Monday, July 29, 2013

pengalaman berharga~projek iqra' shopping raya bersama anak-anak rumah at-taqwa, puchong.

27 julai 2013.
"sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat pada orang lain"
(H.R AL Baihaqi)

betul tu korang, hidup ni perlu juga memberi,
saling membantu dan menyayangi sessama makhluk..
selama ini kita merasa hidup kita (aku ) ni tidak kurang beruntung tapi kita perlu lihat sekeliling kita,
masih ramai yang kurang bernasib baik dr kita..
aku join program iqra' as a sukarelawan ni sebab aku nak bagi motivasi pada diri aku sendiri..
ye pada diri sendiri yang adakala nya lalai dan tamak dengan nikmat allah berikan..
aku ada war-war kan fasal program ni pada entry lepas,
disebabkan aku belum berkemampuan untuk menaja seorang anak yatim (rm188/per) maka aku mendaftar diri sebagai sukarelawan untuk memberikan khidmat dari segi kudrat dan pengangkutan pada mereka..
setahun memiliki kereta, aku rasa ni lah masanya untuk berbakti pada manusia lain..
kereta yang ku beli dari hasil titik peluh aku ni, alhamdullilah hari ni aku boleh bawa seorang insan untuk bershopping raya bersama dengan rakan-rakan sukarelawan lain.

program bermula seawal 8pg.
sehari sebelum program aku dah survey tempat ni, rumah at-taqwa yang terletak di puchong perdana.
program ni adalah bertujuan untuk kami sebagai sukarelawan ni membawa anak-anak angkat kami ni ke shopping mall (mydin USJ) untuk membeli keperluan raya mereka. sukarelawan diberikan wang dan dikehendaki membeli mengikut bajet yang diberi.

 sesi pendaftaran dan pengagihan anak angkat.
aku dapat seorang je anak angkat, nama dia adik mohd faizal, tingkatan satu.
budaknya agak pendiam..
agak susah juga la nak faham kehendak dia sebab dia cam pemalu sket..
but nasib baik dia pandai bawa diri..
hehehe..
tak de lah aku terkejar dalam mall...

dalam kol 10 a.m bergerak ke USJ.
nasib baik jalan tak jem sangat..tapi parking dekat mydin agak full jugak la..
tapi alhamdulillah la allah permudahkan urusan, tak perlu pusing manyak2 kali pun..
da kete nak kuar terus masuk park..alhamdulillah...cuak gak tgk kete berderet-deret tunggu q nak parking..
so fell blessed gitu..
dalam kete tak manyak cakap sngat dengan adik faizal ni,
cakap sket2 pandang-pandang belaknag tengok dia dah terlentok dah ketiduran..
alahai cian nya..penat kot bangun pagi-pagi...
hehehe

sampai mydin, ajak dia pegi toilet dulu, suh dia cuci muka dulu,biar segar sket..baru semangat sket nak shopping ken..haruslah dik, akak yang exsited ni..
lupa nak cakap, aku ada co-pilot yang ikut..akak aku jadi peneman aku..
actly setiap group, pilot and co-pilot diorang bagi 2 orang anak, but aku dapat sorg je sbb sorang algi tu dia dah tak duduk at taqwa dah..so aku ok je..lagipun ni first time ken...bimbang jugak kan xleh handle..al maklum lah aku ni da perangai yang selalu risau taw..
aku rasa adik faizal mesti ingat aku ni kakak yang mengongkong..tak pun kakak yang prihatin..kahkah..
sekaki kaki aku ikut dia..huihhh aku risau wei..
adik aku sendiri pun kdg2 rimas denagan aku..hahhaa..
aku ada adik tingk 3, tapi fizikal dia, kulit dia cam cam adik faizal ni lah...
sekali tgk dah macam adik sendiri jew...

taklimat from mydin staff
 selesao taklimat dari mydin staff terus je serbu masuk maydin..hihi..
aku kalau leh biar budak faizal jangan jauh2 dengan aku..akak aku pun sama..bayangkan dua orang jaga seorang budak..hihi..beruntung kamu faizal ada kakak yang caring fasal kamu..hihi

aim faizal dia nak beli baju kasual
baju melayu dia dah ada..
dia nak
jeans
t-shirt
kasut /selipar
jam

part paling mencabar nak cari jeans la..mostly besar dia dia..sebab dia agak tinggi tapi kurus gitu..
tapi tak pe kita yea dik...kita cari sampai dapat ye..
alhamdulillah la jumpa jugek :=)
happy.happy.happy
pastu mabil baju colar satu, suh dia pilih t-shirt 2 helai..
settle bab baju and seluar.next kasut lak..
adik ni bagus taw..dia ikut cakap ustazah dia suruh cari selipar seperti yang disuruh..
tak de nak ngada2 nak beli yang style2 tah apa-apa tu...
senang je cari, jumpa macam yang ustazah nak, ambil.
dia tak banyak ragam..
tanya dia tak nak ambil dua ke?
sebab duit ada lebih lagi..dia cakap nak satu je...
ok la kita cari benda lain yea dik...
next kita ke bahagian jam lak..
aku punya la kalut sampai tak sempat-sempat nak ambil photo barang-barang yang dia beli..
sobs. frust la..tapi yang penting jam dia kaler kuning okeyy..konfius kejap akak ko ni dik...hahaha

ok settle barang yang dia nak..
aku tny dia ada apa2 lagi tak?
dia pandang aku, tnya aku "ada lebih lagi ke kak?
aku senyum je, "adik nak ap? akak belanja ..
sengih je dia...terus cakap dia nak jersey......
ok la boleh...jersey lak limited, tapi cam selalu ada je rezeki adik ni..
dalam susah2 nak cari yang fit dengan badan dia tu, alhamdulillah la jumpe jugak akhirnya. tu pu da stu je :=)
dia kan suka pilih sendiri brg apa, warna apa dia nak..
lagi satu dia tak bape kisah warna apa, purple pun dia ok..
setengah budak lelaki dorang cam malu sket kan nak pakai warna-warna striking ni..macam adik aku sendiri la...dorang ada taste dorang snediri..so apa yang dah berkenan tu aku ok je...tapi aku tgk tgk jugak lah kalau dah terlalu over tu aku tak kasik jugak..
sama je macam aku bawa shopping adik sendiri..
pastu aku bagi dia pilih untuk beli boxer jugak..so dia mabil 2..
ok settle semua..
ada jeans, ada t-shirt kolar, 2 t shirt, 1 sepatu, sepasang jersey, 2 boxer.
complete and done!
bersama co-pilot, my sis..
cari dik, tgh pilih boxer
pengurusan bagi projek iqra' ni aku tabik la..dorang bagi full information kat sini, bagi aku aku boleh give and rate their komitment toward this project as a super succes.
dorng akan msg sukarelawan time by time, smpai mydin camne, nak bayar cmne, nak hntr anak2 ni cane..
so tak ada la kalut semacam je kan..
teratur dan menyenagkan..
habis shopping boleh balik terus, tak perlu tunggu yg belum habis lagi..
so tak ada lah kita penat menunggu kan..
senang dan menyenangkan!

peluk kemas2 brg dia..:=)
a big thanks jugak la dekat mydin..
ada diskaun diberikan..
bagi aku shopping kat mydin tak ada lah teruk sangat, suka apa..banyak nau pilihan dia..
rasa pasni aku nak shopping mydin je dgn adik sendiri pun..
untuk diri sendiri pun dah plan nak g cari gak..haha...
tak sangka gak la mydin USJ ni byk giler okey pilihan baju-baju raya ni..
berkualiti and perpatutan..
macam-macam boleh beli..
orng cakap, kalau ada anak ramai tu better ke sini aja, satu tempat dah boleh complete boleh beli..
dari atas sampai bawah..
harga pun berpatutan...
pergi la kalau tak caya...
aku dah plan nak pegi jugak ni :=)

 settle shopping dalam kol 12 camtu..
awal la dari yang lain sebab aku ken dpt seorang je anak..hihi..
eh cam tua la, dapat adik la..
semua cakap adik aku ni hensem..hensem kan...
berdiri sebelah aku pun dia lagik tinggi..nangis aku wei...baru tingk satu..
apahal kakak ko ni rendah sangat...oh no...sobs..
balik dari shopping borak2 lah dgn adik ni..
last2 aku cakap sorang sebabbbbb....


kepenatan sampai tertidur....
 nasib la kakak ko ni dik...
punya lah semangat bercerita, dia dah lena kat belakang...
alahai cian dia...puasa kan..nak bawa makan pun tak boleh...
tak apa lah dik..rehat lah......

sebenarnya projek iqra ni bagus sangat lah bagi aku..
pertama, bagi aku walaupun kita takk berkemampuan untuk  menaja bagi seorang anak yatim tetapi kita diberi peluang untuk menyumbang dari segi tenaga dan material..
ya untuk melakukan sesuatu hal kebajikan kita hendaklah melakukan dengan seikhlas hati, so if tak mampu tak buat dua perkara di atas kita juga boleh tolang menghebah kan ttg projek ini pada yang lain..
byk option boleh berbakti dan menyumbang..
yang penting kita bukan terpaksa dan dipaksa..
aku memang suka menjadi sukarelawan ni, tapi sometimes dari segi kewangan kadang kala kita jugak tak mampu gak kan...so bagi aku projek ini memang satu peluang lah pada aku untuk merasai pengalaman berharga ni dan disamping juga memberi aku kesedaran tentang nikmat-nikmat allah yang harus aku syukuri..walaupun aku jugak dari kalangan anak yatim, tapi at least aku masih punya family yang boleh bersama aku, ayah yang masih mampu membesarkan aku..so some of their feeling aku turut rasai...so aku berharap sangat di setiap kata-kata yang aku berikan pada mereka, doa yang aku titipkan pada mereka allah turut memberikan aku setiap dari ketabahan dan kesabaran mereka...
kedua, aku sangat setuju dengan prog ni sebab anak-anak ni diberi peluang untuk merasai sendiri suasana shopping raya bersama-sama. kalau dulu mungkin mereka hanya menerima sumbangan dari penderma dermawan, tapi kali ni dorang boleh pergi and pilih sendiri keperluan mereka mengikut cita rasa kita..macam kita bawa adik sendiri pergi shopping...
ketiga, berkaitan masa. aku suka dengan prog ni sebab dia flexible..yg mana kalau kita habis shopping awal kita boleh balik terus..tak perlu nak tunggu yang belum siap kan..ye lah aku yang bawa budak ting 1 pun dia ketiduran sebab kepenatan, bulan puasa pula tu kan..so aku tak leh bayangkan macam mana kalau nak tunggu semua orang habis shopping baru boleh balik kan...just sms dorang cakap dah hantr anak, sain borang dah boleh balik..simple dan menyenang kan..so aku rasa kalau ada prog2 yang nak buat seperti ni, boleh ikut contoh projek ni kot..sebab bagi aku rule dia tak susah nak follow..hihi..compare nak bawa dengan bas, or by group lagi susah nak handle kot..nak tunggu everyone hbs shopping entah pkol bape la kan..so a big clap for this projek...


 aku sampai rumah dalam kol 2..
terus rebah kepenat jugak..hahha..
so sesape yang rasa ada rezeki terlebih nak menderma tu boleh la menderma dekat dorang ni..
see banner di bawah..boleh menderma melalui acc maybank at -taqwa
inshallah anda buat, anda dapat..
hati ikhlas pasti dibalas *ustajah kejap*
model pejam mata..kuikui

last but not least..
tq everone..
tq team projek Iqrq' shopping raya 2013
rumah anak yatim at taqwa, puchong perdana.



inshallah ada rezeki, ada kudrat kita berjumpa lagi tahun hadapan.
semoga anak-anak ni dilindungi allah dan disayangi semua..
amin.


#some pic from : Fb Projek Iqra

Saturday, July 27, 2013

hari ini birthday dia yang tersayang!


27 julai setiap tahun, sejak 9 tahun ni,
menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu kot..
kenapa??
sebab birthday haqi ler..
dia yang kusayang..perghhhhhh
entry ni mungkin ayat jiwang, tak suka sila ke butang close.
special wish for you..

maaf jika tak dapat celebrate birthday awak dekat tempat yang gempak2..
semalam haqi call, dia bilang dia dah off taq..
ok la syukur, dipermudahkan urusan kerja dia..
dia tnya nak berbuka sekali tak..
of course la nak kan..
fikir dah lama dah..
rasa nak masak lah sempena birthday dia..
nak kuar mana-mana cam kecian je dkt dia..
esok keje kan walaupun orang lain keje 5 hari je seminggu..
kahkahakah...
ok baiklah hamba masakkan makanan kegemaran dia..
nasik ayam special..
ni aku tahu masak ok..
pastu siap cakap dekat dia lg aku nak masak kuih hari ni tapi dia kena tolong ler..
kahkah..mendera birthday boy...
bukan selalu ken..

selesai masak area kol 7 cam tu lah..
lewat sket sebab aku pegi shopping carefour dl tadi..
beli brg2 dapur yang dah makin menipis..
aku tak pandai okey, aku pg dgn kakak aku..
so kerja membeli jadi cepat sket..
kalau aku pg sorang aku just tarik je mana2 barang,
bukan nak cari mana yang fov ke x?
kalau serbuk tu da 2 jenama, yang mana depan mata aku tu la aku tarik dlu..
itu kalau pegi sendiri, kalau pegi beli barang dapur dgn haqi.....
emmmm jalan seret kaki pun belum tentu dia habis lagi shopping barang..
huhuhu..tapi tu kalau beli brg dapur la, kalau barang keperluan pun dia punya timing tu ok la sket..
tp still rasa nak duduk kalau jmpe kusi ='=
korang punya pakwe shopping lama gak ke?
eh asal nak cite sal ni lak kan..

so, kira hari ni genap lah usia haqi 24 tahun..
selalu cakap dia muda dari aku..
ye lah aku kan lahir bulan 5 dia bulan 7..
eleh 2 bulan ajeeeee le..
saja je nak panggil aku kakak le apa la..
aku panggil dia budak sentap...kahkah..
budak berhingus..terus sentap tak pandang2 dah
lucu hokeyyy..

9 tahun dah..
harap impian aku dan dia kesampaian..
walaupun ada susah harap sangat dipermudahkan allah..
haqi sekarang dah kerja, semoga allah murahkan rezeki untuknya..
jadi matang sket...
huhuhu...

selamat hari lahir sayang...
semoga terus berjaya dalam hidup,jadi dr yang baik, yang bertanggungjawab.semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan diberkati allah..semoga perjalanan hidup sayang dipermudahkan allah..

aku tanya dia
a:sayang nak hadiah ape?
h:tak yah apa2 lah, nak hne kawin dengan sayang je..

tido malam hati berbunga2 macm taman..
 birthday sape ni?
birthday sama-sama lah..ahaks..



Sunday, July 21, 2013

bebelan hari ini..

fuh penat giler rasa hari ni..
minum air bergelas-gelas pun rs tak hilang haus..
lenguh giler rsa kaki ni.
tawaf separuh ioi je pun..
cari barang2 nak raya..
hew hew..
target nak settle kan keperluan diri dulu..
after this nak pusing cari untuk adik2 lak..
inshallah...

teman kakak beli barang keperluan e-day dia gak..
hamboi jeles i..
comel2 lak tu kain2 dia beli..
tak sempat nak rembat satu, dia dah cop..
rezeki dia kan..
telan air liuq je la..

menu berbuka hari ni still no nasik..
dah masuk 3 hari menu tanpa nasik ni..
no selere ler..
beli kueh tiew je, air tebu, kek batik and puding..
habis rm8 tadi..
ok la bebuka sorang jew..
semalam kirim dekat akak beli puding gula hangus, dia p beli agar2 keladi lak..
dah la tak sedap, tawar jew...
peniaga bazar ni kadang suka taw berkira...
asal cantik je la semua kuih2 tu..
tapi rasa nya tak da...nyampah i..
sebelum tu aku beli kuih yang campur 5 kuih rm2 tu..
5 5 kuih tu rasa nak masuk tekak pun alahai...
donutnya keras, agar2nya tawar, batang buruknya inti tak sdp, kuih barli ek pun keras
ai tu beli uncle bob pun yang jual ni pun berkira..
nak suh letak extra awas nya pun jeling aku cam nak makan..
alahai aku bayar la kalu dia charge pun...
terus dah tak beli dah...
kepada peniaga bazar, kalau kita ikhlas tak kdekut, allah pasti bukakan rezeki kita berlipat-lipat kali ganda taw...

ramai duk komen kes asraf muslim ni ken..
aku baca je la komen dorang ni, nak bagi pendpt tu tak pandai ler..
kita tak tahu kisah dorang kan, jadi tak reti lah aku nak ulas..
but sbgai seorang perempuan aku rasa tak patut lah jugak si asraf ni..
ah malas la, yg aku tahu tiada perempuan suka di madu..
ada jugak dengar kisah budak mati dlm kereta sbb mak lupa anak ditingglkan dlm kete lebih 5 jam..
pun aku just boleh bersimpati pada keluarga ni..
tak payah la kita nak buat andaian kenapa jadi begitu begini..
aku tak suka baca komen2 negatif yang orang duk post..
sapa nak kan jadi begitu..
mati itu pasti, penyebab kematian tu kadang kala sukar diterima..
apa-apa pun kita redha lah dengan setiap ketentuan..
inshalllah masa pasti menjadi penyembuh bagi setiap kelukaan..

aku rasa aku bertuah kot sebab ada kakak,
even teringin jugak nak rasa ada abang ni..
teringin lah tengok orang ada kakak n abang..
nak main masak boleh ajak kakak, nak men lasak2 bulih ajak abang..
bertuah lah mana yang ada abang and kakak..
tapi aku rasa hepy je walaupun just ada kakak...
kakak aku semua cool cool je...
dop banyak cerewet orang cakap..
k.long aku lagi lagi...
rilek jah....
kalau aku nak cite apa-apa kat dia ken, kena sedia mental fizikal lah..
sebab k.long dop pernah back up adik dia ko taw...
dia kalau nasihat mesti turn back ko kita balik...
dia punya nasihat msti akan buat ko renung diri sendiri..
macam kalau orang buat ko nangis macam mana pun, buat jahat macam mana pun...
dia mesti suruh ko tabah je, jagn peduli, jagan balas..jangan dendam..
gitu...
ko menangis la, melalak la, dia memang akan bagi nasihat camtu lah...
tapi aku respek la dia..
sebab dia tak ikut emosi...
tak macam aku ni, dengar adik kena usik ngan orang,
dah nak sinsing lengan baju, nak g cari sapa lah orang tu berani2 kacau adik aku kan..
sebenarnya sifat kakak kita ni berbeza..
ada yang lebih emosi, ada yang lebih mendengar..
tapi aku bersyukur sangat sebab kakak aku tak lah manjakan aku sangat, dan tak juga tinggalkan aku sendirian..
layanan dorang ni buat aku lebih berdikari, tak suka meminta-minta..
konsep mereka lebih tegas, berusaha kau dapat..nak mengharap pada dorang sampai bila kan...
melalui kisah kehilangan dalam kehidupan, membuat adik beradik rasa hidup ni seolah satu perjuangan yang tak boleh kenal erti stop...berlari la kalau larat, berjalan jika penat, merangkak jika lelah, even mengensot jika tak berdaya...janji jgn berhenti melangkah biarpun langkahan tu adakalanya tiada gerakan pun...
kalau nak meminta, sapa bila?sampai bila kita yang hidup boleh memberi kan..
jadi cubalah jadi seorang yang memberi jugak...
tak banyak tak pe, janji ikhlas...
memang ikhlas tu susah nak buat..
aku selalu berdoa pada allah, supaya setiap yang aku lakukan tu adalah dengan ikhlas..
setiap perkara atau pertolangan aku yang memudahkan urusan orang tu akan allah balas dengan kemudahan jua bagi urusan aku, keluarga aku, orang2 yang kasihi...
pengalaman hidup banyak mangajar kita sebenarnya...

panjang lak bebelan hari ni..
hahha..
but i hope that ramadhan kali ni memberi hikmah dalam setiap ujian dari NYA
allah the best place to ask for..

Friday, July 19, 2013

cuti

time ni korang semua mesti dah tido kan..huhu..aku taip ni sambil tido a.k.a meniarap gitu..sebab bosan tak leh tido tapi tak leh nak duk congok sebab perut aku sakit..hari ni jugak dr bagi mc..so hari ni kerja aku tido je..huhu..setiap bulan mesti aku akan sakit camni..masalah orang fomfuan...

dah tergolek-trguling tak tahu nak wat camne, terpaksa lah jugak ambil ubat painkiller..huhu..
sebolehnya nak elak ambil tak udah tak tahan...
sindrom senggugut ni boleh cakap dah lali dah dengan aku..
beza sakit sikit or sakit banyak je..
but sakit sikit tu pun boleh buat aku mc, apatah lagi kalau aku cakap sakit banyak...
huhu..

kalau bendera merah ni aku awl2 mesti tak lalu nak makan..
semalam aku bebuka dengan kuih je, nasik bungkus sampai ke sudah tak luak..
bukak, cubit lauk sikit pastu cuci tgn..
huhuuhu..dah sakit perut, bagi ayam golek pun tak de selera pun..
hari ni kemain msg akak aku suh beli mee sup, ayam uncle bob la, bla.bla..
nasib dia tak beli, dia beli mee sup je..
tuuuuuu pun tak makan gak..
tahan gak perut aku ni tak makan nasik 2 hari..
huhu..ni situasi normal bila dah sakit perut camni...
mood selera makan tak de...

tadi p rendam baju dalam mesin basuh
pastu tak larat nak sudah kan..
huhu..nak berdiri lama-lama rasa kejang je perut..
harap esok boleh lah habiskan baju-baju tu semua..
bese lah mesin manual, kalau auto tu senang sket..
letak, siap, angkat jemur je...
tak pa lah tak de lah pemalas sgt aku ni..
sakit ni bukan lama sangat pun..
esok lusa ok lah...

korang baju raya semua dah beli ke?
aku dah cuma beg, kasut and tudung raya je belum..
hahahah hover giler..semua nak baru..
beli barang ikut kemampuan sendiri aja, idak lah nak berlebihan...
sendiri tahu poket tebal mana kan..
nasihat aku, terus fikir lah bajet untuk diri sendiri, family and adik beradik..
pastu shopping around that bajet dah la..

raya tahun dah apply cuti ke korang?
mesti best kan yg adik berdik rmai tu..
aku pun ramai gak, tapi dah kawin..
tinggl aku dgn akak aku yg ke-2..
dia pun dah tak lama...
nati aku balik raya sorang-sorang la..
huhuhuu...
teringat lak zaman beraya kecik-kecik dulu...
baju raya mesti sedondon gitu..
tapi ma aku dulu suka sangat ambil lebihan akak aku yg sulung buat kat aku..
yg lebihan k.uda untuk adik e
yg lebihan kain ma buat kak diya..
sorang mesti pair dua-dua..
hahaha..lawak lak rasa...
emmmmmm dah 13 tahun beraya tanpa arwah ma...
sunyi, sepi, sedih je ase..
dah lama berlalu........
tak pernah rasa rindu ni padam.....
aku dah lama redha...
sesekali tu bila tiba puasa, raya nagis jugak..
tapi nagis sorang2 je la...
semua adik beradik aku camtu lah..
mulut cakap sedih, tapi kalau bab nagis semua pegi bawa diri nagis sorang2..
paling sedih kalau tgk semua orang duk tahan2 air mata jatuh biar dah penuh bergenang...
semua nya tabah...
alhamdulillah......

em, cukup lah taip,
tetiba rasa sayu lah pulak..
selamat malam!

Wednesday, July 17, 2013

berbuka puasa day 7

orang lain dah berzaman update menu berbuka, aku baru terhegah-hegeh kan..
almaklum lah saya ni bujang agi..setakat nak bagi kenyang perut ni saya beli nasi bungkus je..
tapi first day puasa merasa lah jugak haqi makan masakan saya..hewhew...

semalam haqi off, so maknanya boley lah kita berbuka sama-sama..dah seminggu yer tak jumpa..
huhu..sobs..tak pe lah kita jangan jadi manja sangat..cuma kita harap haqi idak lah lupa kan kita kan...
so semalam aku kan keje, sbb semalam selasa..haha tak klaka*
tapi bulan puasa aku boleh balik awal..selalu balik 5.30pm tapi sebab puasa bos bagi balik 4.30pm..
so hooreyyyy lah untuk sebulan ni...

malam tu bincang2 dengan haqi nak makan mana..
nak makan dekt mine rasa cam malas nak bersesak-sesak dengan jem lak...
nak makan putrajaya rasa malas nak berjalan pegi bazar lak..aku kan keje, penat nak berjalan eh..
so fikir-punya fikir makan je lah dekat kedai makan mana2..hahah giler tak lomantik kan..
janji boleh berbuka sama..sudah......
so sebab tomyam dekat d'classic restaurant ni sedap aku rasa nak pg situ lah..
dulu kedai ni dipanggil kedai hijau kuning..sekarng dah tukar nama sebab owner dah tukar..
tapi yang skrg lagi best lah sebab banyak choice and sedapppppppp..

so sampai tu booking tempat dulu la..
malas aku nak pergi terjah pastu tunggu maskan sampai...
so better pegi reserved dlu..
korang nak  pegi time nak berbuka and order time tu pun boleh je..tapi kena tunggu lah sket..

walaupun beria cakap nak makan itu ini, alih pesan menu sorang satu je..
tappi menu semua aku nak makan..hahha..haqi dia boleh je semua..
aku sedap..dia pun sedap lah..
so kitaorang order tomyam seafood, sizzling lamb chop, kerabu mangga sahaja..
cukup lah untuk berdua kan...manyak2 kan membazir lak..
aku bukan makan banyak mana pun..selalu makan nasik separuh sahaja..

ini lah rupa tomyam...sizzling lamb chop tak snap sebab aku dah lapar time tu..tapi siyes aku ckp semua marvelesssssssssssss....

haqi suka kerabu mangga.....duk suruh aku belajar bt...inshaallah nati kita belajar yer..

yang paling best adalah lamb chop tu lah..sampai skrg aku duk terbayang lagi dia punya asap kepul2 dia tu..huh giler hebat and sdap....haqi pun duk terbayang-bayang gak..siap berangan nak masak kat umah lagi..hahah...

selesai makan jalan -jalan jap..sebab dekat dgn mines mari lah kita ronda-ronda sana skjp..dah lama tak masuk mines ni...nak cari lotion skali..skrg ni kan musim cam sejuk je kan..kulit jadi kering sangat...aku keluar mesti nak pakai jaket..tuuuuuuu pun rasa sejuk sampai tulang..pffffttt..dua-dua kurus asyik berlawan tolak econ kesana sini...haha..

zaman berdating round-round shopping kompleks dah berlalu kot...jalan sket dah rasa bosan dah..setahun ni aku rasa jarang sangat lah kalau nak dating ke makan ke dekat mall ni..masuk mall pun mmg sebab nak beli brg je..kalau tak tak kosa dah....huhu...aku sememangnya keje semalam kol 9 lebih tu dah jalan seret2 kaki dah...haqi masuk kedai kasut aku dah duduk kat kusi tunggu dia tgk2 kasut...huhu...kol 10 dah balik dah...

begitu lah cite..
haha...malam ni aku rasa mls nak makan nasik la...taip ni aku belum lagi makan nasi..berbuka tadi dengan air and kuih je...idok lah sya tahu nak makan bila nasi tu...huhu..simapan sahur terus boleh ke?
kuikuikui...


sampai sini..bye..
esok update berbuka dengan nasik bungkus lak..kahkahkah...

Sunday, July 14, 2013

projek iqra -Shopping Raya 2013

jom sembang-sembang agi..
haha..
nampak nau tak de keje nak buat ni...
tgk jam baru kol 1lebih..
nak bukak poso pun lambat lagi nih..
hari ni tak kuar g bazar pun...
hari ni kita masak aje kat umah..
horeyyyyyyyy....
macam kan pandai sangat masak ken...
slow2 belajar....

bulan ramadhan ni kita digalak kan untuk menderma kan..
idak lak di kecualikan untuk bulan-bulan lain jugak..
istiqamah lah bila buat sesuatu yang baik..
inshaallah ganjaran nya besar disisi allah..
yang mana pergi terawih tu, boleh lah bawa duit untuk menderma dekat surau masjid korang kan..
kalau kat tempat aku ni diorang buat tabung bergerak..
time tazkirah tu dorang pas-pas kan lah tabung tu..
so sape yang menderma tu boleh lah masuk kan dalam tabung..
derma lah seikhlas hati..
pun boleh niat..
mak aku dulu ajar, setiap kebaikan yang kita buat tu kita niat lah jugak untuk kebaikan kita..
niat lam hati, tak yah nak heboh2..
kihkih..maklumlah dulu kecik2 asal bagi derma je nak cakap kat orang kan..
niat je apa2..nak jadi anak baik ke, pandai ke, nak dapat lebih lagi ke rezeki, ringan beban ke..
apa - apa lah...inshaallah perbuatan baik akan di balas baik..
amin..

di kesempatan ini jugak aku nak war-war kan satu projek untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik untuk menyambut hari raya..
projek ni dipanggil Projek Iqra-Shopping Raya 2013


Projek Iqra’ akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.

Jika tahun lalu dua buah rumah anak yatim diraikan dalam program Shopping Raya, pada tahun ini jemputan istimewa ini dipanjangkan kepada 4 buah rumah di 4 buah negeri melibatkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU. Dijangka program ini akan melibatkan seramai 133 orang sukarelawan.

Rumah yang akan terlibat tahun ini ialah:
1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor)
3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah)


Kesemua penghuni rumah akan dibawa merasai kemeriahan membeli-belah sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini di Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar manakala Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana akan membeli-belah di Mydin USJ.

Terdapat 3 cara bagaimana kita boleh menjayakan projek ini:
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang >>> KLIK
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkam dibawah. >>> KLIK
3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.

untuk maklumat yang lagi terperinci korang boleh klik SINI
jumlah berapa lagi penajaan, sukarelawan yang diperlukan korang boleh cek dekat website rasmi projek iqra ni..dorang akan update dari semasa ke semasa...

diharap sumbangan kecil kita ni dapat lah mengembirakan hati mereka yang memerlukan ni..
semoga rezeki yang kita dapat ni dapat lah kita sama-sama berkongsi dengan mereka ni..
mudah-mudahan diberkati allah..

layari website rasmi Projek Iqra >>> http://www.projekiqra.com/
Seperti tahun yang lalu, insya’ Allah pada tahun ini Projek Iqra’ akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013. - See more at: http://www.projekiqra.com/projek-shopping-raya-2013-2/#sthash.J36xkk38.dpuf
Seperti tahun yang lalu, insya’ Allah pada tahun ini Projek Iqra’ akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013. - See more at: http://www.projekiqra.com/projek-shopping-raya-2013-2/#sthash.J36xkk38.dpuf

Saturday, July 13, 2013

sembang-sembang

selamat berpuasa uolls..
dah masuk hari ke 4 kita berpuasa..sudah merasa ada peningkatan iman idak?harap2 hari demi hari kita sentiasa berhijrah ke arah kebaikan lah yer...amin..

hari ni aku bukak puasa sorang je..
akak aku keluar bukak puasa dengan member dia..
cam malas lak nak ikut..aku tak suka sangat nak mencelah..
lagi suka sendirian..ini sifat aku..
bukan kata tak suka berkawan tapi aku suka macam ni..
keluar dengan kawan sendiri mungkin suka, dengan family atau dengan haqi...
tapi kalau nak ikut orang lain yang aku tak bape kenal ni aku susah sket la...
even kawan kepada kawan kakak pun..
huhuhu..
lagi satu aku ni cam da satu perasaan cam tak nak menyibuk hal orang..
sebenarnya aku ni bulih tahan pendiam taw...hahha
sila lah percaya..kuikui

apa-apa pun aku tak ada lah orang tegur tak jawab..
aku kawan je dengan semua orang cuma aku suka pandnag dan lihat orang..
macam takut nak bercakap sebab takut orang tak suka..takut salah cakap
tapi bila dah kenal aku leh kamcing giler..hahha
so bagi aku semua kawan aku layan sama rata je..
tak ada yang terlebih spesial ke apa..
semua yang datang nak minta tolong ke, luah perasaan ke aku dengar je..
bagi nasihat yang sama je semua..
walaupun aku tak sempurna mana..
tapi makasih lah ye sebab korang percaya dekat aku..
huhuuhuhu..

kol 6 aku kuar g bazar..
hari ni taknak g beli dekat bazar yang besar yang dekat umah sebab parking susah nak dapt
aku lak pegi sorang..
selalu pegi dengan akak aku..
dia kuar pg beli, aku duk dlm kete je..
hari ni aku pegi beli dekat kwsn perumahan je
dia da bukak bazar yang kecik2 tu..
beli situ senang..
beli nasik bungkus dah..
lagipun aku sorang je..
beli kuih apam, sagu..
habis rm11..pastu balik..
jalan jem jugak sebab ramai yang kuar pegi bazar...
huhu

tetiba haqi call..
suatu kepelikan ni..
cecepat angkat...
ahhaha....
tak de apa pun..dia free skit time ni..call aku saja tnya2 beli makan apa..
bagus..
haqi sejak start keje nak cakap dgn dia pun susah taw..
kalau dia call tu rasa cam wowwwwwww...
sehari kalau boleh cakap 10minit tu cam rasa dah baik dah..
lau tak dia balik keje dia terus tido je...
tak pe lah sabar lah...
baru rasa cabaran dan dugaan sebenar dah mula..
sapa cakap nak pakwe dr tu?
dulu yang asyik duk suruh aku cari kan korang pakwe dr..
hahha...boleh sabar ke korang?
sehari nak dapat msg pun macam berjanggut tunggu...hahha
kalau dia msg tu dah cam pelik pun ada..
tapi aku suka je...
hahah..lumrah org bercinta weii..

sekarang memang totaly lain dah semua..
masa study ngan masa kerja sekarang ni lain..
dulu study g kelas kol 8 smpai kol 5..
malam leh rest..sabtu ahad leh dating..
sekarang kerja bukan tentu masa
sabtu ahad pun keje..
tmbahan kalau dia oncall...
sekarang dia keje lebih 12jam kot..
pagi masuk malam baru habis..
sobs...
apa aku leh cakap aku memang nak kena bersabar berkali-kali ganda lah..
semua ni baru bermula..
walaupun kadang2 aku tetiba baran..
huhu..
environment baru, nak adapt pun kena ambil masa..
korang doa2 kan lah yang terbaik untuk aku ek..
 “Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
 bulan ramadhan
kita memang nak kena banyak bersabar..
jadi kali ni kesabaran aku memang nak kena berganda-ganda lah jugak..
aku tak minta lebih..
cuma semua ni berakhir dengan suatu kebaikan yang semua orang impikan..
aku harap sangat aku mampu menjadi manusia yang sabar dan tabah..
aku harap semua ni ujian yang memberi seribu kerahmatan buat aku dan dia..
aku harap juga kekangan masa ni membuat kan hub ini semakin bermakna..
aku harap pengorbanan ini dihargai...
eh macam lebih lak permintaan aku..
huhu..
semua nya aku serah kan pada allah...

korang, hargai lah pasangan korang..
aku kenal haqi sebelum aku tahu dia nak jadi apa..
belum dia tahu dia bakal jadi dr pun..
cuma aku pegang satu janji yang dia bagi kat aku..
kenapa aku tak pandang yang lain..
janji yang dia tulis dalam satu buku log (diari) yang dia bagi kat aku waktu tahun pertma aku kenal dia 2005..kecik-kecik dah mulut manis ni..
mungkin bagi dia, dia dah lupa..tapi bagi aku janji tu aku rasakan tulus..

 Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


setiap solat aku selalu berdoa..
semoga allah permudahkan jalan untuk kami bersatu
ringan kan jodoh kami..
berikan kami kesabaran..
rezeki yang murah..
rahmat dan keberkatan...
doakan yang baik2 untuk kami yea..

salam ramadhan semua..
ampun maaf dari aku..

Friday, July 12, 2013

Forgive Me

I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late
[Chorus]
Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent
Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late
Repeat chorus
I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

Thursday, July 11, 2013

1001 Kelebihan Surah Yasin Dalam Kehidupan

Ayat 1-9 : doa untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Doa untuk melindungi diri sama ada lindungi drpd orang jahat spt orang kafir. Kalau nak lindungi rumah daripada pencuri,baca ayat ni dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ia boleh juga melindungi diri drpd dianiayai dan beri perlindungan ketika tidur. Caranya : Baca ayat ini,Surah Al-Fatihah,Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan ayat Kursi.

Ayat 12 : Ayat ini merupakan jantung Surah Yasin dan Rasulullah sangat berharap semua umat Islam menghafal ayat ini.

Ayat 13-35 : Ayat-ayat ini mengisahkan tentang orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23 : Ayat ini digunakan untuk menjaga aqidah dan boleh juga dijadikan doa untuk hidayah kepada anak-anak kita nanti.

Ayat 29 : Ayat ini boleh dijadikan amalan sebagai pelindung diri untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan menjadi mangsa kejahatan mulut orang. ia juga digunakan jika kita merasakan ada orang menfitnah atau menganiayai kita. Lebih afdal jika selepas kita membacanya,kita semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk memupuk keinsafan. Kita memohon agar dipertemukan dengan Allah dan semoga Allah sentiasa berada di hati.

Ayat 32 : Ayat ini boleh melembutkan dan menginsafkan hati orang lain. Kita sentiasa perlu saling mengingatkan bahawa segalanya datang drpd Allah dan kita merupakan umat nabi Muhammad SAW.

Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi yang suka berkebun dan bercucuk tanam. Insya Allah,tanaman akan menjadi subur.

Ayat 36 : ayat ini menerangkan tentang Sunnatullah iaitu setiap makhluk dan kejadian dijadikan secara berpasang-pasangan. ayat ini elok diamalkan bagi orang yang belum berkahwin dan belum mempunyai jodoh. Caranya : baca ayat ini 7 kali dan tiupdi dalam tadadah tangan serta menyebut "Al-Wadud" sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan ke muka.Amalkan setiap pagi.

Ayat 37 : Ayat yang diamalkan untuk menetapkan hati iaitu akidah diri. Doa ini juga boleh menyuburkan semula hati yang kering dengan makanan rohani.

Ayat 38 : Ayat yang mengisahkan bahawa bulan dan matahari juga bersujud kepada Allah SWT

Ayat 39 : Mengusahkan tentang ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan bahawa Allah SWT Maha Esa = satu.

Ayat 41 : mengisahkan tentang Nabi Nuh menaiki kapal. Ayat ini elok dibaca ketika menaiki kenderaan

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. Ayat ini dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48 : Ayat yang menceritakan tentang kedegilan orang kafir kepada Allah SWT.

Ayat 49 : Ayat yang menceritakan tentang Hari Akhirat dan kehidupannya.

Ayat 50 : menyatakan bahawa semua orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Ayat yang merupakan salam daripada Allah SWT. Jika kita sakit kepala,baca ayat ini dan sapukan ke atas kepala. Ulang sebanyak 3 kali. Jika sakit anggota, hati tidak tenang,baca sebanyak 7 kali dan gosok pada tempat yang sakit.

Ayat 76 : Dibaca untuk tenteramkan diri apabila difitnah,bila sedih,sebak atau kecewa. Caranya : baca sambil urut dada.

Ayat 78-79 : Ayat yang dikhaskan untuk sakit tulang,urat dan badan. Untuk dijadikan doa,baca dari maksud ayat "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal ia telah hancur?"(Ayat 78 dan 79). Baccalah jika sakit tulang,retak atau patah.

Ayat 82 : Untuk memohon hajat. Baca sebanyak 100 kali pada air dan minum selama 40 hari. ia juga boleh dijadikan penawar.Kita juga boleh melakukan solat Tahajud3 kali berturut2,baca ayat ini pada air 100 kali dan berdoa apa saha yang dihajati.

 

Sunday, July 7, 2013

terasa

paling tak suka bila hati ni dalam keadaan sangsi..
susah nak percaya..
susah nak buat keputusan..
kadang tu rasa malas nak fikir, nak tutup pintu, lampu pastu tido..
esok bangun act like nothing yang terasa kat hati...

kita mesti fikir kenapa orang tak boley nampak kita sedang menghargai dorang..
dan dorang macam tak hiraukan kita di sebelahnya..
kita terasa sebab orang boleh ada masa dengan orang lain..
tapi kenapa tidak kita..

mungkin sebab dah lama..
mungkin kita mengharapkan kita sudah memahami segala perangai dia..
but sometimes kita terasa jugak..
fine memang kita terasa, sentap....
tapi apa boleh buat...
bagi hint...
tak faham jugak..
ok senyappp...

kadang kita perlu jugak faham kita bukan segalanya..
tapi kita mungkin hanya sebahagian dari perjuangan hidup seseorang..
yang mungkin juga kita tak sedar
kita tak mampu menjadi yang kekal..
tapi kita boleh berusaha untuk menjadi yang segalanya..
ye idok?

semua ni atas kepercayaan dan keyakinan pada something yang kita impikan..
jika kita buka ruang untuk mengkhianati...
jika kita bukan ruang untuk memaafkan..
jika kita bukak ruang untuk bertepuk tgn..
masakan tiada angin pokok bergoyang kan..

setiap kali nak melakukakan sesuatu..
selalu terdetik di hati..
"usah bermain dgn api, yang cuma marak pada satu tahap, tapi mampu membakar diri, adakala terselamat..bertuah amat..adakala rentung tanpa tinggal rupa" tragis amat..

bye..no hurt feeling :-)
this is random opinion..hihi

>>lots of love