenting or mrh2 balik..
aku just akan bertanya kenapa nak marah aku bertanya status progress job?
lambat laun yang terasa akan rasa malu la..
and after that yang say sorry tu aku appriaciate..
yg still sombong tu NO MORE DEAL WITH U!!!
and walaupun hasil yang diberi tittop, aku rasa cukup lah sekali aku guna khidmat tu..
peniaga kena faham yang custemer bukan sekadar nak hasil tiptop tapi custemer juga perlukan kerjasama dari kita juga..
jangan beri alasan kita sibuk, alasan masalah family, ape2 je la..
komitment perlu ada..kita dibayar..bukan buat kerja free..

apa yang dah jadi tu aku malas nak comment..
orang yang buat pun tak de minta feedback..
ok ke x hasilnya..puas hati ke tak?
senyap macam tu je...
so k la kalau begini cara anda bekerja..
semoga anda berjaya and lebih berkomitment di masa hadapan..

custemer always right!
so fullfill custemer right.
and follow ur term and condition.
thanks.


Friday, May 23, 2014

jom borak

actly aku tak leh tido..
puas la duk pusing sana pusing sini..
huhu..nak kejutkan husben macam kesian lak..
husben jenis kalau lepak ats katil cepat nau tertido..
hmmm faktor kerja kot, tak cukup rest kot..
aku lak suka nau bercerita sebelum tido..
kadang tu kawan kat sebelah dah tertido aku duk pot pet pot pet g..
aku masih dalam situasi menyesuaikan diri lagi..
nak adjust time tido..
aku dah macam kelawar..malam susah nak tido..
siang hari nak tido lak..
malam2 la aku rasa nak basuh baju la, nak lipat baju la..
jangan tak tahu kalau haqi oncall, aku actly tido kol 2 or 4 pagi..
kekadang tu tak tido pun...huhuhu..
kalau dia tanya aku cakap la tido kol 12...
ampun suami...huhu...
tabiat aku jugak tido tak leh tutup lampu..
kalau tutup ah sudahh..mmg tak tido la..
aku tak leh gelap..kena ada cahaya gak..
lagi gelap lagi lah aku tak tido...

aku dah tak tahu nak buat ape ni.
tgk tv dah, layari tenet dah..
huwarghhhhhhh...bosan nya...
eh korang aku nak tanya ni?
pernah tak rsa kau nak tegur seseorang, tapi tak tahu nak tegur cane..
tak macam ni..kau dah tegur dia..dia faham..anguk-anguk..
tapi still jugak buat benda sama..
macam mana ek?
kalau tak tegur benda tu dah macam makin hari makin masalah..
kalau tegur tapi tak de dia nak buat lak..

aku ni kadang-kadang ada satu perasaan macam..
ah malas la nak cakap dengan orang ni..
malas la nak ambil tahu everything fasal dia tuh..
sometimes ada jugak orang tegur aku macam sombong..
tapi aku rasa macam malas nak layan..
kadang tu aku ada juga perasaan jenis redha terlampau..
macam kau buat la ape kat aku..aku macam arghh sukahati kau la..
macam kau nak letak aku kat bawah ke, kat atas ke..
kau nak suruh aku buat ape ke, aku terima je..
tapi ada jugak jenis aku bila ak tak nak sampai ke sudah aku tak buat..
kau suruh la macam mana pun aku ttp dengan pendirian aku.
aku pun tak tahu aku nak cite ape sebenarnya..hahha..

perasaan ni macam-macam dah rasa..
harap-harap feeling ni tak la berlarutan..
susah lak nak adjust time tido ni..
dah la kerja makin menimbun..
bosan.

minggu depan nak balik kg..
emmm tak sabarnyaa...

korang.
doakan adik aku cepat sembuh..
hari ni warded sebab kencing manis and darah tinggi
sudden..
sedih giler aku..
mungkin ni jugak penyebab aku tak leh tido..
terlalu fikir dan terlalu risau..
aku rasa jam-jam ni jugak nak balik..rasa nak balik sangat-sangat...
harap-harap dia tabah mengharungi ujian ni..
semoga allah sentiasa melindungi dirimu adikku..


Tuesday, May 20, 2014

dating with hubby

weekend lepas, dah plan nak baking dengan hubby..alololo konon masing-masing nak tunjuk terer..
aku kalau bab dapur baik tak yah nak tunjuk terer sangat..
walaupun orang cakap sedap sekalipun masakan aku, tetap aku rasa ianya hanya lah biasa-biasa je..pun begitu ianya satu kebanggaan buat hamba..

meh la kita story, semalam kakak aku cakap nak datang..so meh la laki bini kita buat kek..
barang dah ada..mixer pun dah sampai..homei lak tu...
pink kaler gitu...asal pink je aku rembat..bab warna aku memang tak de nak keliru sangat..
pink la pujaan hati hamba..

okeh plan nak buat cheese kek..dah beli dah tepung segera dia tu..tapi lupa lak beli susu segar tu..
so cancel..meh la kita buat kek coklat..
sekarang senang kan, dah ada tepung kek yang dah siap2 tu..
ko just tambah2 je..
ada yang senang so tak yah la nak susah-susah pergi beli satu-satu bahan..
nak menyukat pun dah satu hal..lagipun lagi jimat..

hari tu pergi beli kek beli 3 jenis tepung segera kek..
tak mahal pun kek coklat baru 5.90 utk sukatan 500g..
dapur kau pun tak kecah dengan tepung nak mengayak nya lagi..
semua dah complete, tinggal kau nak masuk kan majerin and telur je..


resepi dia of course senang giler..
>>>tepung coklat (yang segera) ko campur 100ml air and 4 biji telur..
>>>pastu ko pukul la dengan mixer baru kita homei tuuu..
>>pukul sampai kembang baru ko masukkan 220g mentega..
pastu putar lagi sampai la dia kembang and betul2 sebati..
masuk kan dalam loyang, make sure loyang yang sesuai and besar sikit...loyang aku ni kecik, dah masak jadik kembang sampai melimpah hoi...



panaskan oven 175-180 degree celcius
bako la dalam 45-90 minit kalau tak silap..hahahhha
done and siap..sap sap soii

tadaaaaa....


kat atas jadik rangup and macam hangit skit sebab loyang kecik kan..dah terkeluar-keluar..
tapi masak and moist je..
sedap giler...siyes tak tipu..
dua-dua duk gelak je bila tengah hasil ni..pastu teringat mak saudara aku da bagi hadiah tempat letak kek ni kan..meh la kita guna..feeling gitu...
next dah janji dengan hubby nak bt cheese kek dia lak..
aku tak bape gemar sangat...tapi tak pe kita layan kan je...
tapi nak kena beli loyang baru ni...
hahhahaha...

itulah saja cerita kita di hujung minggu..
memang laki bini suka melepak di rumah sajo..
plan honeymoon pun dah bape puluh kali tangguh pun..
sampai aku pun dah tak kisah...
hahhahah...

setiap kali hubby oncall, mesti dia akan msg ckp weekend kita pergi jalan-jalan la..pergi bercuti la..tapi hakikatnya sampai ke loni plan nya dah berkali-kali..sampainya tidokk...idok la hamba merasa terkilan sangat, sebab hamba pun suka melepak dirumah sajaa..duduk gaya mem besar..wakakakaka..
tak kisah lah somi janji bagi cukup makan and pakai..tapi tak kan setahun sekali tak bawak pergi honeymoon kan..itu melampau...
suami..tima kasih sudi berbaking dengan tuan puteri..
hikhokhikhok....


Thursday, May 8, 2014

nasik goreng daging :-P

ni cite minggu lepas, setelah berpantng selama seminggu, maka kita cuba-cuba makan makanan yang enak sikit..boleh je kan..dr izinkan..hahha..

hari tu haqi ada beli daging, sebab aku cakap dah bosan asyik bakar ikan kering je kan..pastu dia beli ayam..pastu aku cakap bosan la..lastly bakar daging..haha..alahai so sweet my hubby..boleh dikatakn aku cepat sihat ni sebab haqi la..mmg sangat prihatin and motivater gituu,,
i really lap u syg..hahha

so satu petang tu rasa dah gagah sikit, terfikir nak masak la untuk haqi..haha
fikir punya fikir meh la kita masak nasik goreng..
alololo google je la resipinya..
tapi kita bt cara kita la..

meh la che ta nk bagi resipi..cewahhh tak pernah2 nak bagi resipi, kau masak pun baru suam2 kuku..
hahah ada aku kisah..janji perut kenyang..

1
1) blend kan 2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, 3 lada kering, cili sikit.
2) potong daging kecil-kecil dan sedikit sayur..
3) panaskan minyak
4)tumiskan bahan2 blend sampai naik bau. letak air sedikt, then masuk kan daging
5) lepas daging dah empuk, masuk kan secukup rasa, then pecahkan telur..kacau bagi telur hancur..
6) masukan nasik uolsss..
kacau bagi sebatiiiiiii...then sip soi soii...siapppp..
hahhahahahahh

untuk lagi best, taburkan ikan bilis kecil...
steps by steps uollsss
 pastu minggu lepas pergi ikea..mmg plan nak lunch sana..
so ni lah menu yang sgt berlemak kitaorang makan..tapi iolss hanya makan bubur sajoo..lain2 haqi punya menu..


ikea ni macam berhantu sikit, pg sana robak purse..
macam-macam nak beli..hahhahha..
haqi lagi overrr uolss..ada la dekat kepala dia nak beli or buat something..
minggu sebelum tu misi nak hias wall rumah..
then hasilnya...tadaaaaaa..tak la mahal sgt..cermin tu baru rm49.90..macam-macam ada..
pastu beli frame gmbr besar jugak, tapi tak de gambar lagi nak letak..wedding pict belum dapat lagi...
nanti dah siap kita tayang-tayang lagi ek...phewww..

dan last pergii...budak ni buat hobi baru plakkk...
ni la hobi dia baru tumbuh ni...
nak menanam bunga di rumah apartment...aku pun tak tahu kat mana pokok ni nak menjalar...
tapi bijak gak dia, takot aku perli2 dia beli pokok yang susah mati..
tak siram pun ok...hahhaha..
dan  biasa lah orang masa tak banyak, jadinya kerja menjaga pokok2 dia ni dah pindah tangan kat aku..
pastu kalau orang sound2 mula la buat muka comel dia...
alololo so sweeeeeeeeet la abggggg...
apa lagi kita minta la upahhhhhhh...hahhahahahahha

kita tunggu la, kalau minggu dpn nak g ikea lagi, kita tgk ape lak dia nak beli...
berdebar-debar gua...jangan cakap nak beli aquarium lak...
satu hal lak gua kena cuci nanti...
larikkkkkkkkkk...

walaupun begitu, kadang-kadang itu lah masa yang paling bermakna dalam hidu kita kan...
moment yg paling romantik gitu...
hahhaha...sama-sama siram pokok, sama-sama hias wall, sama-sama masak, semua lah ..
tak hari-hari kita bizi kan..ada masa cuba lah luangkan masa dengan yang tersayang!
tak perlu yang mahal, janji ikhlas..
:-p

Tuesday, May 6, 2014

pengalam 4 hari di ward!

dah lama tak mencoret kisah hidup dekat sini kan..bukan lah sibuk sangat pun..tapi orang cakap nak berehat secukupnya..hehe..cuti sakit 2 minggu ni..dah nak habis pun hari-hari berpantang..khkihkih..eh jangan salah faham..belum berisi lagi..cuma berisi dengan lemak ajee..

emm macam mana nak story yeah..senang cite 2 minggu ni aku dapat cuti sakit sebab baru keluar hospital sebab operate appendix..sakit wooo..nangis kat bahu suami jea :-) nasib dah kahwin kan..ado lah jgek nak ngada2..hahha...tapi ujian ni rasa sedih jugak la..sebab baru kahwin kan..baru plan nak gi honeymoon..tak nak buat macam mana..itu tandanya allah sayangkan aku..diberikan aku rasa sakit ni..baru aku betul-betul mensyukuri nikmat sihat n..serius tak nak masuk hospital dah..scaryyyyyy....

aku sakit start sakit perut 16/4 (rabu)..time tu aku kena ot kat ofis sebab ada report urgent nak kena submit. dia rasa sakit macam ko lambat makan tu..macam sebab angin la..aku buat rileks je la sebab mmg aku dah lewat makan pun time tu..kalau aku makan pun konfem makin sakit..jadi aku tahan je la..selalu kalau sakit macam ni ak kena baring..bagi sendawa or kentut dulu baru boleh makan :-) hehhe..tapi slowly rasa sakit kat dada tu turun ke bahagian perut..tapi belah kanan je..belah kiri ko buat la ape pun tak rasa sakit pun..tapi belah kanan ni kalau ko tekan pun rasa nak nangis jew..tapi aku tak suspect ape sebab time ni aku mmg tengah period, plus aku mmg period pain..tapi musykill jugak sebab period dah nak hbs tapi sakit gak..selalu hari pertama and kedua je..so aku assume aku salah tido..huhu..

tak tahan sangat..aku call suami tercinta a.k.a dokter peribadiku..sambil cakap sambil tahan air mata sebab rasa nafas mmg mencungap sangat..haqi memang dah paksa aku balik dah tapi aku cakap tak leh la nak lepas tangan camtu kan..aku nak siapkan report ni jugak..so haqi cakap terpulang pada aku..lepas habis cakap dengan haqi tetiba aku rasa nak muntah..tapi tak muntah..rasa loya camtu la.sambil jalan sambil pegang perut..serius aku mmg tak tahan giler time tu..lastly aku ambil pain killer...tapi pain killer ni actly utk period pain..memang sentiasa ada dalam laci ofis aku..in case aku sakit time keje kan..so after 10 minutes rasa lega la skit..so aku buat keje macam biasa..sambil berdoa cepat la siap report ni kan..huhu..

serangan kedua datang tak lama lepas tu..allah aku tak tahu nak cakap tapi memang berpeluh jugak la tahan sakit..tapi aku ni jenis kalau sakit senyap tak bunyi suara..aku suka tahan..pejam mata rapat-rapat pastu genggam tangan kuat2..macamtu la aku buat waktu tahan sakit dekat hospital..sebab tu haqi cakap aku macam orang tak sakit..haha.padahal dia tak tahu aku sebenarnya cuba tahan daripada bersuara sebab aku tahu orang lagi tak suka dengar kita mengaduh sakit...so daripada penat mengeluh baik senyap..lagi cepat sembuh :=)

balik malm tu dah dekat kol 11..tapi singgah mamak skjp sebab lapar kan..nak beli lauk..sekali ramai lak dekat mamak..sampai rumah dekat kol 12mlm dah..balik terus makan and tido..sebab sakit perut rasa nak letak bantal golek je kat tengah tkot haqi tido buas kan..hahha..serius takot dio tersentuh..malam tu ya allah punya la susah nak tido..tido kejap, sedar sebab tak selesa nak bernafas..sampai la pagi..sedar2 tu haqi kejut sebab dia nak gi keje..dia tanya aku rasa sakit lagik ke..dia nak cuma sentuh, baru je letak tangan aku dah menjerit...sakittt...

sebab tak tahan sangat tapi 3 hari jugak la duk tahan..haha..jalan pun sampai menyenget ke kanan..last-last aku ajak haqi pergi klinik hari jumaat malam tu..pergi mediviron kat ofis je..lastly setelah Dr examine dia suspect appendix..then dr suh pergi refer hospital untuk operate as soon as possible..sebab takot pecah lagi teruk..then haqi decide untuk operate dekat hospital putrajaya senang dia nak jaga..kebetulan hari sabtu dia cuti..lepas balik dari klinik haqi terus je laju nak gi spital..aku ni eh eh...nape nak gi sekarang..bagi la aku balik bertenang-tenang dulu kan...cuak ni..nak kena masuk hospital...scaryyyyyyyy nya..sambil membebel dia ikut jugak la cakap aku..hahhaa..

balik ambil baju, pack apa yang patut...pastu zasss gerak pergi hospital..haqi macam bad mood jew..hmmmm maybe risau..aku pun rasa xde mood nak cakap..sebab selagi tak konfem apa sebenarnya sakit ini selagi tu la rasa tak tenang..sampai emergency, terus jumpa kawan haqi yang on duty malam tu..tapi malu gak la ramai nya duk kerumum..huhu..first sorang dr scan, tak cakap ape..then lagi sorang dr datang buat scan..actly haqi takot aku pregnant luar rahim sebab simptom tu macam ada..so lepas scan, everything clear, rasa lega la skit sebab tak ade yang serius sangat kan..so higher probability memang appendix..so dr decide untuk operate awal pagi esok..so lets cucuk, untuk masuk kan air..sebab dah kena puasa kan..

perkara yang palin aku takut sekali masuk hospital ni sebab aku takut time doktor nak cucuk..haha..aku dah pesan siap-siap dekat kawan haqi ni nak cucuk bagitahu aku dulu..bagi aku bertenang tennag dulu..haha.dia belum cucuk aku dah start arg arg..tapi suara tahan-tahan je la..sebab aku maluuu..haha..aku jerit sebab sakit wooo dia tampar-tampar tangan aku sebab nak bagi urat timbul..dah la tangan tak de isi sangat..rasa sakit sampai tulang taw...aku dah merah mata dah..jeling-jeling haqi...boleh dia buat derrrrrkkk jew...sengih-sengih lak tu..gerammmmmm..eleh padahal buat-buat cool...

lepas tu dia suh gi kencing..untuk confirmkan yang aku pregnant ke tidak..of course la tak kan..sebab aku kan period..tapi sebab procedure and perlu confirm kan so lets la kita...aku ni sebenarnya malu dengan kawan-kawan dia..jalan macam orang sihat..padahal sakit la ya allah...haqi cakap aku malu tak bertempat..eh eh dia ni..malu la aku, sebab semua kawan dia kan..hahhah..

lepas dapat katil kat emergency, dr masuk kan air, nurse ambil butiran serba sedikit..bagi tag name..aku pun baring je la..tapi baring kejap, pastu bangun..sebab tak selesa..susah nak bernafas..angin dalam badan akan bergerak dari dada turun ke perut..begitu lah rasa dia selang setengah jam..bila rasa sakit dada, aku kena bangun..perit sunggoh..kesian haqi la..kejap angkat aku bangun, kejap baringkan...pastu aku saja je buat lawak sebab aku sebenarnya stress...masing-masing gelak..sebab tak tahu la nak react camne kan..padahal dalam hati aku ni macam-macam la duk rasa...

lepas dah settle semua, nurse tolak masuk ward le..so masuk ward surgical..waaa dah rasa berdebar-debar gitu...otw tu borak-borak la dengan nurse kan..nurse cakap i is ringan sebab tolak tak perlu kuat..i is nak pitam dengar...kak saya ni dah gemuk ni...huhuhu..tapi dalam hati sengih-sengih jugak la...hahahah

setelah tukar baju semua, dah macam duk penjara wei..tapi hospital ni bagi aku macam penjara je...tak leh gerak mana-mana..stres i..around kol 2 haqi nak balik..ye la nak tinggal rumah macam tu macam takot jugak kan..agak-agak aku macam nak tido tu dia pun balik..tapi sempat la hati aku ni nagis...sedih weh..dah la hospital ni macam scaray..bilik aku duduk ni 4 orang sebilik..hospital putrajaya ni hospital first class khas untuk kakitangan kerajaan..anak beranak dia..orang awam pun ada jugak..depends la tapi rege dia mahal skit la...

maka tinggal la dinda tido keseorangan..huhu..sengaja aku tak bagitahu mama ayah sebab tak nak diarang risau kan..lagipun aku rasa aku tak serius sangat...sakali pagi-pagi haqi datang, dia dah call mama bagitahu.mama apa lagi sebak la dia..aku cakap tak payah datang la..aku ok..cewahhh berlagak aku ni..padahal setiap jam duk call haqi..hahha..bosan wei..sian haqi cuti pun tak leh rest...setiap jam jugak la asyik duk minta maaf dengan haqi sebab rasa bersalah dekat dia..huhuhu..sorry sayang..susahkan sayang..sobs.sobs..

daripada pagi sampai ke petang, baru lah ditolak ke operation room..wah berdebar gua..nasib baik ada suami kan..time nurse bagitahu pukul 4 aku kena operate, sempat la aku pergi mandi serba sedikit dulu..pastu haqi sikatkan rambut, tocang kuat-kuat..tukarkan baju nak masuk bilik bedah ni..pastu masing-masing duk relaks sebab tak tahu nak cakap ape kan..haqi bagi kata-kata semangat, doakan untuk aku..

perasaan saat di tolak untuk masuk bilik bedah tu macam-macam rasa..tak tentu rasa..tak henti aku selawat, baca ayat seribu dinar..nervous giler rasa...masuk je, nurse tanya procedure dorang la..

nama puan:
aku:seti nurulain maryam
ni tandantangan siapa?
aku:saya.
tahu tak kita nak operate fasal ape?
aku: tahu, appendix
nurse tanya haqi...so dr, nak cakap ape2 for your wife...
haqi pandang aku, aku pandang dia..biar lah hati kami je berkata-kata..
i know hubby, u love me..
so pray for me..

dalam bilik ni, econ dia mak oiii sejuk giler, menggigil badan aku..
masuk dalam doktor and nurse pasang la segala benda kat badan i ni..seram giler..
tak habis-habis dengan seram ku kan..hahha..
dorang selak-selak, aku tarik-tarik tutup..huhu..malu weh..
pastu dr tunjuk surat kebenaran untuk bius untuk aku tndtgn..lepas tu dia cucuk ubat bius..and aku dah tak sedar ape-ape dah...

2 jam berlalu..
aku rasa macam nyawa di hujung tanduk...bernafas macam tak cukup udara..
kat telinga aku dengar seseorang cakap..
puan batuk je, batuk je..batuk je..
tenang puan..tenang puan...
lepas aku batuk, baru aku rasa lega sikit untuk bernafas..rupa-rupanya operation dah selesai..dorang sedarkan aku, dorang tak tunggu ubat bius habis sendiri..
time sedar tu dua perkataan je keluar kat mulut aku...

suami saya mana.?
sejuk?

nurse datang double kan selimut sebab badan aku menggeletar giler..
bila tahan sejuk, tempat dia belah tu rasa sakit la...sakit sangat..time tu aku masih lagi berpinar-pinar..kejap easa nak tido, kejap rasa nk bangun..aku tahan tak nak tertido sebab nak jumpa haqi..tetiba je rasa ya allah syukur lah aku selamat..

lepas tu baru aku rasa sakitnya tempat dia operate tu..
lastly dr datang cucuk ubat tahan sakit..so sakitnya kurang la sedikit berbanding sebelum tu..
sakit dia cam pedih orang toreh kulit kauuu...gitu la rasa dia..time tu hati aku tak tenang selagi tak leh tengok muka haqi..ya allah tolong cepat nurse panggil husband aku ni..

suami.
suami.
nurse....tolong panggil suami saya..

tu la ayat yang aku duk ulang kat nurse..
nurse datang kat telinga aku, pegang ubun kepala aku..
sabar ye puan, nurse kat ward akan turun ambil you, lepas tu puan dah boleh jumpa suami puan..
sedih nya rasa...tak boleh jumpa suami lagi...
10 minit lepas tu baru nurse datang, then tolak aku keluar..then baru aku jumpa haqi..
ya allah rindu nya dekat suami...
suami datang...

ok tak yang?
sakit....
hausss...

aku pun masih mamai lagi..tak sedar pun ape aku cakap..
sampai dekat ward, nak kena tukar baju lak, macam nak nagis je, sebab nak gerak-gerak badan kan sakit..nasib haqi tolong sekali..kalau tak memang aku nangis kot...huhu..cheh sebelum ni rileks je kan..
lepas tu aku mula la rasa berpusing-pusing, kejap aku terlelap, kejap aku sedar..kejap aku nak makan..kejap aku tido...aku masih mamai..kadang aku cakap-cakap aku tido..huhu..
haqi bagi aku makan..last-last habis semua muntah..bila muntah makin sakit tempat operate tu...huhu..
paling teruk aku muntah malam tu la..makan sikit je, tapi muntah habis semua mknan..muntah sampai keluar air mata..haqi cakap memang ni normal...so aku dengar je la..
sedih bila suami tolong lap air mata, lap muntah...gosok-gosok belakang...
tak terbalas pengorbanan suami.sepatutnya suami boleh berehat kan...
dalam pukul 10 lebih haqi nak balik ambil baju-baju dia, sebab dia nak tido hospital malam tu, lagipun esok dia oncall..plan dia nak cuti, tapi aku rasa ok je dia keje, dia boleh je turun kejap-kejap tengok aku..lagpun duk tercongok pun nnnti bosan jugak dia...

kol 12 malam tu haqi sampai and kitaorang borak-borak...last-last aku tak tersedar pun aku tertido..actly haqi cite aku time tu mamai-mamai je lagi...cakap-cakap tdo..cakap-cakp tido...huhu..pkol 2 lebih aku tersedar..nak kencing..sayu hati aku bila tengik haqi tido kat bawah..ya allah aku rasa sangat bersalah...
haqi suruh aku kencing dalam bekas je..tapi aku segan..berkeras jugak nak bangun..mamai-mamai pun degil gak..hihi...tak habis-habis malu kan...

sebab gagah nak bangun pegi toilet sendiri...last-last tangan tempat cucuk tu jadi bengkak..huhu..
takittt..nak nak bila air macam tak masuk dengan ok...so ada alasan boleh off drip awal..ekeke..seksa aku nak berjalan sorong btol air ni..


ahad tu haqi oncall..aku tersedar awal..kejut haqi bangun untuk mandi dan bekfes...
sian haqi kepenatan...lepas mandi semua, dia dtg jmpe aku..teman aku bekfes..cam biasa la bila je makan je muntah..even secuit je..minum je muntah..muntah sampai kuar air mata..cam biasa la haqi tolang lapkan air mata..sedih...

pastu aku tertido..
sedar-sedar rasa haus, aku minum air epal..nikmatnya
sekali aku nak baring, muntah lagik...nasib sempat tadah plastik..
time ni haqi tak de..sedih....tekan bell..nurse datang...pastu minta dorang cucuk ubat tahan muntah...
tapi ubat tu sakit sikit  bila dia cucuk...
time nurse cucuk, mata pandang lain, tangan genggam...mulut tak bunyi pun walaupun tahan sakit..
dalam hati je la menjerit sakit...tak boleh manja-manja sangat bila suami tak ada..perangai aku mmg macam ni kot..time husband ada aku jadi manja, macam tak leg bt ape2..padahal haqi tak de bulih je bangun jalan sendiri pergi toilet..biasalah iolss kan princess..phewwww..

lepas nurse cuuck tu, aku try la encourage diri aku untuk makan kan..
harap tak de la kuar balik, sebab aku nak kuar spital cepat2..tak tahan dah aku..bosan giler...
lenguh badan aku sebab duk baring je...
tgh hari tu haqi datang..alolo sian dia..datang tgk wife dia and sempat la teman aku makan..
and end up with muntah lagikk...

dr tumpang rest dekat katil pesakit..nasib dua-dua slim melim..haha..
petang tu dr yang round da cakap dah boleh balik kalau tak muntah, dah buang ...actly sebenarnya aku rasa nak muntah lagi tapi dah semakin ok..aku rasa aku akan makin sihat kalau duk rumah..kat hospital ni aku dah rimas...huhu...ingatkan nak discharge ptg tu, sekali haqi cakap stay je semalam lagi sebab dia oncall..sekali dokter yang merawat aku tu pun setuju sebab dia pun care pesakit dia sebab haqi kan oncall nanti siapa nak jaga aku kat umah pulak kan..nak makan sapa nak masak kan..kena berpantang macam orang bersalin la..huhhu..hilang kejap nikmat makan...

so masih ada satu malam lagi untuk aku stay..aku dah bosan giler..siap nak nagis lagi..cehh sebelum ni tak nangis, tapi sebab bosan rasa nak nagis plak..pulak tu malam last tu pesakit depan aku ni duk meracau je..tapi kesian jugak dekat dia sebab dekat seminggu lebih terbaring je kan..dia patah paha..tunggu nak operate..tapi aku ni sejak masuk hospital jadi pentakut sikit..tengok dia punya katil lain dari orang lain, aku takut, tengok darah kat bed aku..aku jadi takot..ada sorang tu plak, aunty la, dia berhalusinasi..patah jugak kot..sebab terjun dari tingkat satu..ada orang duk bisik-bisik dia cakap..yang patah paha ni malam-malam dia stress sebab maybe dah bosan kot duk terbaring je..dia tak boleh tido, so dia duk mengeluh and meracau la..aku takot we..yang sorang lak duk berhalusinasi...scary aku..nak tido pun tak lena..huhu...tapi aku faham keadaan dorang..dlam bilik tu aku la yang sakit ringan skit..boleh bangun jalan sendiri..kadang rasa bersalah jgk la sebab duk ulang alik depan dorang...sorry kak, aunty..
nak-nak dorang tahu aku dah boleh balik esok, isteri kepada doktor, suami datang rawat and kawan-kawan suami pun layan dengan baik...aku tak pernah sebut pun aku isteri haqi, tak pernah nak ambil kesempatan dia atas kemudahan yang haqi dapat..just berdoa semoga orang-orang kat hospital ni layan aku dengan baik je.tapi ada jugak yang layan cam kewl sikit, maybe dorang dah penat..so far bagi aku dorang ok je..hihi..
sebab aku nak ape-ape aku contact haqi, nak ke toilet, susah nak bangun ke aku minta haqi tolong...entah la aku lagi selesa kalau suami sendiri yang buat kot..of course la kannnnnnn...

esoknya..pagi2 haqi dah dtg..aku tak bangun tido lgi..hewhew..kepala masih penin-penin..
mgkn sebab kurang makanan, tmbhn dh off driff..mmg kne encourage giler2 untuk telan air..
mmg mengharap tiada yg keluar blik..kalau tak hancuss impian aku nak blik kan..

so, here me, for last meal..muka suciiiiiii berseriiii...hahha
seriusly rasa bangga gila sebab bertabah selama 4 hari di hospital..
satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan..huhu


rasa seperti burung yang baru bebas dri sangkar feeling dia..
punya la excited, smpai aku rasa nk nagis..geleng2 kepala suami tgk gelagat isteri seperti orang tak pernah lihat dunia luar..dan yang paling best haqi cuti 2 hari.....
of course le, sape nak mask ken..hikhikohuko..
dan orang berpantang hanya boleh makan bakar2 je...
cth ikan kering bakar :-(
berpantang lah gua seberapa hari yang larat..tak larat gua makan curi-curi...hahahahha

ni semua haqi yang masak...yg tgh tu meal hospital..
dah ok skit, boleh jalan tanpa org pimpin..bengkak dah kurang..haqi bawak jalan2..
kasihan katanya sebab tgk aku terbaring je kan..
ok la jalan2..tp sebab dah lama duuk terperap kat umah..keluar2 dah rasa penin plok..
hikhokhikhik..jom la ke ikea cari brg rumah skit..jln penuh kesopanan kau, tgn xlepas duk cover tmpat operate..takot nau orang terlanggar kehape...gigih sgt nak jln..

hari ni 6/5 aku dah start keje balik dah pun..alhamdulillah semua dah bertambah membaik..tinggal skit lagi bengkak nak surut..tapi dah tak skit la..yang gembira sbb perut tak sakit la..tempat operate tu sakit sikitt je...
masih lagi berpantang ala kadar..hehehehewww..

ribuan terima kasih buat kekasih hati a.k.a suami tercinta yang bersusah payah menjaga dan merawat isterimu ini..tak putus-putus bagi semangat dan doa..semoga allah membalas setiap kebaikan sayang..
jadilah suamiku dunia akhirat, inshallah aku berusaha menemani mu hingga akhir hayatku..inshaallah smpai syurga..