Sejak keputusan SPM yang lepas, ramai gak yang call ain minta pendapat tentang apa yang harus mereka pilih..sekadar membantu dan menyatakan pendapat boleh lah tapi keputusan adalah di tangan adik2 ye.. ramai yang tanya ain course apa yang ada market kerja sekarang..alahai adik2..kak ain sendiri tak tahu nak jawab apa..Cuma apa yang boleh kak ain cakapkan di sini adalah semua course adalah baik, adalah bermakna..ilmu itu harus dihargai bukan untuk di bandingkan..setiap kehidupan kita perlukan sesuatu yang brebeza..bukan tertumpu pada sesuatu perkara aje.jadi jangan lah terlalu obsess pada course yang glomour aje..
Dalam mempertimbangkan course apa yang di pilih minat dan kecenderungan juga perlu di ambil kira selain market kerja..bukan apa yang memggalas tugas belajar adalah diri kita..kak ain takot jika diri tiada minat course yang diambil hanya separuh jalan je..kan rugi..degree xdapat..kerja pun xdapat..orait! faham kan..
Selain itu juga, jangan terlalu suka membanding-bandingkan. tiada course/ilmu yang rendah or tinggi..semua ilmu itu sama penting and sama adil.. rezeki itu ada kat mana- mana aje..cubalah belajar seikhlas mungkin dan jangan sesekali menyalahkan course itu andai kata suatu hari nanti market job tidak seperti apa yang diharapkan..xbaik tau..
Seterusnya bila keputusan pemilihan kursus diumumkan and apa yang diharapkan tidak seperti yang diharapkan, jangan lah cepat putus asa. Cuba terima and pupuk minat belajar agar kita tidak mudah mengalah atau merasa rendah diri.. percaya lah pada diri sendiri bukan pada kursus itu. Hargai nilai ilmu..itu lagi mulia dari terlalu bangga dengan kursus apa yang anda belajar.. jika anda faham nilai ilmu itu anda tidak akan pernah merasa menyesal jika anda terpaksa belajar apa yang anda tidak minati..
Lastly, after graduate..di alam pekerjaan, mesti kita menginginkan sesuatu pekerjaan yang berkaitan dengan apa yang kita belajar..sama lah kita..bila susah nak dapat kerja mula la kita merungut and sekali lagi membandingkan mengenai
kursus yang kita belajar...lagi kita tak Nampak nilai ilmu itu. Terimalah apa2 rezeki yang dating, kutip, pungut,cari, selongkar segala yang ada di depan mata..cari pengalaman sebanyak mungkin di samping itu berusaha lah kearah mencapai matlamat kita..
Semua ni ain luahkan berdasarkan pengalaman ain. Masuk university dengan kursus yang ain minati. Alhamdullilah. Tapi di tahun dua pembelajaran ramai yang mmeprtikaikan kerja apa yang ain boleh lakukan dengan kursus ain ni..sedih gak…ain mula membandingkan kursus and menyesal kerana tidak ambil kursus yang ada market job..tapi alhamdullih ain tidak terus berada dalam keadaan yang menyesal bila di akhir semester ain berpeluang belajar di bawah seseorang yang banyak memberi ain kesedaran tentang nilai ilmu.. bukan hanya pada apa yang kita belajar tapi mengenai juga tanggungjawab dan tugas kita sebagai seorang yang berilmu.. jika kita tidak tahu apa yang mereka belajar jadi jangan lah kita pula yang judge apa yang mereka belajar itu senang/susah.. sebab apa yang kita belajar ada susah senag gak..jerih perih jugak kan..so tak adil untuk merendah apa yang orang lain belajar..lebih baik kita fikirkan apa yang kita boleh berikan dengan apa yang kita ada, dengan apa yang kita pelajari..so stop complain, stop judging and stop staring other!
Sesunguhnya ain bersyukur kerana di beri kesedaran ini..
Belajar apa yang kita minati..
Bekerja apa yang kita pelajari..
Tak mustahil..
Belajar apa yang tidak kita miniti..
Bekerja apa yang kita minati..
Tak mustahil..
ni lah antara teman2 yang berjuang bersamaku di UPM.. |
No comments:
Post a Comment