terbaca ni dekat Fb,just share..
Jika suami dulunya tidak bayar nafkah pada isteri, maka wajib suami ganti balik jumlah nafkah yang dia tidak tunaikan. Jika dia tidak ada duit, dia wajib minta halal daripada isterinya. Jika isteri halalkan, terlepas lah suami. Jika isteri tidak halalkan, berat nanang lah suami tu !! Wajib dia berusaha cari duit untuk bayar balik. Jika suami tu ada duit, tapi sengaja tak mahu bayar balik hutang nafkah, maka pihak berkuasa menerusi mahkamah boleh ambil hartanya buat bayar nafkah isteri.
Jika isterinya telah mati sebelum suami selesaikan hutang nafkah, jangan ingat nafkah tertunggak tu lenyap begitu saja! Nafkah itu wajib dibayar pada waris isteri. Ia bertukar menjadi harta pusaka. Wajib dia pergi cari waris isteri dan bayar harta pusaka itu pada mereka.
Jika suami mati dalam keadaan tidak menunaikan hak pada isteri, menurut riwayat hadis dari at-Thabarani, maka ia pergi mengadap Allah swt di hari kiamat dalam keadaan berdosa besar seolah-olah dosa berzina! Berat nanang orang lelaki jenis jahat macam ni.
Jadi soal nafkah ni suami jangan buat main-main. Ianya suatu kewajipan yang besar. Jangan pandai berbini sahaja tapi tak tahu tanggung-jawab. Jika tak mahu bertanggung-jawab, kamu jangan kahwin. Ramai suami abai tanggung-jawab nafkah kerana tak tahu hukum nafkah, sebab mereka jahil tentang agama. Waktu malam orang pergi surau masjid mengadap ulamak, tapi dia duduk rumah mengadap televisyen sebagai ulamak ...
( Ustaz Azhar Idrus -- Kitab Muhimmah )
..:: Update berikutnya, nafkah batin :D ::..
No comments:
Post a Comment