Monday, July 23, 2012

contest raya by sepetshop

sebenarnya tak tahu nak start macam mana story ni..2 perkara utama join contest ni adalah untuk share dengan readers satu pengalaman aku mengenai sebuah beg yang mungkin boleh dijadikan pengajaran dan iktibar untuk kita semua..kedua.. kemenangan sudah pasti mahu di miliki oleh semua, tapi if ada rezeki aku disini biarlah ianya boleh dikongsi bersama seseorang..seseorang yang aku panggil kakak....teringin nak bagi kakak hadiah spesel nie..


ye kakak..lebih tepat lagi story ni berdasarkan pengalaman pahit yang dilaluinya..sesuatu yang tak dijangka..rezeki yang melimpah diperolehi rupanya di uji olehNYA kerana kami sekeluarga yakin dia insan terpilih yang memiliki ketabahan dan kesabaran utk melewatinya..ya memang diamnya penuh dengan kesabaran dan ternyata ujian ini mampu di lewatinya dengan penuh keikhlasan..


kisah ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua..


cuti hari raya cina yang lepas...
aku dan kakakku dah sepakat untuk mengambil cuti selama seminggu memandang sudah lama kitaorang tidak pulang ke kampung..maklumlah kampung kitaorang dekat kelantan..jadi baliknya pun ikut bajet..kebetulan raya cina pada awal tahun..jadi ada bonus and angpau raya..bagi aku yang belum confirm kerja raya dapat angpau sebanyak RM500 sudah buat aku rasa teramat bersyukur...ibarat mendapt durian runtuh kakakku punya lah gembira bila mendapat bonus dan angpau sebanyak ++RM2000..REZEKI...alhamdullih..lagipun wajarlah kot dia sudah bekerja selama 3 tahun..bagi aku satu ganjaran yang berbaloi untuknya..rezekinya diperolehi disaat kami mahu berangkat pulang, dan diperolehi secara tunai pulak tu...bimbang gak untuk membawa semua duit tu, maklumlah balik pun naik bas... so pikir punya pikir, nak simpan kat bank sudah tidak sempat, jadi selepas calculate segala perbelanjaan yg bakal digunakan selama seminggu di kg dia mengambil keputusan untuk menyimpan selebihnya duit di rumah..kalau tak silap aku mungkin dalam ++rm800.


perjalanan balik tidak mengalami sebarang kelewatan..semuanya lancar..alhamdullih..tapi sewaktu dalam bas baru aku perasaan something..


aku: eh macam lain jew beg ko..
kakak: hihi..beg baru..murah jew..
aku: ooo bape wei..comelllll...
kakak: tak sampai RM20 pun..tapi sedap pakai, tali dia panjang..
aku: nati aku pun nak beli gk la..nati teman aku g beli gak ek..


kami berdua memang mempunyai citarasa yang sama mengenai beg..kami sukakan beg yang bertali agak panjang, bukan sepanjang tali untuk beg sandang tu, mungkin 1/2 dari tali sandang tu..sebab tak suka bila beg tali pendek akan tersepit di bawah ketiak..susah nak keluarkan barang..itulah citarasa kami mengenai beg..lau dah murah pastu suka  mestilah nak beli kan..if mahal tapi berbaloi and bleh pakai lama mungkin juga boleh dipertimbangkan..

dua hari dikampung...kakak mengajak aku keluar ke bandar..aku pada masa tu ada undangan kawen kawan sek men dulu..first fren lak tu yang kawen, so excited la nak pegi..tambahan semua teman2 lain dah janji nak jumpa kat sana..dah macam nak buat gathering lak..memmandangkan aku dgn bf ( mr haqi) satu sekolah and satu kelas, so means kawan aku kawan dia lah kan..kitaorang pergi sekali la..and memandangkan kakakku nak jugak ke bandar even aku tak dapat teman dia so, aku and bf decide nak hantar dia ke bus stop..bila dia cakap nak jumpa kawan dia hati aku lega lah sket..at least ada teman...tak la keseorangan....


bila dah sampai kat bus stop, kakak turun lah sambil memegang beg barunya itu..tetiba..tali begnya putus..alahai..aku lak tidak membawa beg untuk digantikan dgn begnya itu..sebab dah pegang hadiah nak bagi utk kawan aku yang nak kawen tu, so aku malas nak pegang banyak2 barang..fikir punya fikir, kami gunlah kretiviti kami utk menyambung beg itu..gunakan pin baju untuk menyambung beg itu,,terpaksa korbankan pin dibahu ini utk menyelamatkan beg kakak..and terpaksa lah aku menukar gaya shawls aku sebab dah kekurangan satu pin..


tinggalkan kakak di bus stop, kami (ak and bf) bergegas pergi ke kenduri kawan kitaorang..tapi hati aku ni punya lah rasa x best..kejap2 aku msg dia tanya dah naik bas lom..bila dia balas cakap naik teksi aku rasa kesian lak..tengah2 aku duk makan tu...tetiba ada satu call dari no yang aku tak kenali...


aku: helo..
kakak: ain aku ni...kakak..
aku: nape no lain...
kakak: ni no orang lain..beg aku kena curi...semua barang aku xda..tlg ambil aku dekat kedai ayah cik..aku tak da duit nak balik....


nasik tak habis makan lagi..aku dah ajak bf aku balik, cite dia serba sket hal kakak..and kami terus jumpa pengantin and kawn2 yang lain..minta maaf sebab tak dapat tunggu lama, ada hal kecemasan..diarong semua faham..aku and bf terus la pecut ke bandar KB, pegi ambil kakak..dalam hati ni rasa kesianya dekat kakak...dah la bawu beli hp..beli hp lak dengan duit saving ASB, ingatnya lepas balik KL nanti nak ganti balik la dgn duit bonus yg dia dapt tu sebb hari tu tak sempat..


sampai jew kedai ayh cik, pak cik aku jual dekat pasar siti khadijah..dah nampak kakak aku kat citu..bila aku pegi dkt dia bawu dia sedar aku dah sampai..rupanya dia tak pakai spek..setelah dia cerita apa terjadi rupanya beg dia di curi orang ketika dia nak mengambil wuduk di masjid..tapi katanya jarak letak beg hanya berapa kaki je..bila dia toleh belakang jew tengok dah tak ada..banyak gak lak barang-barang berhanrga dalam tu..handphone 2 bijik, duit rm700++, spek dll..total kerugian anggaran dalam rm++2000 gamaknya..
paling sedih bila tengok dia jalan bila tak pakai spek..mesti susah gler time dia jalan dari surau tu ke tempat ayah cik..kakak lau tak ada spek xboleh jalan..dia punya power tinggi snagat..kadang2 lintas jalan pun lama sebab dia x boleh nak anggaran jarak kereta.. sedih aku bila fikir...


sebelum balik kitaorang singgah kejap ke kedai cermin mata..buatkan dia cermin mata..nasib baik aku bawa duit lebih..dpat lah bagi dia dulu..lagipun kesian aku tengk dia jalan asyik pegang aku jew,..settle semua report police segala kami balik dengan pelbagai rasa..dalam kereta semua senyap jew..aku pun malas nak tnya lebih..buat dia tambah sedih..


sampai kat rumah dah dekat maghrib..selepas solat maghrib, kami berbual dekat luar rumah nenek..kakak cakap dia tak sangka ada orang leh buat semua tu dalam masjid..lak tu time tu ada tazkirah asar lak tu..padahal tempat tu rumah allah..mengucap panjang dia..tak menyangka ada manusia sebusuk itu hatinya...bila aku tanya kenap dia tinggal beg dia tu, nape tak bawa ..dia cakap..

"susah la beg tu, aku takut tercabut lak tali dia tu.."


mungkin dia takut nak bawa beg tu sebab takut lau putus tali, terburai segala isi beg..kang jenuh nak kutip..sebab tu dia tinggal beg tu tapi dia yakin temapt dia tinggal tu selamat sbb dekat dgn tempat dia amek wuduk..itulah..mungkin ini cubaan buat dia..aku yang marah ni dah berbakul menyumpah seranah orang yang buat kerja keji tu...tapi kakak....


"mungkin orang tu da masalah, mungkin ni cara allah nak menyucikan rezeki aku...mana tahu dalam usaha aku utk mencari rezeki tu ada yang tak betul..dan mungkin ada hikmahNYA  mengapa allah berikan aku ujian ini .."


nak nagis ase tengok kakak begitu ikhlas menerima ujian ini..walaupun ada org marah cakap dia cuai dia senyap jew..baginya diam itu lebih molek dari melawan dengan kata-kata yang tak baik..malam tu aku tido awal, lagipun aku sedih, masing2 dah tak ada mood..biarlah keadaan tenang dulu..masa nak terlelep aku tgk kakak tengah sembahyang..sujudnya penuh khusyuk....dalam hati aku berdoa....


allah ya rabb,
bukakanlah segala pintu rezeki mu didunia dan dilangit buat kakakku....ikhlaskan hatinya...


aku tido dalam sendu..


sampai sekarang aku tengok kakak cam susah hati jew bila nak beli beg..mungkin masih fobia dengan kisah dulu..pernah dia beli beg pastu pakai beberapa minggu , dia bagi aku..dia cakap susah..tali panjang sangat..nak naik bas tersangkut kat orang..kesian kat orang tu nanti..begitu lah kakak masih fikirkan orang lain agar tidak menyakiti orang....


begitulah kisahku..mengenai sebuah beg..semoga kisah yang aku share ni boleh dijadikan pengjaran..kadang-kadang manusia yang kita anggap baik tu mungkin dia lagi jahat..bayangkan pergi masjid sembahyang pastu mencuri..dah nampak baik, tapi hakikatnya...di dalam tak siapa yang tahu..macam beg kakak aku la..beg murah jew..tapi dalam nya hartanya yang ternilai bagi..boleh menampung hidup untuk berapa bulan..baru merasa nikmat atas segala penat lelah selama ini, namun apakan daya.......

nasihatku..berhati-hatilah dengan setiap orang even luaran kita nampak baik...zaman sekarang tempat yang kita rasakan  selamat tu bukan lah tempat yang terbaik untuk kita..semuanya boleh jadi..jadi berwaspada lah selalu..pada masa, tempat, orang dan rezeki yang allah kurniakan..


kakak cakap cerita sedih yg lepas tak perlu nak diingati..bila aku cakap nak join contest ni, dia cakap lakukan untuk pengajaran semua...rezeki kita ada kat mana-mana..kerana kakak cakap dalam surah  ASY-SYARH (alam nasrah....) ALLAH ada menyebut sebanyak 2 kali...


" bersama kesulitan ada kemudahan..."


allah juga menyambung dengan berkata........

" maka setelah engkau selesai (dari sesuatu urusan) maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)"

mungkin ALLAH tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi ALLAH berikan apa yang perlukan..

syukurlah.....


p/s buat sesiapa yang membaca:  
1) semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat semua....
2) apa salahnya kalau anda boleh like sepet shop
3) mungkin korang juga boleh share pengalaman korang dengan join contest blog sepet the gojes ini




3 comments:

  1. salam kenal..
    memey surau dekat pasar siti khadijah tu bahaya sikit..bahaya bnyak sebenarnya..kes curi meme sohor la situ..sapa dale surau tu pun siap ada warning kat dinding soh jaga handbag molek..
    dulu pernah kena..tapi jam tangan hok kena curi..meme kena hati2 sangat..apa2 pun good luck contest..adore sikap kakak awak..semoga dia dimurahkan rezeki berpanjangan lepas ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq prettywrite...
      tu la zaman skrg..xkira tempat...huhu

      Delete
  2. good luck..!

    :)

    singgah sini dan follow

    http://dengarisaya.blogspot.com

    ReplyDelete